Jalan- Jalan : Bandung

Salam semua!

Yossh..........kabare?? Tetiba pula cakap Jawa. Harap semua sihat, dan ceria selalu. Baiklah, penulisan seterusnya mengenai jalan-jalan adalah ke Bandung, Indonesia. Rasanya tips mengenai Bandung ini dah ramai kot orang tulis. Maklumlah, 80% pelancong Bandung adalah orang Malaysia. Wow...hebat tak orang Malaysia ni..hehe.

Tapi rasanya, apa yang saya nak tulis adalah berdasarkan apa yang saya tahu, dan faham. Serta pengalaman ringkas saya, manalah tahu ia boleh menjadi inspirasi buat anda semua.

***

Bandung merupakan pusat kota bagi wilayah Jawa Barat. Ia terletak dalam 3 jam perjalanan dari Jakarta, Indonesia. Saiznya tidak sebesar Jakarta, tapi Bandung memang cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan terutama bagi kaki shopping! Kenapa? nanti saya akan ceritakan dalam penulisan ini. Masyarakat Bandung terdiri daripada orang Sunda. Orang Sunda ini kebanyakannya memang berbakat dalam bidang seni. Salah satu kumpulan terkenal dari Bandung ialah Peter Pan. Selain itu, Bandung juga terkenal sebagai Paris Van Java. Banyak bangunannya mengambil kira seni bina Belanda, dan suhu di Bandung nyaman, terutama selepas hujan. Ia disebabkan lokasinya terletak di kaki Gunung Tangkuban Perahu.

Hari 1 : Bertolak ke Bandung.

Jakarta yang padat.. hehe

Kali ini saya ke Bandung melalui Jakarta. Huh, memang penat sebenarnya...tapi lebih berbaloi sebab harga murah. Kalau naik flight terus ke Bandung, harganya boleh mencecah RM800++ seorang (flight sahaja). Tue belum kira bagasi, makanan dan sebagainya.

Flight yang saya naik ialah Garuda. Ia merupakan syarikat penerbangan utama Indonesia. Terus terang, saya suka flight ini. Sangat selesa. Di tempat duduk pula, ada personal skrin. Jadi anda memang tak kebosanan - walaupun perjalanan hanya 2 jam. Makanannya pun boleh dikategorikan sedap laa jugak.

Sampai di Jakarta sekitar 10.15am (waktu Jakarta). Airport Jakarta tidaklah sebesar KLIA, tapi kapasiti airport Jakarta adalah terbesar di Asia Tenggara! Menurut Pak Agus (guide), Jakarta dalam proses menambah satu lagi terminal baru yang secanggih KLIA. Harap-harap berjaya lah. Tapi saya suka rekabentuk airport ini. Ringkas, dan pada masa sama masih menerapkan budaya Indonesia.

Sekarang, dah berjumpa dengan Pak Agus...masa nak bertolak terus ke Bandung. Memang tak boleh lengah, sebab nanti takut sampai lewat pula. Perjalanan ke Bandung mengambil masa hampir 3 jam. Sebelum masuk ke lebuhraya utama, kami melalui Jakarta utara. Nampak lah juga kesesakan jalan raya yang sinonim dengan Kota Jakarta. Suasananya lagi teruk dari KL. Iyalah penduduk Jakarta sahaja sudah hampir 12 juta orang. Jadi bayangkanlah betapa sesaknya Jakarta.

Dalam perjalanan ke Bandung, kami singgah di kawasan rehat untuk makan tengahari. Oh ya janganlah sama kan lebuhraya kita dengan Indonesia. Kat sini lebuhraya agak mencabar sedikit. Kadang-kadang jalan berlubang, banjir...dan macam macam lagi ar. Entahlah..no komen kalau bab2 begini.

Tiba di Bandung dalam jam 3pm. Fuh...lama giler....! Ini termasuk waktu kami berhenti makan nasi padang di kawasan rehat. Destinasi pertama ialah ke Bali Heaven. Iaitu Factory Outlet di Bandung. Namanya Bali heaven kerana ia mempunyai barangan cenderamata khas dari bali. Dan suasananya juga sebijik seperti Bali. Aduhh jadi rindu pula nak pergi Bali. Tapi kena sabar sebab bulan 7 ini akan ke sana lagi..ooopps!

