Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, April 09, 2014

Apabila April

Salam semua,

April sudah menjengah tiba. Bulan 4, tahun 2014. Penuh bermakna, penuh dengan cabaran. Menjangkau ke bulan ini, perjalanan sudah pastinya lebih berliku, jauh daripada apa yang kita jangka.

Sudah 3 bulan perjalanan dalam tahun 2014, ternyata ia adalah satu perjalanan yang cukup pendek, tapi penuh dengan kenangan pahit manis. Banyak perkara yang telah berlaku, sedikit sebanyak menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan. Dugaan serta ujian dibuat diterima dengan tabah sekali. Kini, apa sahaja yang berlaku harus dilalui dengan berserah kepadaNya.

Alhamdulillah, secara kasarnya aku bersyukur atas apa yang diberikan daripadaNya. Kita harus percaya, Allah telah mengatur yang terbaik buat kita. Kadang-kadang kita mungkin berfikir bukan-bukan, tapi percayalah..be positif,.,you cannot change, if you are not believe in miracle of God.

Belajar bersyukru, berubah ke arah yang baik dan sentiasa berdoa..itu yang paling penting :)




No comments: