Membuka lembaran 2014

Salam sejahtera semua!!!

Apa khabar? Harap semua sihat...

Sedar tak sedar kita sudah masuk tahun 2014. Dalam perjalanan begitu singkat, masih lagi terasa bayangan 2013. Alhamdulillah.. 2013 banyak mengajar aku pelbagai perkara, erti kehidupan yang sebenar.

Lembaran 2014 telah pun bermula. Ia menjadi tahun mencabar bagi diri aku, dan sudah semestinya cabaran yang lepas akan dijadikan panduan. Aku yakin setiap ujian yang diberikan ini ada hikmah. Allah itu Maha Adil, Maha menyanyangi. Malah ujian aku terima sebenarnya masih lagi kecil jika dibandingkan dengan ujian mereka yang lain di dunia ini.

Tahun ini perlu diatur dengan teliti. Jika dilihat kepada matlamat, masih banyak belum tercapai. Malah, ia juga perlu diperhalusi agar semua bergerak dengan selari. Doa dan tawakal juga perlu bagi memastikan ia tercapai.

Aku harapkan keajaiban akan berlaku 2014! Apa-apapun kita harus percaya Allah Maha menentukan!

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...