Selepas Bali Heaven, kami membeli belah pula di Jalan Dago. Namanya Jalan Dago, tapi ia merupakan kawasan berbukit.  Di Jalan ini terdapat banyak Factory outlet. Harganya memang murah, baju dalam sekitar RM10 - RM25; kesemua berjenama terkenal. Kiranya memang puas hati lah shopping kat sini.

Sebelum makan malam dan masuk hotel, kami membeli belah di Toko Batik. Nama je toko Batik, tapi harganya agak mahal. Mungkin ini adalah batik yang jenis high class! Harganya pun dalam ratusan ringgit. Jadi, saya hanya sekadar memandang sahaja lah. Lagipun saya bukan berminat dengan batik ni. Hehe.

Hotel aku di Bandung...5 * tuuuuuu...hehe

Hotel menjadi pilihan ialah Grand Preanger. Terletak di tengah bandar, tak jauh dari Masjid utama Bandung dan kawasannya agak happening pada waktu malam!


Hari kedua : Trans Studio

Hari kedua, hari penuh cabaran! Inilah masanya untuk ke Trans Studio! Ramai yang tanya, best ke Trans Studio ni?? So far, bagi saya.. boleh lah...:) saya bukanlah penggemar Theme Park, jadi saya ke sana hanya sekadar nak merasa pengalaman Largest Indoor Theme Park di Asia Tenggara.  Jadi peluang ini tidak disia-siakan.

Theme Park ini terletak bersebelahan Trans Studio Mall. Disini ada banyak attraction. Boleh dikatakan permainan di sini agak extreme jugak ar. Saya tak sempat nak cuba roller coaster kerana ia ditutup pada masa tersebut. Ada banyak permainan yang rata-ratanya sesuai untuk remaja. Ada juga khas untuk kanak-kanak. kebanyakan papan tanda disini dalam bahasa Indonesia. Jadi kalau tak berapa faham, mungkin agak sukar sikit. Hehe.
Pintu masuk Trans Studio

Makan dan minum dalam Trans Studio agak mahal. Anda harus membeli kad (macam touch n go), dan semua transaksi harus menggunakan kad tersebut. Kira cashless laa. Rasanya dalam kebanyakan taman tema, semua menggunakan sistem ini. Mungkin atas faktor keselamatan kot.

Selepas makan tengahari, masa untuk ke Pasar Baru. Yearrgghh! Sebut je Bandung memang tak sah kalau nak pergi Pasar Baru kan. Tapi rasanya tempat ini memang khas untuk orang perempuan kot. Kenapa? sebab disini banyak barangan seperti kain pasang, jubah, telekung, kain batik yang memang untuk golongan hawa. Struktur pasar ini macam Pasar Kedai Payang, cuma ia agak sesak dengan manusia. Entahlah, bagi saya pasar ini tidak lah menarik mana. Sesak dan panas. Harga pula kena tawar menawar. Jadi tak berapa gemar sikit nak menawar ni. Huhu.

Tapi kat Pasar Baru memang banyak gila pilihan kain pasang. Kebanyakannya memang up to date. Jadi tak rugi kalau nak beli kat situ. Cuma kondisi pasarnya agak kurang selesa dan tidak mementingkan ciri-ciri keselamatan. Saya lebih suka Pasar Klewer di Solo. Keadaannya jauh lebih baik berbanding Pasar Baru.

Kami menghabiskan masa di Pasar Baru sebelum makan malam, Oh ya, restoran makan malam namanya ialah Praoe Seafood. Nice restaurant! Kalau anda ke sana, bolehlah cuba menu di sana. Serius sedap! Harga..hurm mahal sikit, sebab Bandung bukannya dekat dengan laut.

Hari Ketiga: Tangkuban

Kalau ke Bandung, salah satu tempat yang wajib anda pergi ialah Tangkuban Perahu. Namanya Tangkuban Perahu, kerana gunung ini seperti Perahu diterbalikkan. Saya suka pergi ke sini, cuma perjalanannya memakan masa sekitar 1-2 jam dari Bandung. Suhunya agak dingin, macam Cameron laa. Di atas puncak gunung, anda akan dapat melihat sendiri kawah gunung berapi yang masih aktif. Di sini, agak kuat bau sulfur, jadi kalau anda jenis tak tahan, better bawa face mask awal-awal.

Kawah ratu.. menarik ni!

