Posts

Showing posts from March, 2013

Cepat masa berlalu

Image
Hai semua. Dalam diam tak diam, rupanya kita sudah hampir dengan April 2013. Wow, begitu pantas masa berlalu, dan sepanjang 3 bulan pertama 2013, terlalu banyak pengalaman pahit dan manis aku lalui. Mungkin ia agak sukar untuk aku hadam, tapi aku percaya, setiap berlaku, pasti ada sebab musababnya. Banyak lagi yang harus lakukan. Teringat kata arwah pengetua ku, "makan selapis demi selapis". Maksudnya setiap matlamat harus diselesaikan satu per satu. Jangan tamak! Kerana tamak tidak membawa kita ke mana-mana. Aku bukanlah sempurna mana, cuma aku tak suka bekerja dalam keadaan serabut atau tidak terurus. Masa tetap berlalu, cuma kita hargai atau tidak masa yang ada. Kadangkala kita selalu bagi alasan "sibuk, tiada masa" ... tapi hakikatnya, bila dihitung kita sebenar masih ada masa. Cuma ia ibarat air mengalir, sedar tak sedar sudah banyak masa kita rugi. Aku cuba belajar untuk tidak bertangguh kerja, dan cuba untuk pastikan setiap kerja aku disiapkan dalam mas

Si Merah...

Image
Inilah dikatakan dugaan... Orang cakap, kalau rasa nak ada kereta fikir masak-masak, kereta bukan sahaja perlu diisi minyak hari -hari atau membayar tol ketika lebuhraya, tapi lebih dari itu... Kita harus fikir mengenai pelbagai perkara, dari segi servis, basuh keta, maintenance, dan juga repair...duhhhhssss.... Ini lah terjadi kepada aku...sekadar berkongsi, mana tahu anda juga mengalami kes yang sama: 1. Tukar absorber (shock absorber) Naza Suria Absorber si Merah yang sudah dicabut Pernah dengan absorber? Atau dalam BMnya ialah penyerap hentakan. Kalau nak tahu, absorber ni terletak di tayar, di dalam spring tu. Absorber ni ada jenisnya, tapi aku bukan pakar kereta. Jadi, nak dijadikan cerita, kereta aku mengalami masalah absorber. Masalah utama ialah apabila aku terlanggar lubang, maka akan terasalah seperti keras kelentung..atau pun kalau lalu kat bonggol, rasa macam naik roller coaster. Jadi, tiada pilihan lain selain tukar absorber tu. Nak tukar kat KIA (NAZA) m