Selamat Datang Jun 2013

Dalam sedar tak sedar,

Kita sudah berada di pertengahan tahun 2013. Wow, bermacam peristiwa berlaku, pahit manis gembira suka ceria duka... dan macam - macam lagi.

Umur aku juga hmmmmm... makin meningkat (ada ke yang menurun, hehe).

Sekarang ini, aku dah malas nak fikir tentang perkara yang remeh. Aku hanya fikirkan perkara yang boleh buat aku bahagia. Memang kebahagiaan di tangan Tuhan, tapi kita sendiri tahu, apa yang terbaik untuk diri kita. Letih menjadi seorang yang "berkorban", dan takut sekali, perkara yang ikhlas terus jadi tak ikhlas.

Ranjau kehidupan makin berliku, ia bukan semudah di sangka. Kadang-kadang aku sendiri tersepit di dalam dilema. Aku tidak boleh menolak takdir, apatah lagi melawan kehendakNya. Apa yang aku boleh lakukan hanya berusaha dan terus berusaha.

Jun 2013 - fasa kedua untuk tahun ini sudah bermula. Maka, cabaran getir akan menanti. Aku perlu kuat kerana ada banyak perkara yang aku perlu capai dalam hidup ini. Jika ia tercapai, aku dapat rasakan satu kepuasan, dan dari situ bermula nikmat kebahagiaan.

Matlamat aku, menjadi seorang yang profesional, tersusun, kreatif dan disiplin. Insyaallah..kejayaan akan termakbul kelak.

Terima kasih,

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...