Kat atas ini, agak ramai peniaga yang menyerbu kita dan menjual pelbagai barangan. Anda boleh kata TAKNAK kalau tidak mahu. Biasanya mereka lebih mensasarkan golongan wanita, al maklumlah wanita ini kan suka membeli belah. Di sini juga ada banyak peniaga menjual minuman, soto, buah-buahan.

Selepas Tangkuban, singgah sebentar ke Sari Ater. Ia merupakan kolam air panas..sama seperti Felda Hot Spring kat Sungkai nun. Cuma anda akan dapat rasa pengalaman air panas yang memang dari gunung berapi. Kira hebat laa tu. Sulfur terhasil tu amat bagus untuk rawatan dalaman. Jadi, boleh cuba. Time saya sampai, agak ramai orang. Kebetulan lawatan dari sekolah dan persatuan, yang sibuk membuat sambutan hari keluarga.

Ok.. masa untuk makan tengahari! Ya... makan dimana? Kedai makan kali ini ialah Kampung Daun. Ini antara restoran yang paling cantik di Bandung. Lokasi agak jauh sedikit dari Bandung, ia terletak di kaki gunung. Kawasan sekitar restoran ini memang cantik, bercirikan budaya sunda. Makanannya sederhana, dan kalau anda ke sana, anda harus cuba jus alpokat dan strawberi. Memang sedap :)

Ketika tiba di Restoran Kampung Daun

Selesai bab makan, masa untuk turun ke Bandung. Sebab Bandung memang terkenal sebagai pusat shopping, maka aktiviti shopping harus diteruskan lagi. Kedai pertama yang diterjah ialah Toko Tiga. Namanya Toko Tiga atau dalam bahasa Melayu ialah Kedai 3. Kedai ini menjual pelbagai variasi jeans, pelbagai jenama pada harga yang cukup murah. Selain jeans, ada juga baju-baju jenama Hard Rock (ori tahu) dijual disini. Di sini harganya memang dah tetap. Jadi tak boleh tawar-tawar. Cuma kalau anda beli  jeans dengan kuantiti yang banyak, anda berpeluanglah untuk mendapat diskaun. Kalau pergi dengan kawan-kawan, mungkin cara terbaik ialah berkongsi.

Habis jeans, sambung lagi shopping ke Rumah mode. Tak tahu nak menyebutnya dengan betul. Rumah Mode ini terletak di Sukajadi. Barangan disini lebih kepada baju, seluar dan barangan kanak-kanak. Overall, harga di sini agak mahal sedikit dan bajunya tak banyak pilihan seperti di Dago atau Pasar Baru. Tapi beli jugalah sebab takda pilihan.

Makan malam dan balik hotel...ZzzzZzzzz....

Hari keempat : Bandung Good bye!

Pagi-pagi, kami akan terus ke Jakarta. Masih lagi melalui jalan yang sama, lebuhraya yang sama. Dalam perjalanan, kami singgah untuk membeli brownies. Oh ya, Bandung juga terkenal dengan Brownies. Cuma brownies tak tahan lama. Kalau anda beli, mesti terus makan. Kalau tak...huhuhu...expired dan rugi laa. Hehee.

Tiba di Jakarta, terus menikmati makan tengahari di restoran yang terletak berhampiran dengan airport. Flight kami jam 5pm, Alhamdulillah..tiba di Kuala Lumpur dalam jam 8pm.

Bali Heaven .. FO paling cantik di Bandung

***
Kesimpulannya, Bandung merupakan syurga membeli belah! Kalau anda kaki shopping, jadikanlah Bandung salah satu  destinasi wajib anda pergi. Ini beberapa tips ringkas jika anda ke sana:

1. Bawa duit rupiah secukupnya. Sebab kalau nak tukar duit kat sini agak payah, dan sudah semestinya kadar tukaran agak berbeza.

2. Toilet??? kalau anda nak ke mana - mana , pastikan anda membuang hajat terlebih dulu. Kat Indonesia ni, toiletnya agak kurang bersih. Kalau OK pun kat restoran atau hotel.

3. Kalau anda memang nak shopping, rasanya fokus betul2 pada shopping. Tak payah laa bazir masa nak pergi ke Trans Studio atau  Tangkuban Perahu. Tapi kalau nak pergi juga, rancang masa anda sebab Bandung pun selalu jem.

