Posts

Showing posts from December, 2013

Jalan - jalan : Program Ibadah Korban di Ho Chi Minh

Image
Salam semua, VO2V UMP Harap semua sihat; diberkati oleh Allah S.W.T. Maaf sekali lagi, agak lambat kemas kini. Untuk coretan kali ini, saya akan menceritakan pengalaman keempat saya ke Vietnam.. huhu, tapi kali ini berbeza kerana saya pergi untuk melaksanakan ibadah korban di Vietnam. Mungkin entri kali ini boleh memberikan suatu dimensi yang berbeza, yang lain dari kebiasaan. Huhu.... Sebelum ini saya dah coretkan pengalaman saya ke Ho Chi Minh disini , jadi saya tak nak ulas panjang pasal bandaraya Ho Chi Minh atau Saigon. Entri ini lebih kepada catatan saya ke kawasan perkampungan Cham yang terletak di selatan Vietnam iaitu di Wilayah An Giang. Oh ya! Kali ini saya pergi bersama dengan adik -adik dari Kelab Rakan Siswa (PERSIS) Universiti malaysia Pahang... UMP...yess...my old university! Memang terbaik! Rasa macam pengalaman masa pergi debat dan bawak adik-adik teater dulu. Tapi kali ini berbeza sebab saya dah Alumni. Umur pun dah makin tua...hehe. Tetttttt.... ***