Aidilfitri 2014

Aidilfitri kembali lagi!!

Walaupun banyak berita sedih menimpa negara, namun sambutan Aidilfitri berjalan seperti biasa. Meriah dan sederhana. Seperti biasa, setiap tahun, keluarga aku akan menetapkan tema pakaian.. dan tahun ini ialah BIRU BARISAN NASIONAL (hurmmm)

1 syawal .. berjalan sekitar Pulau Pinang. Perghhhh... jalan jam!! Pelik kan.. tahun ni, aku rasa jalan kat Malaysia jammed tahap gaban. Rasanya disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun. Bayangkanlah satu orang satu kereta. Jadi tak mustahil la sesak!

Malah lebuhraya juga sesak tak kira masa, malam ke siang ke..hatta jam 3 pagi sekalipun. Kira teruk jugaklah. Jadi, pihak kerajaan kena ambil kisah perkara ini. Mungkin diwujudkan atau ditambah laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan pada musim perayaan.

Penang.. macam biasa. Sesak sebab dia pulau, dan jalan memang kecik! Memang sewajarnya penang memerlukan LRT/Monorail. Bukan sahaja agak menjadikan pulau ini tersusun, sebaliknya juga menarik pelancong untuk datang berkunjung,

Sekadar berkongsi gambar-gambar dari folder raya 2014.....












Love my family :)

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...