Jalan - jalan : Bali (again..?)

Hello semua!

Apa khabar? Salam lebaran buat semua! Oklah...straight to the point! Sekali lagi saya ke Bali, untuk bercuti! Kali ini bersama 2 rakan saya iaitu Fendy dan Azwan. Hehe.

Apsal bali? Sebab Bali best....!! Saya lebih suka Bali kalau dibanding dengan Bandung. Indonesia memang kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik tapi 3 tempat saya suka iaitu - Bali, Jogja dan Danau Toba. Kalau ada kelapangan rasa macam nak pergi ke Sulawesi, Padang dan Lombok. Tapi tak tahulah bila dapat pergi kan.

Trip Bali saya agak ringkas...3 hari 2 malam. Hotel kami tidur di Oasis Kuta Bali. Hotel OK, cuma tak berapa sesuai untuk group besar. Makanan average laa... tapi lokasi hotel memang tak jauh dari Pantai Kuta dan Hard Rock. Malam-malam memang best dan happening.

Bajet kami ialah:
RM200 - penerbangan Air Asia
RM 100 - bagasi 15kg (share) dan makan dalam flight
RM 400 - ground di Bali ( makan, hotel, tour, transfer)
RM 350 - lain -lain (airport tax, add on makan, taxi, cenderamata)

TOTAL - RM1050.. murah gak kan? Tapi bukan semua one short. Kumpul laa duit sikit-sikit. Bayar ansur-ansur sebelum melancong. Saya bawa pun dalam 1 juta 500 ribu rupiah..cukup je kalau nak jejalan sekitar Kuta. Sempat makan ayam lunak dan Nasi Timbel lagi.

Tips saya ... beli tiket time promo. Lepas beli, kumpul laa duit untuk bayar hotel, tour, etc. Better bayar kat Malaysia, nanti kat sana tak payah bawak duit banyak.

Lain -lain tips ke Bali saya pernah kongsikan pengalaman saya di sini.

Di Uluwatu Temple.. bergambar bertiga!
With Cik Fendy Shah

Peace yo! On the way nak tengok Kecak Dance

Pemandangan matahari terbenam di Uluwatu

Garuda wisnu kencana!

Memilih produk perak

Pemandangan kampung ke Bedugul

Melihat keunikan kopi luwak

Danau Bedugul

Selepas makan tengahari di Bedugul.

Meronda -ronda dengan bot

Danau yang tenang dan cantik

Pintu Masuk Tanah Lot

Di hadapan Tanah Lot Temple

Lets Budesa

Restoran Budesa Bali

Makanan sunda yang sedap!

Nasi Timbel di Pawon Pasunda

Percutian ringkas dan menarik sebelum berpuasa. Tapi ramainya umat manusia di Bali terutama yang datang dari Australia. Hehe.

Comments

IamAin said…
enteance fee masuk bedugul berapa??

entrance fee uluwatu termasuk tgk sunset n kecak dance ke??

saya nk kesana 17/9 ni..
Raja Azrul said…
dalam sekitar rm2- rm3, tapi ini tak termasuk kecak dance. Nak tengok kecak dance dalam 70 ribu rupiah, kalau tak salah laa.. hehe. Ingat2 lupa lak
actually raja bajet aku untuk 2 orang macam ini :
1) Flight (makan + luggagage + seat)= RM430
2) Hotel http://bakungsarihotel.com/kuta/ 4h3m = RM220
3) Pak Supir = RM120(sbb share dgn adik ipar)
4) entrance = RM80
5) Makan + beli belah = RM500

TOTAL = RM1350 ( untuk 2 orang )
Si Ketam Batu said…
Bila baca memang sah kena repeat Bali....
Raja Azrul said…
Faiezi:

Overall ok laa tu.. kira murah dah tu. Basic melancong ni kena tengok apa yang kita inginkan. Kalau macam saya, saya lebih mementingkan hotel kot..huhu.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...