Jalan - Jalan : New Zealand (South Island) Bahagian 1

Salam semua,

Middle Earth ... Kiwi ... Fern Leaf ... All Black







Itulah antara beberapa ikon yang menggambarkan keindahan dan keunikan negara yang terletak paling selatan dalam peta dunia - New Zealand. Alhamdulillah, 2014 membuka lembaran baru, apabila saya berpeluang melawat antara negara yang menjadi jolokan syurga dunia - New Zealand.

Dalam entri ini, saya akan menceritakan pengalaman manis untuk bahagian South Island (Kepulauan Selatan), tips dan apa yang menarik di sana. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada sahabat yang berhajat ke sana.

****

Pengenalan:

Apabila disebut New Zealand, tergambar dalam fikiran kita mengenai pergunangan yang indah, ladang ternak biri-biri, kawasan pertanian dan suasana alam yang cukup indah! Inilah dinamakan syurga dunia, New Zealand merupakan negara yang cukup terkenal dalam bidang pertanian dan penternakan. Populasinya hanyalah 4 juta orang, New Zealand terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kepulauan Utara dan Kepulauan Selatan.

New Zealand terletak di bahagian hemisfera selatan, lebih kurang 3 jam 30 min daripada Sydney (dengan kapal terbang). Perbezaan masa antara NZ dan Malaysia ialah 5 jam (tambahan).


Hari 1 & 2: ke Auckland / Christchurch
Dinner dalam Emirates

Suasana dalam flight
Ada banyak penerbangan ke NZ. Pintu masuk NZ ialah Auckland (terletak di bahagian utara). Namun ada juga penerbangan ke Christchurch (bandaraya terletak di kepulauan selatan). Jadi, jika anda ingin ke NZ, ambil penerbangan ke Auckland dahulu. Kemudian boleh ambil flight domestik untuk ke bandar-bandar lain di NZ.
KUL-MEL EK flight

Dalam banyak penerbangan ke Auckland, yang paling murah dan sesuai ialah Emirates. Penerbangan ini memerlukan anda transit di Melbourne. Durasi perjalanan hampir 20 jam termasuk transit. Bayangkan berada di Melbourne hampir 6 jam, dan saya tak boleh keluar dari lapangan terbang disebabkan penerbangan sampai sekitar jam 2 am. Jadi, apa yang boleh ialah tidur ... zzzzz. Nasib baik Melbourne mempunyai kerusi dan kawasan menunggu yang agak selesa. Cuma kebanyakan kedai tutup awal. Jadi, tak banyak aktiviti boleh dilakukan. Oh ya, Wifi di lapangan terbang Melbourne juga agak  lembap. Paling baik, anda download la movie atau games bagi mengisi masa lapang.
Melbourne Airport pada jam 3am

Jom ke Auckland !!
Saya tiba di Auckland sekitar jam 1pm. Penerbangan dari Melbourne ke Auckland memakan masa hampir 4 jam. Nasib baik penerbangan menaiki A380 Emirates. Jadi pesawat ini agak besar dan selesa. Tiba di Auckland, terpaksa melalui imigresen yang agak ketat. Oh ya, NZ juga sama seperti Australia, negara ini agak ketat dalam mengawal masuk barangan yang dibawa masuk terutama produk makanan dan tenusu. Jadi, pastikan anda tidak membawa makanan atau susu , jika tidak anda boleh didenda dan ditahan oleh pihak kastam.

Welcome to Auckland

Selepas itu, barulah saya bergerak ke terminal domestik untuk penerbangan ke Christchurch. Terminal domestik terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari terminal antarabangsa. Suhu sekitar 20C. Nyaman dan tidak terlalu sejuk. Sekali lagi, transit di Auckland pula hampir 4 jam. Penerbangan ke Christchurh adalah pada jam 9pm.

Penerbangan ke Christchurch memakan masa 1 jam 20 minit. Oh ya, banyak penerbangan domestik untuk ke sana. Anda boleh menaiki Air New Zealand, ataupun Jet Star. Saya menaiki Jet star kerana harganya agak murah. Cuma Jetstar ni macam Air Asia, apa apa tambahan kenalah bayar. Huhuhu.

Boarding Pass Jet Star

Tiba di Christchurch sekitar jam 10.20pm (lebih kurang 5.20pm) waktu Malaysia. Bayangkan hampir 27 jam tak mandi. Terus masuk hotel dan mandi, Kroooohh... suhu di Christchurch pula sekitar 15C memang sejuk gila... apa lagi...tidur dengan nyenyak laa.


