Ulasan Filem : Sejoli Misi Cantas Cinta

Hello geng semua!

Rasa agak lama tak menulis mengenai filem. Maklumlah..amat jarang sangat tengok wayang. Kalau tengok movie pun, dalam laptop sahajalah. Untuk ulasan kali ini, saya ingin berkongsi pandangan mengenai sebuah filem melayu yang ditayangkan pada Feb lepas iaitu Sejoli Misi Cantas Cinta.

Pengenalan:
Hasil karya Osman Ali, ia merupakan naskah ringan selepas Cun yang ditayangkan pada tahun 2011. Membariskan pelakon terkenal seperti Maya Karin, Bront, Remy Ishak dan Izara Aishah, filem ini merupakan filem yang cukup menyeronokkan, penuh dengan elemen romantik komedi.

Jika Cun lebih memfokuskan kepada wanita bandar ke kampung di Kedah, Sejoli lebih menceritakan kisah 2 orang yang bertemu secara tidak sengaja di Phuket. Dua watak utama ditonjolkan iaitu Gina (Maya) dan Joe (Bront) yang mana kebetulan bekas pasangan mereka iaitu Hady (remy) dan Nita (izara) akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Untuk mendapatkan kembali cinta mereka, jadi mereka telah merancang satu misi bagi menggagalkan perkahwinan Hady dan Nina.

Plot:
Secara kasarnya, plot memang sudah dapat dirangka dan dijangka. Mungkin kita lebih teruja ketika mereka menjalankan misi bagi menggagalkan rancangan perkahwinan Hady dan Nita. Plot disusun juga agak kemas dengan beberapa elemen imbas kembali yang muncul di awal cerita.

Berlatarkan Phuket pada permulaan, sebenarnya tak banyak babak dibuat di sana. Mengapa Phuket? Mungkin sekadar daya penarik kecil untuk penonton ke sana. Ia sekadar pelengkap untuk mempertemukan antara Gina dan Joe.  Selebihnya, plot banyak dibuat di sekitar Kuala Lumpur termasuklah di Bangsar dan Titiwangsa.

Lakonan:
Dari segi lakonan, Osman Ali mengambil pelakon yang sudah biasa bekerja dibawahnya. Maya, Bront dan Remy Ishak, nama yang cukup sinonim dengan karya Osman Ali. Jadi, rasanya ketiga-tiga pelakon ini sudah serasi dan berjaya membawakan watak dengan baik. Watak Gina, lakonan Maya juga wajar dipuji, Walaupun nampak ringkas, Maya cemerlang memegang watak sebagai seorang gadis yang lurus bendul dan jenis mudah ditipu. Saya tertarik dengan lakonan Maya, berjaya menjadi Gina seorang gadis yang lain dari watak yang pernah dibawa sebelum ini.

Watak Joe - lakonan Bront, lelaki biasa sahaja. Jenis yang komedi, dan romantik. Watak yang boleh dibawa dengan baik oleh Bront. Manakala lakonan Remy sama sahaja seperti wataknya dalam drama-drama romantik sebelum ini. Izara Aishah memegang watak Nina, juga boleh dikatakan sesuai dengan karakternya yang manja. Watak sokongan lain wajar diberi pujian ialah watak Tompy dan Lola, dilakonkan cukup berkesan oleh Azad Jasmin dan Dira Abu Zahar.

Kesimpulan:
Amnya, filem ini mudah dicerna oleh pemikiran kita. Tak perlu kusut-kusut, dan rata-rata penonton sudah tahu apakah kesudahan filem ini. Pujian diberikan kerana garapan Osman ternyata kemas dan membuatkan kita sebagai penonton seronok menonton filem ini. Jadi, jika anda inginkan hiburan ringan dan tidak menjengkelkan, maka anda harus penonton filem yang berdurasi 90 minit.
 
Rate: 3.5*

# Filem ini dah keluar dalam watch online. salah satu web boleh tengok ialah tontonfilemmelayu


Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...