Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, May 05, 2013

Jalan - Jalan : Beijing

Halllooooo... dan salam april buat semua!

Penulisan kali ini menceritakan pengalaman saya ke negara China iaitu Beijing. Ini adalah kali kedua saya ke sana selepas ke Shenzhen dan Guangzhou pada tahun 2010. Menariknya kali ini, saya telah pergi bersama dengan 2 orang adik saya, dan rakan saya - Rashidi. Jadi agak happening sikit laaa!! Jom saya ceritakan serba ringkas pengalaman disana, dan Insyaallah boleh menjadi panduan buat para pembaca yang berhajat untuk melancong ke Beijing.


Suasana di kawasan Forbidden city.


Hari Pertama:


Untuk pengetahuan semua. saya ke Beijing menaiki Air Asia X. Dengan harga serendah RM1200 ++, Alhamdulliah saya berjaya menaja adik saya yang bongsu untuk ke sana. Yup, untuk ke China anda perlukan visa, jadi pastikan anda sudah memohon visa sebelum ke sana. Perjalanan menaiki Air Asia X memang memenatkan. Kerusi agak sempit, makanan terhad, NO entertaiment... hurrmmm sesuailah dengan bajet flight. Jadi jangan nak demand lebih ye... hehe.

Bertolak dari KL jam 7pm dan sampai di Beijing jam 1am. Fuhh...memang penat. Almost 6 hours dalam flight!!!! Bangun tidur...last-last sampai juga saya ke Beijing. Oh ya, saya ke Beijing pada musim sejuk...pada bulan Nov 2012. Jadi suhu nya dalam sekitar 10 C (sejukkkkkk gilerr). Bila tiba di Beijing, memang sah lah kena pakai baju winter...baju tebal! Suhu di Beijing memang luar biasa.....dan bagi saya, ia sangat extreme!
Semasa tiba di Lapangan terbang Beijing

Hari Kedua:
Tidur dalam beberapa jam sahaja, pagi kami mulakan hari dengan melawat tempat-tempat menarik di Beijing. Oh ya saya stay di hotel Long ding Hua. Ia antara hotel yang Halal di Beijing. Jadi, tak perlu risau kerana sarapan nya memang Halal...(cuma takdalah Nasi Lemak atau Roti Canai yer). Hehe.....

Pagi - Tianmen Square & Forbidden city. Dua tempat itu terletak di Pusat Bandaraya Beijing. Oh...Beijing memang besar, penduduknya hampir 20 juta orang. Fuuuuhhhhhhhh besar tu! Ia mempunyai bangunan moden dan tradisional. Tapi tak tersusun sikit...mungkin sebab penduduknya terlalu ramai dan padat. Jadi anda akan dapat lihat masih ramai lagi peniaga yang susah di sana.

Tian men square adalah dataran khas (macam dataran Putrajaya) yang digunakan oleh pihak kerajaan China semasa program rasmi negara. Ia juga menempatkan makam Ma Zhou Tong iaitu pengasas komunis di China. Tidak apa menarik, cuma sesuailah kalau sesiapa yang suka bergambar. Selepas itu, kami mula masuk ke Forbidden City atau Kota Larangan. Saya suka Istana ini, sangat unik! Terasa seperti dalam filem Hong Kong pulak! Hehehe...... Kota larangan ini berusia ribuan tahun. Ia juga menempatkan gundik maharaja China! Memang tidak dinafikan empayar China begitu kuat suatu ketika dahulu. Dan saya juga terfikir bagaimana Hang Tuah datang ke Negeri China ya! Jauh betul dia berjalan... hehehe.

Selepas itu, kami menikmati makan tengahari di restoran Halal. Yup makanan China berbeza dengan restoran Cina Muslim di Malaysia. Tasteless...hehe. Takda rasa...dan tak pedas. Tapi inilah yang kami lalui selama 7 hari di sini. Selepas makan, kami semua Masjid Niujie dan membeli belah di pasaraya Halal ( tak jauh dari masjid tersebut). Oh ya, masjid di China ni memang unik. Ia seperti rumah tradisional China. Memang akui Islam di China sangat kukuh! Alhamdulillah....

Tapi tak tahan, tempat amik wuduk di luar....sejuk!!!!!!

Hari ketiga:
Menara asap pertama of Great Wall
Ringkasan hari ketiga ialah hari membeli belah + Great Wall !Pagi pagi kami ke Pusat Sutera & Jade. Biasalah....kalau ke China, nak murah kenalah pergi pusat Jade yang ditaja oleh kerajaan ini. Dengarlah taklimat dan pastinya mereka akan katakan bahawa barang mereka paling berkualiti. Semestinya laa... hehe. Tapi jangan risau, kalau nak beli..silakan. Jika tidak mahu, buat-buatlah amik gambar atau makan snek kat luar. Hehe.

