Jalan - jalan : Program Ibadah Korban di Ho Chi Minh

Salam semua,

VO2V UMP

Harap semua sihat; diberkati oleh Allah S.W.T. Maaf sekali lagi, agak lambat kemas kini. Untuk coretan kali ini, saya akan menceritakan pengalaman keempat saya ke Vietnam.. huhu, tapi kali ini berbeza kerana saya pergi untuk melaksanakan ibadah korban di Vietnam. Mungkin entri kali ini boleh memberikan suatu dimensi yang berbeza, yang lain dari kebiasaan. Huhu....

Sebelum ini saya dah coretkan pengalaman saya ke Ho Chi Minh disini, jadi saya tak nak ulas panjang pasal bandaraya Ho Chi Minh atau Saigon. Entri ini lebih kepada catatan saya ke kawasan perkampungan Cham yang terletak di selatan Vietnam iaitu di Wilayah An Giang.

Oh ya! Kali ini saya pergi bersama dengan adik -adik dari Kelab Rakan Siswa (PERSIS) Universiti malaysia Pahang... UMP...yess...my old university! Memang terbaik! Rasa macam pengalaman masa pergi debat dan bawak adik-adik teater dulu. Tapi kali ini berbeza sebab saya dah Alumni. Umur pun dah makin tua...hehe. Tetttttt....

***

Hari 1: Ke An Giang

Bertolak ke HCM dengan menaiki MAS. Mula - mula berjumpa dengan adik-adik ini agak kekok sikit. Tapi lama-lama dah jadi makin sporting! Huhu.. thanks to Shazani (key person untuk program ini) dan Puan Paridah ( orang lama JHEPA UMP) .. mereka lah banyak berusaha agar program ini berjaya.

Tiba di HCM dalam jam 10am waktu sana. Sekali lagi saya bertemu dengan Mr Chin -  guide yang terbaik di HCM. Memang sporting dan senang bekerjasama dengan dia. Kami pergi makan tengahari dan solat di HCM dan meneruskan perjalanan ke An Giang selepas itu.

An Giang adalah nama wilayah terletak bersempadan Cambodia. Ia mempunyai beberapa bandar kecil dan bandar yang paling dekat dengan Kampung Cham ialah Chau Doc. Untuk ke sana, perlukan masa 7 jam dan menaiki feri menyeberangi Sungai Mekong. Huhu...memang terbaik laaa... naik lenguh badan...!

Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan...dan kami tiba di Chau Doc pada sekitar jam 9pm. Pekan Chau Doc memang kecil .. macam pekan Tanjung Malim. Hotel pun tak banyak. Bandar ini bergantung kepada Sungai mekong.. Sungai terpanjang di Asia Tenggara. Jadi kebanyakan sumber makanan berasal dari sungai ini. Selain itu, penduduk di sini turut bercucuk tanam.. ini kerana delta mekong memang sangat subur dan kaya dengan mineral. Tak hairanlah sayuran di sini segar bugar dan gemuk belaka.

Hari 2 : Program kebajikan

Meneruskan perjalanan dari hotel ke kampung Naemah.. ia memakan masa sekitar 30 - 40 min. Menariknya, sekali lagi, kami menaiki feri untuk ke sana. Hebat bukan! Memang tak dinafikan feri merupakan pengangkutan utama disini. Sampai sahaja di jeti, kami terpaksa berjalan sekitar 30 min ke masjid Naemah.. salah satu masjid yang terdapat disini.

Bila dah tiba di masjid, apa lagi... mulakan lah program kebajikan anda sekalian....

Program membersihkan masjid, susun buku dan Al Quran, baiki madrasah dan macam - macam lagi.

Oh ya, saya sendiri mengikut team adik -adik ini memilih lembu yang bakal dikorbankan.  Tak pernah pun pilih lembu, tapi lembu kat sini kurus-kurus je. Macam tak cukup makan pun ada. Hehe.

Selepas zuhur, ada majlis akikah di masjid tersebut. Dapatlah merasa suasana majlis akikah penduduk kampung di sini. Makanan di sini ringkas sahaja, bubur ayam kampung. Rasanya sedap tahu!

Penduduk kampung di sini rata-rata tak fasih berbahasa Inggeris. Tapi ada lah juga beberapa orang boleh bercakap melayu, terutama yang pernah belajar dan menuntut di sekolah pondok di Malaysia. Tapi saya rasa tetap seperti ayam dan itik. Ditanya lain, dijawab lain. Hehe. Tapi keseluruhannya mereka ini amat ramah dan biasa menerima kunjungan masyarakat luar.

Sebelah petang, adik -adik PERSIS mengadakan slot motivasi dengan pelajar sekolah rendah di Madrasah, atas masjid ini sahaja. Uikkss...program motivasi?? Nasib baik laa ada Mdm Ha, isteri Mr Chin yang tolong terjemahkan apa yang patut. Memang sporting habis! Rasa macam cikgu pun ada... tapi saya ini sekadar menonton sahaja. Seronok tengok gelagat anak-anak kecil menari chicken dance!  satu bentuk kelainan yang cuba ditonjolkan .. terbaik!

