Dugaan 2014

2014 semakin ke penghujung

Hujan masih belum berhenti

Dugaan bagi rakyat Malaysia apabila diuji dengan banjir yang dikatakan antara yang teruk berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apabila sesuatu musibah berlaku, dilihat rakyat Malaysia bersatu menghulurkan bantuan kepada memerlukan.


Namun masih lagi kedengaran suara sumbang menyalahkan satu sama lain. Ya, tidak nafikan Malaysia perlu bijak dalam mengawal situasi banjir. Kekurangan peralatan, tenaga kerja dan tempat perlindungan antara faktor perlu dititik beratkan oleh kerajaan Malaysia. Isu banjir ini bukan isu baharu. Setiap tahun negeri Pantai Timur akan menghadapi banjir. Cuma gelombang kali ini agak luar biasa.

Maka...disebalik Ujian diberikan ini, amat yakin ada hikmah besar dari Allah SWT. Buat semua mangsa banjir, tabahlah! Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa dan jaga keselamatan diri dan keluarga.


Hilang?

Semasa artikel ini ditulis pesawat QZ8501 telah hilang dari radar semasa penerbangan daripada Surabaya ke Singapura. Pesawat milik Air Asia Indonesia ini dikatakan hilang sekitar jam 6.10am28 Disember.


Sekali lagi pelbagai spekulasi timbul. Saya nasihatkan jika kita tidak tahu pasal kapal terbang..lebih baik diam dan berdoa semoga semua penumpang dan anak kapal selamat.


Doa saya terpaut untuk anda semua.

rajaazrul


Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...