Posts

Showing posts from April, 2014

Ulasan Filem : Sejoli Misi Cantas Cinta

Image
Hello geng semua! Rasa agak lama tak menulis mengenai filem. Maklumlah..amat jarang sangat tengok wayang. Kalau tengok movie pun, dalam laptop sahajalah. Untuk ulasan kali ini, saya ingin berkongsi pandangan mengenai sebuah filem melayu yang ditayangkan pada Feb lepas iaitu Sejoli Misi Cantas Cinta. Pengenalan: Hasil karya Osman Ali, ia merupakan naskah ringan selepas Cun yang ditayangkan pada tahun 2011. Membariskan pelakon terkenal seperti Maya Karin, Bront, Remy Ishak dan Izara Aishah, filem ini merupakan filem yang cukup menyeronokkan, penuh dengan elemen romantik komedi. Jika Cun lebih memfokuskan kepada wanita bandar ke kampung di Kedah, Sejoli lebih menceritakan kisah 2 orang yang bertemu secara tidak sengaja di Phuket. Dua watak utama ditonjolkan iaitu Gina (Maya) dan Joe (Bront) yang mana kebetulan bekas pasangan mereka iaitu Hady (remy) dan Nita (izara) akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Untuk mendapatkan kembali cinta mereka, jadi mereka telah merancan

Apabila April

Image
Salam semua, April sudah menjengah tiba. Bulan 4, tahun 2014. Penuh bermakna, penuh dengan cabaran. Menjangkau ke bulan ini, perjalanan sudah pastinya lebih berliku, jauh daripada apa yang kita jangka. Sudah 3 bulan perjalanan dalam tahun 2014, ternyata ia adalah satu perjalanan yang cukup pendek, tapi penuh dengan kenangan pahit manis. Banyak perkara yang telah berlaku, sedikit sebanyak menjadikan kita lebih matang dalam membuat keputusan. Dugaan serta ujian dibuat diterima dengan tabah sekali. Kini, apa sahaja yang berlaku harus dilalui dengan berserah kepadaNya. Alhamdulillah, secara kasarnya aku bersyukur atas apa yang diberikan daripadaNya. Kita harus percaya, Allah telah mengatur yang terbaik buat kita. Kadang-kadang kita mungkin berfikir bukan-bukan, tapi percayalah..be positif,.,you cannot change, if you are not believe in miracle of God. Belajar bersyukru, berubah ke arah yang baik dan sentiasa berdoa..itu yang paling penting :)