4. Turun Jakarta? Oh ya, untuk makluman, harga tiket ke Bandung (direct flight) dengan Air Asia memang agak mahal. Lingkungan dalam RM500, dan kadang-kadang boleh mencecah RM900 seorang. Masa pun tak cantik sangat. Alternatif adalah turun ke Jakarta, dan bertolak ke Bandung. Tapi ramai tak sanggup sebab habis masa lama atas jalan. Nasihat saya, anda boleh stay 1 malam kat Jakarta dulu, shopping kat Tanah Abang atau Mangga Dua.

5. Sama seperti lapangan terbang lain di Indonesia, anda harus membayar cukai lapangan terbang dalam bentuk Rupiah. Di Jakarta, cukai antarabangsa ialah IDR 150,000. Pastikan anda ada rupiah sebelum terbang pulang.

6. Ole-ole Bandung yang paling best ialah Brownies, Pisang Keju, Pisang Salai dan beberapa jenis kerepek. Kalau kat Pasar Baru, ada ruangan khas yang menjual pelbagai jenis makanan khas Bandung. Beli yang jenis timbang, sebab lagi berbaloi.

7. Bandung juga terkenal sebagai kota seni. Anda akan dapat lihat ramai pemuzik jalanan yang mempersembahkan karya mereka di khalayak ramai. Believe me! They are very talented.

8. Untuk penginapan, anda boleh memilih untuk tinggal di sekitar Sukajadi, Cihampelas, Dago atau Jalan Riau. Kebanyakan kawasan ini agak happening pada waktu malam, terutama pada hujung minggu.

9.  Cuaca di Bandung rasanya sama sahaja seperti Malaysia. Cuma ia agak dingin pada waktu malam. Tapi takdalah sampai tahap kena pakai jaket.

10. kalau nak makan, pastikan anda makan di restoran, bukan di kedai kaki lima. Bukan masalah halal, takut kebersihan je. Ramai gak member saya yang pernah ke sana pernah mengalami food poisoning. Elakkan makan seafood kecuali di restoran Padang atau eksklusif.

Overall, Bandung...hurm... mungkin bagi saya seorang lelaki, kureng sikit kot. Tapi lain orang, lain pandangan kot. Saya lebih suka Jogjakarta dan Bali. Mungkin Solo much better, dan Bandung ni baik sikit je dari Medan. Huhu. Jujur saya lebih suka pelancongan yang lebih kepada alam sekitar kot. Hehe.

Apa yang saya suka tentang Indonesia ialah khazanah alam semulajadi yang cukup cantik.Cuma yang sedikit kurang senang ialah sikap segelintir warganya yang membuang sampah ke dalam sungai dan parit. Anda akan dapat lihat fenomena ini ketika anda ke hot Spring yang terletak di sekitar Tangkuban Perahu.

Dah macam bapa orang aku ni...hehe



Makan tengahari otw ke Bandung





Pintu masuk Trans Studio

Science centre Trans Studio...nice!

Masjid terbesar di Bandung



Di sekitar Kawah ratu, Tangkuban Perahu

Sari Ater..kolam air panas (macam Felda Hot Springs)



Masa makan di Kampung Daun. This is my team ok :)

Jadi, kalau anda semua nak ke Bandung, selamat melancong dan jangan lupa gunakan kemahiran tawar menawar anda di sana!! Yossh................!!!

Ada pertanyaan atau ingin pakej melancong yang hebat? 
Sila email ke rentaka.travel@gmail.com

rajaazrul

Comments

bella said…
Saya pula mmg turun kt bandung,tp mcm nk ke jakarta plak. Sebb alang2x dah sampai. Tk perlu ke jejalan kat jakarta?
Raja Azrul said…
Kalau terus ke Bandung, rasanya tak perlu ke Jakarta. Sebab Jakarta ni macam KL..sesak, dan harganya mahal jika dibandingkan dengan Bandung.

Tapi kalau flight anda terus ke Jakarta, boleh lah jalan-jalan sekitar Jakarta macam ke Tanah Abang, Mangga Dua atau Jakarta pusat.
Unknown said…
hi...azrul...kebetulan kak ena nak ke bandung next month akak searching2 info pasal bandung...last jumpa blog nie... sekali nengok awak yang tulis.... kenal lagi tak kak ena? ala...kuktem & zapin....hehehe...tq for the info...
Raja Azrul said…
Kak Ena
- Of coz saya ingat kak! Wow cepat masa berlalu kan!! Kalau nak ke bandung jangan lupa bawak duit rupiah banyak2. Banyak benda nak dibeli ni. huhuhuh....

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...