Lepas itu, kami bertolak ke Great Wall atau nama indahnya tembok Besar China. Paling dekat dengan Beijing ialah di Bandaling. Dalam 1 jam 30 minit perjalanan. Sebelum sampai, kami singgah makan tengahari dan solat di restoran khas yang terletak dalam perjalanan ke sana.

Memang tidak dinafikan...inilah antara ciptaan manusia yang sangat luar biasa! Tembok Besar China dikatakan panjangnya melebihi 1000km, dan ia boleh dilihat dari bulan. Namun ada beberapa tembok ini telah roboh semasa zaman peperangan. Ia masih kukuh dan kerajaan China begitu menjaga sumber warisan ini ..  maklumlah ia kan ikon utama bagi negeri China.

Ia ibarat seperti seekor naga yang merentasi gunung ganang. Memang sangat gah! Orang dulu juga pernah berkata, anda adalah pahlawan jika anda berjaya merentasi keseluruhan tembok besar China. Tapi saya??? Hehehe....saya hanya berjaya memanjat hingga ke menara kedua sahaja. Adik -adik saya berjaya hingga ke menara ketiga! Tapi bila anda berada di atas, fuuhhhhh subhanallah.... memang terbentang indah ciptaan Illahi. Sungguh menakjubkan. Semasa anda memanjat menara, tak mustahil anda akan bertembung dengan kumpulan-kumpulan dari Malaysia. Maklumlah...Beijing ni popular dalam kalangan pelancong Malaysia.

Suhu memang dingin apatah lagi ketika angin kus kus mula meniup. Fuhhh terasa kebas telinga dan kepala. Memang tak tahan. Sempat jugalah merasa kopi yang berharga RM20 secawan. Sangat mahal!!! Aduhai tapi terpaksa sebab suhu di Great Wall sangat sejuk! Kami bertolak pulang dan makan malam sebelum ke hotel. Oh ya, musim sejuk malamnya agak cepat. Dalam sekitar jam 5pm dah gelap macam pukul 8pm. Jadi kami makan malam dalam sekitar jam 6pm. Pulang ke hotel sekitar 7pm.

Hari Keempat:

Panda Zoooo..... yes! Hari keempat ialah masa untuk bertemu dengan Panda. Ia merupakan ikon kepada negara China, dan semestinya Panda adalah beruang yang hampir pupus di dunia. Menurut guide kami - bilangan Panda sudah semakin berkurangan, ini disebabkan aktiviti penebangan hutan serta pemburuan yang tidak terkawal.Panda berasal dari wilayah Sichuan, yang terletak ribuan KM dari Beijing. Dan sempena sukan Olimpik 2008,  5 ekor Panda telah dibawa ke Beijing dan diletakkan di dalam Zoo Beijing.

Sebenarnya Panda ni suka makan buluh. Dahlah makan buluh, memilih pulak...! Nak buluh dari Sichuan sahaja. Mungkin rasanya tak sama kot. Jadi, pihak kerajaan China telah mengimport buluh-buluh dari Sichuan, semata-mata nak memelihara 5 ekor panda ini. Tidak dinafikan, Panda memang comel. Lagaknya tak ubah seperti seekor kucing. Tapi hakikatnya Panda adalah beruang, dan ia adalah binatang liar. Bila -bila masa ia boleh mengganas.

Panda ini diletakkan dalam rumah khas, dan ia dibina sempena sukan Olimpik 2008. Tapi jangan haraplah nak bergambar Panda secara dekat, ini disebabkan Panda suka hidup bersendirian. Itupun kalau dia tak tidur. Hehe.

Selepas melawat Panda ( tak sampai 30 minit pun!), kami pun pergi makan tengahari dan membeli belah di beberapa kedai seperti pusat permata, burning cream dan Traditional medicine. Kat sana ada rawatan urut kaki secara percuma. Kemudian, anda akan dihasut untuk beli barangan mereka yang sememangnya mahal. Jadi, belajar untuk katakan TIDAK! Jangan tunjukkan anda berminat! Hehe.

Sesi petang waktu membeli belah di dua tempat terkemuka di Beijing iaitu Yashow Market dan Silk Market. Jangan risau, ia bukan tempat me0mbeli belah yang ditaja oleh kerajaan China. Di Yashow Market, anda boleh membeli barangan tiruan seperti seluar, jean, baju dan macam-macam lagi. Tapi, semua barangan disana kena tawar. Adeeiii...ni yang malas ni. Huhu.

