What Happened to Malaysia??

Salam semua,

Dalam meniti arus kehidupan yang semakin berliku, ujian dari Allah pasti kita tak boleh elak. Ujian diberi bukan bermakna Allah tak sayang kita, tapi ia adalah sebahagian dari peringatan agar kita sentiasa mengingatinya.

Bulan Mac 2014.. Malaysia diuji dengan pelbagai perkara. Banyak perkara diluar kotak berlaku, sedikit sebanyak memberi satu tamparan hebat buat pemerinta. Maaf, saya bukan nak mengutuk atau menjadi orang yang tidak bersyukur, tapi inilah yang saya rasa daripada seorang rakyat yang kecil jasanya kepada negara.

1. Ringgit jatuh? - kalau sesiapa yang berurusan dengan matawang, akan menyedari, nilai ringgit makin hari makin susut. Bayangkan 1 USD = RM3.30, 1SGD = RM2.65.. hebat kan?? Perbezaan nilai ini menjadikan harga barang melonjak naik. Akan ada suara sumbang mengatakan, eleeh..ko bukan pakar pun, Benar..saya bukan pakar. Tapi, perkara ini harus dilihat dari pelbagai sudut. Mengambil contoh Singapura, mengapa matawang negara itu tak pernah-pernah jatuh? Sedangkan ia cumalah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai apa-apa sumber.

2. Kemarau (tiada air)? - memang benar cuaca adalah diluar kuasa kita. Tapi kemarau di Malaysia semakin hari semakin ketara. Masalah air melanda terutama di kawasan lembah kelang, Saya tak pasti apa usaha kerajaan..katanya mahu membuat pembenihan awan. Saya rasa kerajaan harus membuat perancangan jangka panjang, apa yang harus dilakukan andai kata kemarau berterusan sehingga 3-4 bulan.

3. Jerebu - bila dah kemarau, jerebu melanda. Bayangkan, tahun lepas kita semua menuding jari kepada Indonesia kerana menghasilkan jerebu. Tapi sekarang? Masalah jerebu berpunca daripada kebakaran belukar akibat cuaca terlalu panas dan kekurangan hujan. Sekali lagi, ia bukan satu alasan untuk kita lambat bertindak. Masalah semakin ketara, IPU semakin menunjukkan keadaan tidak sihat. Jadi langkah progresif perlu diwujudkan dengan segera.

4. Harga barang naik? - ini memang tak payah nak cakap laa...serius memang dah naik! Saya baru pulang dari Singapura, melihat harga barangan disana membuatkan saya terkesima. Buah mangga sebakul kecil (dalam 3-4 biji) hanya 3 dollar. Janganlah nak buat tukaran (convert) sebab gaji rakyat singapura dan Malaysia adalah setara...kalau tukang sapu di Malaysia gajinya RM1000, di Singapura gajinya SGD1000 = RM2650. Hebat kan? Sedangkan Singapura hanyalah sebuah pulau yang tidak ada tanah untuk bercucuk tanam.

5. MH370 - isu terbaru dan masih panasss...! Sehingga penulisan ini, pesawat MH370 ini masih belum ditemui. Saya tabik pada tindakan MAS dan Kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan isu pesawat hilang ini. Juga tabik pada tindakan negara luar yang sudi membantu. Ini lah semangat setiakawan. Cuma yang tak beberapa sedapnya, bagaimana tindakan Malaysia menangani jawapan dari wartawan luar. Lagi satu, bagaimana keselamatan Malaysia? Banyak isu bercanggah?? semua itu mengundang tawaan dari orang luar. Sedikit sebanyak melihat Malaysia bukanlah negara yang kuat dari segi pertahanan. Tapi saya hormat pada Dato Seri Hishamudin bagaimana dia bertenang dalam menjawab isu ini daripada wartawan. Semoga pesawat ini ditemui dalam keadaan selamat - termasuklah penumpang didalamnya.

Segala persoalan yang berlaku..mungkin ada hikmah. Saya yakin ujian diatas hanyalah sebahagian kecil untuk menjadikan kita matang dalam membuat tindakan. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amin

# LOVE MALAYSIA  # Malaysiatanahairku

#penulisan hanyalah bersifat pandangan peribadi. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak,

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...