Posts

Showing posts from May, 2013

Pilihanraya umum 13? Gelap???

Salam semua, Alhamdulillah, kini kita sudah berada dalam bulan 5 2013. Begitu cepat masa berlalu. Dalam sedar tak sedar juga, blog ini telah ditulis hampir 6 tahun. Wow, masih bertahan ye! Di kala orang sibuk Facebook, Twitter, whatappss dan macam-macam, aku masih menganggap blog adalah medium terbaik dalam menulis apa yang berlaku dalam kehidupan harian kita. Baiklah, untuk penulisan kali ini, aku ingin memberi pandangan ringkas mengenai pilihanraya umum ke 13 yang baru sahaja berlalu pada 5 Mei lepas. Wow, memang panas! Buka sahaja FB memang masih banyak lagi kiriman mengenai pilihanraya ini. Keputusan pun sudah diketahui, dimana BN memenangi 133 kerusi parlimen, berkurang 7 kerusi berbanding pilihanraya lepas. Pada pandangan aku, masih banyak kelompongan dan perkara asas yang perlu dibaiki oleh kesemua pihak. Walaupun peratusan mengundi tinggi (antara dalam dunia), namun masih lagi wujud dakwaan ketidaktelusan SPR dalam mengendalikan piliharaya ini. 1. Suburkan demokrasi Ma

Jalan - Jalan : Beijing

Image
Halllooooo... dan salam april buat semua! Penulisan kali ini menceritakan pengalaman saya ke negara China iaitu Beijing. Ini adalah kali kedua saya ke sana selepas ke Shenzhen dan Guangzhou pada tahun 2010. Menariknya kali ini, saya telah pergi bersama dengan 2 orang adik saya, dan rakan saya - Rashidi. Jadi agak happening sikit laaa!! Jom saya ceritakan serba ringkas pengalaman disana, dan Insyaallah boleh menjadi panduan buat para pembaca yang berhajat untuk melancong ke Beijing. Suasana di kawasan Forbidden city. Hari Pertama: Untuk pengetahuan semua. saya ke Beijing menaiki Air Asia X. Dengan harga serendah RM1200 ++, Alhamdulliah saya berjaya menaja adik saya yang bongsu untuk ke sana. Yup, untuk ke China anda perlukan visa, jadi pastikan anda sudah memohon visa sebelum ke sana. Perjalanan menaiki Air Asia X memang memenatkan. Kerusi agak sempit, makanan terhad, NO entertaiment... hurrmmm sesuailah dengan bajet flight. Jadi jangan nak demand lebih ye... hehe. Be