Sejenis siput dimasak dengan serai

Kira -kira jam 6.00pm kami pun bergerak pulang. Sedar tak sedar, rupanya esok adalah hari raya!! Hari raya aidiladha! Tapi memang tak rasa feel apa pun. Nak telefon pun tak boleh. Wifi pun agak limited. Malam itu kami makan malam di sebuah restoran yang menampilkan masakan Vietnam.. terbaik!


Hari ke 3 : Hari Raya Korban

Pertama kali saya beraya di luar negara, pada hari raya korban. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup manis. Tapi, saya terlupa nak bawa baju melayu. Takpelah... baju sekadar baju. Yang penting niat di hati. Hehe.

Di sini, suasana raya nya meriah juga... ada cara tersendiri. Disini takbirnya agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan Malaysia. Entahlah kenapa lain? Saya pun tidak ada jawapannya. Yang solat di masjid hanyalah lelaki, manakala yang perempuan hanya duduk di rumah. Di luar masjid pula dah macam pesta ... ada gerai jual makanan, pakaian, cenderamata.. macam-macam lah.

Lepas solat barulah program ibadah korban bermula. Macam di Malaysia, program korban akan dibuat di masjid, disini program korban akan dilakukan di rumah-rumah @ kawasan kampung. Program itu dibahagikan mengikut kumpulan tersendiri.. maknanya, program ini tidaklah melibatkan keseluruhan penduduk kampung.

Untuk UMP, program korban diadakan di rumah tukang masak .. jadi, lepas sembelih lembu, terus masak daging-daging tersebut. Daging mentah pula diagihkan pada golongan memerlukan. Sebenarnya daging dimasak hanya untuk kumpulan kami sahaja makan...bukanlah buat kenduri besar-besaran pun.

Sebelum lembu disembelih..sudah semestinya aktiviti rewang....

Dan masa menyembelih lembu ...

Akhirnya masa untuk memasak. Tapi bukanlah kami yang masak sebaliknya tukang masak rasmi yang mana masakannya sememang nya terbaik...

Menu kami ialah...

Daging bakar (tiada bahan perasa..)

Sayuran , sup dan ulaman

Terbaik kan? Lepas makan-makan, barulah kami bertolak pulang ke Ho Chi Minh. Sekali lagi merentasi perjalanan 7 jam termasuk 2 kali menaiki feri. Satu pengalaman yang agak memenatkan.

Tiba di Ho Chi Minh, menariknya ialah sesi PRANK!! Kebetulan salah seorang dari junior UMP menyambut birthday pada hari tersebut.. apa lagi sesi kejutan besar-besaran laa....


Hari  4: Jalan - jalan

Ho Chi Minh sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan sejarah. Jadi, sebagai pelajar..cewah... mereka seharusnya didedahkan kepada perkara yang berkaitan sejarah ini. Vietnam terkenal dengan sejarah perang Vietnam yang berlaku sekitar 60 an.

Peperangan ini melibatkan askar Komunis Vietnam dan tentera bersekutu Amerika Syarikat. Koleksi peperangan serta arkib ini telah dikumpulkan dan diletakkan di dalam Muzium perang. Selain muzium perang, kami juga turut melawat Rumah Presiden, yang mana senibina rumah ini sama seperti rumah zaman 70an.

Dihadapan Rumah Presiden

Pada sebelah petang, barulah dilepaskan adik-adik ini untuk membeli belah di pasar Ben Thanh...pasar yang cukup terkenal bagi pelancong. Bagi saya yang tak suka menawar ini, saya lebih sanggup membeli di ruangan yang harga tetap. Sebab bagi saya tawar menawar ini merepek.. hehe.

Malam kami menikmati makan malam di restoran Kedai Shamsudin dan ada antara kami menikmati urutan tradisional Vietnam dan ke pasar malam. Sempat juga laa grab beg yang berharga RM30.. murah kan?? Huhu.


Hari 5: Balik daaa...

Hari terakhir... pulang ke Kuala Lumpur. Disebabkan flight petang, maka ada antara kami yang berjalan sekitar Ben Thanh dan ada juga yang rajin berjalan ke China Town ( Bin Tay) untuk membeli kain pasang. Ada juga yang tidur di hotel sahaja.

Alhamdulillah...program selesai dan kami selamat tiba di KLIA sekitar jam 10pm.

***

Jom layan beberapa gambar ketika disana. Harapan saya (selaku senior UMP) program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang :) TERBAIK! Tahniah buat adik-adik PERSIS.

Makan malan di Chau Doc
Bergambar bersama penduduk kampung




Sup sungai Mekong..hehe



Sawah padi...

Di pagi Hari Raya Haji

Dalam bot ke Kampung Cham




Jamuan Raya nie !


Birthday boy ni anak emak rupanya

Mr Chin memberi penerangan kepada pelajar


Dihadapan Muzium Perang

Sumbangan amal di Masjid Ho Chi Minh



Di HCM Airport...geng spek mata!


## Miss my moment with Senandika dan  Penukir Ilmu ...^_^





Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...