Tindak balas @ respons


Hakikat, kita akan mudah terjerat dan berasa curiga apabila seseorang itu tidak memberikan apa-apa respons ketika kita bertanya melalui sms, email, whatapps atau wechat.

Selalu kita akan fikir:
1. Adakah dia OK?
2. Adakah dia sihat?
3. Adakah dia maklum?
4. Adakah dia bersetuju? suka? marah? benci? atau macam-macam lagi.

Perkara asas dalam komunikasi ialah menzahirkan respons / tindakbalas. Ia mungkin nampak kecil walaupun sekadar membalas "noted / OK". Atau paling ringkas membalas dengan ikon smile :) tapi ada sebilangan kita sekadar bersikap dingin atau mungkin tidak mengambil serius tentang perkara ini.

Benar, banyak perkara harus diutamakan, tapi bagi saya.. tindak balas atau respons itu penting.. ia bukanlah sesukar mana.. kerana perkara yang remeh atau kecil ini kadang-kadang boleh memberikan impak yang besar pada masa akan datang.

Terpulang pada tafsiran masing-masing. Tapi bagi saya, kita tidak boleh berseorangan di dunia ini.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...