Hari 3: Ke Tekapo



Tasik Tekapo
Suasana pagi ini di Christchurch agak mendung. Jadi, suhu agak sejuk sedikit pagi ini. Nampak gayanya harapan nak melihat Gunung Cook dengan jelas mungkin tidak termakbul. Pagi ini, saya akan ke Tekapo. Ia merupakan kawasan pergunungan dimana terletak gunung tertinggi di New Zealand. Disini juga terdapat kawasan pergunungan yang cukup indah, juga turut dikenali sebagai lokasi pengambaraan filem Hobbit dan Lord Of the rings. Jarak antara Christchurch ke Tekapo sekitar 2 jam. Sepanjang perjalanan memang tak bosan kerana anda akan menikmati pemandangan yang cukup indah seperti kawasan pertenakan biri-biri yang cukup banyak.

Baru saya tahu, di NZ tidak ada pemangsa seperti musang, ular, atau buaya. Jadi, NZ merupakan sebuah negara yang amat sesuai untuk penternakan. Sebab itu kambing biri biri dibiarkan tanpa sebarang pemantauan oleh penternak. Malah, penternak disini menggunakan anjing sebagai salah cara untuk mengawal biri biri yang cukup  banyak di sini.

Tekapo selepas hujan...grrrrr

Tiba di Tekapo, saya menikmati makan tengahari di Goodley Resort. Hotel ini  boleh menyediakan makanan halal. Oh ya, kambing di NZ kebanyakan halal. Ia disebabkan NZ merupakan pengeksport kambing ke negara Islam seperti Malaysia, Timur Tengah dan Indonesia. Malah daging kambing NZ antara yang berkualiti di dunia.

Kebetulan tengahari itu, hujan mencurah di Tekapo. Suhu mula menurun sekitar 10C. Perghh..boleh tahan sejuk, menggigil dibuatnya. Selepas makan, saya ke Pukaki, tasik yang terletak dalam 20 min perjalanan dari Godley Resort. Berbeza dengan Tekapo, Pukaki hanyalah sebuah tasik. Ia tidak ada bandar, tetapi yang menariknya ialah panorama ciptaan Allah yang cukup memukau. Menurut pemandu, jika cuaca cerah, kita berpeluang melihat Gunung Cook. Tapi disebabkan hujan renyai, maka memang tak dapatlah..sedih :(

Pukaki...

Tak dapat tengok Gunung Cook

Tapi alang-alang dah sampai, semestinyalah kena bergambar sepuas-puasnya. Selepas bergambar, barulah bergerak ke Cook National Park. Disini merupakan kaki Gunung Cook. Disini terdapat sebuah hotel dan resort, dan ia juga merupakan pintu masuk bagi mereka yang ingin mendaki

Tapi disebabkan hujan..hanya dapat lihat suasana gunung yang berkabus sahaja....

Disini juga terdapat kedai cenderamata yang menawarkan barangan khas Mount Cook


Dalam resort

Kaki Gunung Cook.. tengok kabus jelaa


Selepas menghabiskan masa dalam sekitar 1 jam, barulah pulang ke Godley Resort. Malam itu saya berjalan menikmati Tasik Tekapo yang terkenal dengan Church of Good Shepherd. Gereja ini antara gereja yang cukup popular, dan sangat cantik disebabkan kedudukannya berdekatan dengan tasik. Malam itu cuaca cerah (tidak hujan), percayalah...Tekapo memang cukup cantik disinari cahaya bulan dan taburan ribuan bintang di langit. Subhanallah...

Suhu di Tekapo makin menurun hampir 2C pada jam 4am. Freeze... 

Waktu senja di Tekapo

Pintu masuk gereja

Gereja menjadi ikon di Tekapo
Bergambar lagi







Hari 4: Kembali ke Christchurch

Universiti Canterbury
Hari seterusnya, cuaca kali ini lebih cerah berbanding semalam. Fuh...akhirnya nampaklah gunung ganang yang dilitupi salji yang mana selama ini hanya saya dapat lihat dalam kalendar sahaja. Memang cantik ciptaan Allah. Rasa betapa kerdilnya diri ini.

Jam 10am bertolak pulang ke Christchurch. Ambil masa lebih kurang 2 jam 30  min. Tiba di Christchurch sempat lah menunaikan solat di masjid Christchurch dan melawat beberapa tempat di sini. Suasana di sini amatlah tenang.

Rose Garden
Christchurch merupakan bandar kedua terbesar di New Zealand. Namun disebabkan kesan gempa bumi yang berlaku pada tahun 2010, hampir keseluruhan bandar ini musnah. Jadi, kesan monumen daripada gempa bumi itu masih wujud.

Disini terdapat beberapa tarikan menarik seperti Rose Garden, Canterbury Museum dan Victoria Park.  Saya tak sempat nak jelajah semua, tapi sempat lah bergambar sekitar Christchurch sebelum ke lapangan terbang untuk bergerak pulang ke Auckland.





