Travel

Travel

Mengira detik

Saturday, May 17, 2014

Makan - makan : Restoran Sukhumvit Garden Gombak

Salam semua!

Apa khabar pembaca semua!

Papan tanda restoran
Dah lama rasanya saya tak menulis pasal food blog. Lazim sangat menulis mengenai jalan- jalan. Takpa..kali ini saya nak ajak para pembaca budiman menikmati gerai makan yang lain, murah dan berbaloi. Apakah ia?? Namanya ialah Restoran Sukhumvit Garden yang terletak di Gombak.

Oooopss.. lokasi yang lebih tepat ialah berhampiran MRR2, Shell jalan ke UIA/Karak tu. Kalau anda dari Taman Melati/ Wangsa Maju/ Melawati... restoran ini terletak sebelah kiri. Anda harus masuk ke kiri selepas sahaja simpang taman melati ( Shell sebagai tanda aras). Kalau terlepas, alamatnya kena buat U turn dekat Greenwood...jauh tu!

Restoran ini asalnya Kunang-kunang. Tapi itu dulu..sekarang Kunang - Kunang dah berubah menjadi Sukhumvit. Oh ya, restoran ini ada cawangan di Kampung Baru (rasanya itu HQ kot). Dah nama pun Sukhumvit - salah satu daerah di Bangkok, sah-sah ia menghidangkan masakan Thai. Tapi versi Malaysia laa..

Suasana restoran ini memang menarik, kemas dan tenang. Meja pun cantik, ada air terjun dan memang private laa. Ok, masuk bab makanan... kat sini, makananya memang sedap! Ada macam-macam pilihan. Nak set pun boleh. Makanan paling best ialah Tomyam Kelapa Muda! Harga pun tak mahal..dalam RM15 je (kongsi 2 orang).

Biasanya orang datang sini makan ikan..tapi disebabkan saya tak makan ikan, jadi takda makna saya nak makan ikan. Huhu...ada macam-macam lagi menu boleh dicuba. Malah desert pun ada. Harga pun boleh tahan, ala-ala makan kat kedai tomyam biasa.


Tapi rasanya memang sedap. Sayuran segar, seafood memuaskan! Terbaik!!

Pada hari itu saya bayar RM36 untuk 2 orang makan. Kira berbaloi ar..sebab makan Tomyam, sayur goreng, daging paprik, Kerabu Mangga dan nasi putih + air lagi. Kalau makan ramai-ramai, rasanya lagi berbaloi kot.

Bilik berhawa dingin
Tengah memilih menu
Menu dah sampai.. terbaik ni.
Yang saya suka sebab servisnya tip top dan suasana tempat makan yang bersih dan cantik! Ada juga kemudahan surau yang bersih, dan tandas yang terletak di belakang restoran. Pelayan kat sini kiranya mesra jugaklah dan rasanya mereka ini datang dari selatan Thai (sebab cakap bahasa patani).

Jadi, kalau anda ingin tempat makan yang lain dari yang lain, murah dan bersih, apa kata ke Sukhimvit yang terletak di Gombak. Insyaallah anda tidak akan kecewa :)

Sayuran campur yang menarik
Tomyam kelapa .. ke kepala?

4 comments:

Anonymous said...

Kedai tutup pukil brapa ye?

Raja Azrul said...

Jam 12 am rasanya

siti nazirah abd jalil said...

pg sn egt nk buka puasa, order kul 5, smpai dh kul 8 mknn x smpai2 lg, last2 en abg tanya mn mknn kami? rupanya x msk lg.. mengenangkan ramai lg yg xdpt mknn kami pn blah je sbb kesian kt family yg ada anak2 n jalan jauh, cust lain pn ad yg mengamok..just nk share la sbb puasa kn mmg sah2 la lapar, so ada risiko jgk la..

Raja Azrul said...

@siti nazirah

Itu saya tak boleh nak komen apa-apa, mungkin ia hanya berlaku ketika bulan puasa. Diharap pihak restoran dapat memperbaiki mutu servis pada masa akan datang