ramadhan di era baru

Salam semua,

1 Julai 2014

Sudah masuk 3 Ramadhan. Sedar tak sedar, bulan puasa sekali lagi menjengah pada tahun 2014. Ia juga dikenali sebagai "bonus", maka setiap amalan dibuat pada bulan ini akan mendapat pahala berganda. Permulaan Ramadhan sedikit pelik kerana saya telah menyambutnya di bumi Johor. Kenapa Johor? Akan diceritakan nanti.

Teringat sewaktu kecil, pengalaman berpuasa memang unik. Tidak sampai waktu Zohor, sudah mula meminta kebenaran mama untuk berbuka. Tak tipu juga saya katakan saya pernah curi minum dalam bilik air :)  Tapi saat paling manis ketika berbuka, pelbagai juadah yang ada. Tapi naluri kecil saya dulu lebih suka minum dari makan. Jadi, setelah meneguk air beberapa gelas, lauk pauk memang sudah tidak dipandang langsung.

Teringat juga saat ke rumah Arwah Nenda Raja Adam. Ketika waktu Maghrib, dia akan turun bersama menikmati kurma bersama cucu-cucunya. Ada giliran untuk bacaan doa. Tetapi, setelah habis azan, dia bergegas ke ruang solat untuk menunaikan solat Magrib dan makan berat selepas itu.

Waktu ke sekolah, sudah kecoh dengan pertukaran kad raya. Paling menarik, berkongsi dengan kawan-kawan, suka beli yang ada kartun atau yang boleh keluarkan bunyi. Kad Raya memang sentimental, apatah lagi jika diberi kepada keluarga dan sahabat handai terdekat. Saya rajin mengumpul kad dan meletakkan di cermin almari di ruang tamu, kononya sebagai hiasan.

Tapi zaman dulu dan kini berbeza. Sambutan Ramadhan masih sama, cuma pendekatan sudah berbeza. Kita lebih suka salurkan ucapan berpuasa dengan cara "forward" sahaja mesej yang ada. Sedangkan setiap mesej perlulah datang dari hati naluri. Tak salah nak buat ucapan puasa, tapi biarlah ia ditaip sendiri. Lambakan mesej Ramadhan memenuhi telefon, nasib baik sekadar Whatapps dan wechat. Kalau 5 tahun dulu, penuh inbox, kini beralih dengan perisian wechat/whatapps.

Apa pun cara menyambut Ramadhan biarlah ia bermula dengan kesederhanaan. Bagi saya, Ramadhan adalah bulan hubungan kita dengan Allah. Apa sahaja kita denganNya tak perlulah diceritakan di dalam FB, mesej, twitter atau Insta. Biarlah ikhlas.

Selamat Menyambut Ramadhan.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...