Kalau di Silk Market, kompleksnya agak tersusun jika dibandingkan dengan Yashow. Mungkin ia terletak di sekitar pusat bandaraya Beijing. Sini, memang ada silk, tapi anda boleh juga cari barangan lain seperti baju, beg, dan aksesori. Barangan elektronik pun ada...hehe.

Hari Kelima:
Di Pusat Jade
Hari ini kami semua melawat ke beberapa tempat menarik sekitar Beijing. Lawatan pertama ialah ke Summer Palace (Istana musim panas). Istana ini merupakan  istana hinggap, dikatakan digunakan oleh Maharaja ketika musim panas. Dan istana ini dikelilingi tasik. Walau bagaimana pun, kita tidak dibenarkan masuk ke Istana tersebut, hanya boleh jalan-jalan sekitar tasik sahaja.

Bila tiba disana...fuuhhhh cuacanya sejuk gila-gila. Memang lebih sejuk dari semalam. Nak pulak, apabila angin dari tasik bertiup kencang. Memang terasa ke tulang sum sum. Anda boleh berjalan sekitar tasik dan mengambil gambar. Dikatakan tasik ini akan beku, andai salji turun dan suhu kurang dari 0 darjah.

Selepas ke Istana Musim Panas, kami semua bergerak ke Stadium Olimpik, atau nama popularnya, stadium sarang burung. Stadium ini merupakan stadium terbesar di beijing dan senibinanya dibuat seakan seperti sarang burung. Di sana juga terdapat Taman Olimpik, Hotel 5 bintang dan Stadium Kiub ( Komplek Akuatik Olimpik). Seperti sedia maklum, Beijing telah menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpik 2008. Semasa di sana, guide turut menceritakan pengalaman beliau semasa kejohanan tersebut diadakan.

Suhu di luar yang agak sejuk, membataskan kami untuk bergambar sepuas-puasnya. Oh ya, anda hanya boleh melihat stadium ini dari luar. Jika nak masuk, kena bayar.

Selepas solat dan makan tengahari, sekali lagi, kami membeli belah di Pearl Market. Pearl atau mutiara disini memang murah. Tapi saya memang tidak ada keinginan untuk membeli belah. Apa lagi, masa 2 jam kami dihabiskan di Mcdonald ( minum kopi je..hehe).

Hari keenam:

Hari terakhir sebelum berangkat pulang. Kami check out sekitar jam 12pm, dan terus menikmati makan tengahari di sebuah restoran Muslim. Selepas makan. sekali lagi, guide membawa kami ke Silk Market & Yashow Market untuk kali kedua. Kali ini memang sah mati kutu sebab dah tak tahu nak beli apa. Memang trip beijing kali ini tak bawak duit yang banyak. Lagipun barangan China agak mahal dan kurang menarik.

Apa lagi, kami jadikan Mcdonald dan kedai tepi jalan sebagai medan untuk melepak. Selepas makan malam sekitar jam 7pm, barulah kami bergerak ke lapangan terbang.

Tapi penerbangan sekitar jam 1am. Agak awal..dan kaunter masih belum buka. Lapangan terbang Beijing tak sehebat KLIA, tak banyak tempat boleh pergi. Ini disebabkan Air Asia bertolak dari terminal 2. Menurut guide, kebanyakan pesawat utama akan menggunakan terminal 3 yang lebih besar dan moden. Huh...memang inilah nasib kalau naik Air Asia. Apa lagi, sementara nak tunggu kaunter dibuka, lelaplah dulu di kaki lima.

Dalam jam 11pm, kaunter dah dibuka, dan manusia punyalaaaa ramai! Maklumlah cuti sekolah, dan kebanyakannya adalah orang melayu (Malaysia). Dah macam mini putrajaya pulak kat terminal ni. Alhamdulliah.urusan check in selesai dan kami bertolak pulang ke KL dalam sekitar jam 1am. Kami sampai di LCCT sekitar jam 7pm.

***

Tidak dinafikan, Beijing merupakan bandaraya terhebat dan terulung di Asia. Namun populasinya yang semakin bertambah, serta kurang pengurusan yang baik, menyebabkan bandaraya ini masih terkebelakang. Anda masih boleh melihat pengemis, atau masyarakat China yang miskin. Bejing mempunyai penduduk Islam yang ramai, dan kebanyakannya berasal dari Xian & Mongolia. Beijing mempunyai banyak tempat sejarah namun bagi saya, ia perlu dibaiki dari semasa ke semasa agar bandaraya ini lebih mesra pengunjung.

