Cepat masa berlalu

Hai semua.

Dalam diam tak diam, rupanya kita sudah hampir dengan April 2013. Wow, begitu pantas masa berlalu, dan sepanjang 3 bulan pertama 2013, terlalu banyak pengalaman pahit dan manis aku lalui. Mungkin ia agak sukar untuk aku hadam, tapi aku percaya, setiap berlaku, pasti ada sebab musababnya.

Banyak lagi yang harus lakukan. Teringat kata arwah pengetua ku, "makan selapis demi selapis". Maksudnya setiap matlamat harus diselesaikan satu per satu. Jangan tamak! Kerana tamak tidak membawa kita ke mana-mana. Aku bukanlah sempurna mana, cuma aku tak suka bekerja dalam keadaan serabut atau tidak terurus.

Masa tetap berlalu, cuma kita hargai atau tidak masa yang ada. Kadangkala kita selalu bagi alasan "sibuk, tiada masa" ... tapi hakikatnya, bila dihitung kita sebenar masih ada masa. Cuma ia ibarat air mengalir, sedar tak sedar sudah banyak masa kita rugi. Aku cuba belajar untuk tidak bertangguh kerja, dan cuba untuk pastikan setiap kerja aku disiapkan dalam masa ditetapkan.

Sekarang sudah masuk musim pilihanraya, jangan ditanya parti mana aku sokong sebab undi adalah rahsia. Apa yang penting, doa aku, semoga kerajaan baru yang dibentuk adalah satu kerajaan yang betul-betul telus, adil, saksama dan berjiwa rakyat. Fuhhh....

Oklah..selamat bekerja, dan pada mereka bercuti, selamat bercuti !!

New toys for Nemo :)
Bye!

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...