Kecantikan tiada tandingan

Tiba di Auckland sekitar jam 9pm. Check in hotel (sebab hotel tengah bandar), makan malam di kedai kebab dan jalan-jalan sekitar Sky City dan Port Auckland (cerita pasal Auckland saya akan tulis pada nukilan akan datang).

***

Kesimpulan, South Island New Zealand memang terbaik dan cantik! Semestinya ia adalah anugerah Allah pada New Zealand. Kawasan pergunungan yang cantik serta panaroma yang indah. Paling menarik, semua tempat di sini tidak dikenakan bayaran masuk. Jadi, memang murahlah.

Di Puncak!!
Ada juga pelancong yang nak menyewa caravan, untuk jimatkan kos. Jadi ia juga salah satu langkah bijak. Semestinya South Island merupakan pilihan utama saya jika saya ke New Zealand sekali lagi, dan kali ini saya akan ke Queenstown kerana ada mengatakan Quenstown lagi cantik dan terkenal dengan Wakatipu Lake. (juga tempat pengambaran Lord Of The Rings).

Nantikan sambungan kisah saya di NZ untuk North Island pula :)

Alhamdulillah, saya ke South Island pada tahun 2015, kali ini ke Queenstown dan kembara menaiki campervan. Akan saya cerita nanti.



Comments

Anonymous said…
bestnya..sewa kereta ke kat sana
Unknown said…
Picturesque...awesome! Subhanallah! Masya Allah..., canteks bangat!
Raja Azrul said…
anon 1 /10
Anggaran dalam 200nzd sehari, bergantung jenis kereta

zie
Bila depan mata, tak terkata cantiknya :)
Raja Azrul said…
Kak Mahh

Terima kasih, Insyaallah sekali lagi ke sana bulan Jun ini.
salam...brapa hari semuanya kul-auckland-kul??blh bgatu total cost..tq
Raja Azrul said…
Paling bagus dalam 9 ke 10 hari. Anggaran kos sekitar RM7k - RM9K.
Anonymous said…
Salam, masa yg kena transit kt sydney tu kne apply visa australia ke? Pastu yg first night kt south nz awak tdo hotel ape? Dekat dgn airport? Btw thank u share info.
Raja Azrul said…
Anon 22/1/16

Transit Sydney? Saya transit di Melbourne. Kalau tak keluar airport tak perlu buat ETA. Sebab hanya transit.

Kalau di Christchurch saya stay di Novotel. Tapi ada banyak hotel sekitar Christchurch yang boleh pilih.
Unknown said…
Assalamualikum Tuan Raja Azrul,
Saya sungguh tertarik dengan travelog tuan. saya juga berhasrat nak ke NZ cuma saya masih perlu banyak belajar sbb saya lebih suka backpacker. Jadi tuan mcm mana saya nak hubungi tuan,
Banyak benda saya mahu bertanya kepada tuan untuk bekongsi pengalaman tuan. saya tinggalkan no fon sy 0134063252. Jika tuan kelapangan bolehah tuan menghubungi saya. terima kasih tuan.
Raja Azrul said…
@Asyraf

Wassalam, terima kasih kerana membaca blog saya. Insyaallah jika ada kelapangan boleh hubungi saya melalui FB : rajaazrulasyadi ataupun saya msg awak nanti.

Ada rezeki saya dalam perancangan nak buat roadtrip NYC ke Chicago tapi tahun depan lah.
Unknown said…
memang menarik melihat keindahan di south island...boleh tak tuan beri cadangan sekiranya kita menyewa motorhomes di chc ,adakah kita diberi cadangan atau tuan tolong ...berikan beberapa tempat yang mesti dikunjungi dan parking yang sesuai sepanjang perjalanan..sekiranya kita menyewa 10hari motorhome.teima kasih
Unknown said…
memang menarik melihat keindahan di south island...boleh tak tuan beri cadangan sekiranya kita menyewa motorhomes di chc dan akan menghantar di chc,adakah kita diberi cadangan atau tuan tolong ...berikan beberapa tempat yang mesti dikunjungi dan parking motorhome yang sesuaidan menarik sepanjang perjalanan..sekiranya kita menyewa 10hari motorhome.terima kasih.
Raja Azrul said…
@zairina

Motorhomes konsep dia adalah self drive, jika ada masa saya akan kongsikan pengalaman saya menaiki motorhomes. Ada banyak motorhomes boleh disewa bergantung pada jenis dan tahun dikeluarkan.

Untuk jadual, anda kena atur sendiri. Ke mana nak pergi, bermalam dan singgah. Jika bermalam di holiday park perlu bayar sewa sekitar NZD15/pax. Anda hanya boleh bermalam sama ada di holiday park atau camp site sahaja.
Guide Dieng said…
artikelnya menarik banget mas, apalagi fotonya kerennn



cari penginapan klik saja :
Penginapan Dieng

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...