Cabaran Hidup di Kota

Salam semua,

Dalam sedar tak sedar, sudah hampir 5 tahun aku tinggal di Kuala Lumpur. Bukanlah aku tak suka, malah aku begitu bangga, kerana kota ini merupakan tempat lahirku 30 tahun yang lepas.

Benar, KL adalah lubuk emas, jika kita pandai dan tahu dimana lubuknya. Cakaplah nak apa, semua ada. Nak bukak perniagaan, Insyaallah akan ada pelanggan. Begitu juga nak dapatkan makanan, pakaian...kiranya semua senanglah. Tapi satu sahaja yang perlu ada iaitu DUIT.. hehe.

Memulakan langkah di bumi Menara berkembar ini, sebenarnya bukanlah mudah seperti disangka. Anda akan berdepan dengan trafik yang sesak. Malah aku boleh katakan kesesakan di KL ini semakin parah. Tak boleh ramal,  kadang-kadang tengahari, waktu malam pun boleh sesak. Jalan yang disangka tak sesak pun boleh sesak. Itu belum dikira waktu hujan atau banjir kilat. Sudah pasti sesaknya berkilo meter.

Itu baru perkara pertama. Cabaran 2014 yang aku hadapi pada bulan ini ialah mencari rumah sewa! Percaya atau tak, kos rumah sewa di KL semakin mahal. Sewa bulanan mencecah ribuan ringgit. Rumah flat pun dalam RM600 ke atas (sebulan). Kalau rumah apartment, RM1000 kalau condo..jangan cakap laa..memang lebih dari RM1800 ke atas.

Aku tak berkira pasal harga, sebab aku tahu memang rata-rata rumah sewa memang mahal. Tapi yang aku geram, nak cari rumah yang sesuai! Tuan rumah pun kadang-kadang letak syarat mengalahkan puteri gunung ledang.. nak penyewa beginilaa..tak boleh macam ni la. Tapi tak boleh buat apa, sebab itu adalah kehendak tuan rumah. Apa tah lagi, permintaan rumah di KL ini memang semakin meningkat.

Itu bab tuan rumah, masuk fasa kedua ialah kalau sewa melibatkan agen. So far, mereka yang banyak mendominasi pasaran hartanah ini. Kalau buka je MUDAH atau I property, kebanyakan yang mempamerkan sewa rumah ialah agen. Memang laa bagi aku itu periuk nasi mereka. Tapi kadang-kadang mereka ini tak membantu pun. Agen pada pandangan aku haruslah bertindak sebagai konsultan.Jika rumah A penuh, dia harus cadangkan rumah B, C atau apa lagi. Tapi rata-rata tak boleh pakai, dan banyak pilih kasih.

Kos di KL ternyata kadang-kadang tak masuk akal. Anda harus tinggal lebih 40km kalau nak cari rumah sewa bawah RM1000. Itupun kalau anda sanggup meredah jem. Masalah utama ialah pengangkutan awam kita masih belum efisyen. Isk..isk....

Cabaran hidup di kota bukanlah mudah. Sebab itu banyak novelis, penulis lirik acapkali menceritakan ranjau hidup di kota. Dari zaman P.Ramlee sampailah zaman sekarang. Mungkin cabaran kali ini amatlah besar. 

Syukur Malaysia Masih Aman?? Yup, kita harus bersyukur, tapi bukan bermakna kita membenarkan diri kita ditindas. Ada perkara yang boleh diubah untuk menyelesaikan masalah. Jangan jadikan perkataan "bersyukur" untuk alasan kita duduk goyang kaki atau hidup susah sepanjang zaman. Setiap ujian diberi kepada kita ada hikmah, hikmah itu juga boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuk membetulkan perkara yang dirasakan perlu.

#sekadar coretan seorang putera.

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...