Bagi mereka yang berminat ke Beijing, pastikan anda mengikut tips di bawah:

1. Harga pakej Beijing akan murah jika anda mempunyai 10 orang dewasa ke atas.
2. So far, Air Asia X adalah pilihan terbaik untuk tambang murah. Cari waktu promo..insyaallah murah!
3. Bawa makanan & minuman segera...mcm biasa, susah nak dapat makanan halal.
4. Kalau nak berjalan tu, better lepaskan hajat siap2...sana tandas kurang bersih. Termasuklah di masjid.
5. Belajar sedikit bahasa mandarin...ia amat penting terutama kalau anda nak beli minuman..hehe.
6. Masa musim sejuk....beware!! Suhunya memang ekstrem. Bawa pakaian tebal secukupnya.

Oklah...sila lihat gambar dibawah! Huhu....macam biasa siapa nak tanya mengenai Beijing, sila email ke rentaka.travel@gmail.com. Saya sendiri akan menjawabnya.
Di atas Great Wall

Di dalam Kota Larangan....
Semasa menonton Akrobatik Show

Di kaki Great Wall
Di kawasan Tianmen Square

Terima kasih
Azrul

19 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum, nk tanya winter jacket yg color blue black tu ( geng yg pakai spec tu) beli kat mana ye, husband akak tanya

Raja Azrul said...

Wslm,

Boleh cari kat area The Curve/Ikano. Sana ada yang murah. Kalau nak lagi murah, cari kat Uptown.

Harap membantu

azmie said...

Assalamualaikum,
Perjalanan semasa disana menggunakan teksi atau keretapi. Abg. akan kesana March ini dan dengan perbelanjaan persendirian.Tks.

azmie said...

Assalamualaikum,
Bagaimana cara hendak pergi dari satu tempat ketempat lain? Saya akan kesana March ini menempah hotel yang sama.
Tks.

Raja Azrul said...

Azmie,

Jika di Beijing, memang sukar sikit kalau nak jalan sendiri, sebab masalah bahasa. Cara terbaik, mintak hotel tuliskan nama-nama tempat dalam tulisan cina, dan boleh gunakan teksi.

Kalau nak guna lrt pun boleh, tapi beijing ni besar. Boleh sesat..hehe.

azmi said...

Salam..hotel ada sediakn tuorist guard x?

Raja Azrul said...

azmi

- kebiasaannya ada .

Anonymous said...

Salam, nak ty, masa awak plan nak pegi beijing, awak mmg pakai tour guide or sampai sana baru cari?tq

siti faeizah abd malek said...

Salam.sy nk tanya awak pakai tour guide?sy nk g beijing bulan nov ni tp x nak pakai tour guide

Raja Azrul said...

Kalau tak pakai pun takda masalah..cuma akan sedikit sukar kerana kebanyakan rakyat China tak pandai berbahasa Inggeris.

nurul hidayah said...

Maaf bertanya.. Saudara ke sana pd awal november ke? Bukan apa.. InsyaAllah.. Saya akan ke sana 1 nov tahun ini.. Dan.. Winter di sana start bila ye?

Raja Azrul said...

@nurul

cuaca awal november sekitar 10C, penghujung musim luruh. Rasminya musim sejuk bermula Disember. Tapi jaket tebal amat diperlukan.

Saya pergi sekitar 24C, suhu dah drop sampai 2 ke 3 C.

Harap membantu

Shila Supian said...

Assalamualaikum.
Adik ke sana tak guna tavel agency ke? Susah tak nak bergerak ke tempat2 menarik tu? Apa transport yg adik guna kat sana?

Raja Azrul said...

@shila

Saya pakai agent kak, senang dan selamat. Sebab sana banyak scam. Jadi kena hati-hati

Kuantanputri said...

Assalamualaikum saudara,
Saya plan nak melancung ke Beijing pd awal April ni.Dari pengalaman saudara, adakah keadaan di Beijing selamat pada pelancung maksud saya kadar jenayah seperti penipuan membeli belah,peragut, penyeluk saku atau ugutan/paksaan ketika membeli belah.
Terima kasih.

Raja Azrul said...

@kuantanpuri

Selamat, tapi masih perlu berhati-hati terutama penipuan barangan. Jadi, melanconglah secara bijak :)

Unknown said...

salam bang..sy nak tanye,kalau rm3000,cukup tak untuk 3 orang? termasuk hotel yg berharga 760yuen.. sy pegi 15may ni..

Raja Azrul said...

@unknown

Maaf saya baru berkesempatan membalas. RM3k ini ground sahaja ke? Kalau ground cukup-cukup makan la.

Unknown said...

salam bang saye nak tanye kat beijing abg stay kat mane pastu abg ade pegi tianjin tak