Posts

Showing posts from July, 2014

7 Tahun sudah....

Image
Tidak ku sangka, Blog ini sudah berusia 7 Tahun!!! Wow, kalau ada anak, sudah pasti anak ini sudah masuk ke darjah 1 sekarang. Rasa bersyukur ke hadrat Illahi, masih diberikan nafas, tubuh yang sihat, akal yang waras dan yang paling penting, blog ini masih lagi bernyawa untuk berkongsi segala kisah suka duka. Secara purata, rata-rata suka saya menulis mengenai kisah melancong' / Jalan -jalan. Terima kasih banyak-banyak. Saya rasa bangga kerana perkongsian ilmu saya mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Ingin diingatkan segala penulisan di blog ini adalah hasil pandangan peribadi, bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Turut mendapat respon adalah penulisan mengenai PTPTN, Si merah ku dan juga makan-makan. Huhuhu. 7 tahun tempoh yang matang. Malah, jika dibaca post yang lepas, saya rasakan penulisan saya sudah berubah corak. Hehehe.. mungkin jika dulu, amat rajin menaip. Sekarang agak sukar, ditambah pula dengan kerja yang berlambak, sedikit mencuri masa untuk menaip blog

ramadhan di era baru

Image
Salam semua, 1 Julai 2014 Sudah masuk 3 Ramadhan. Sedar tak sedar, bulan puasa sekali lagi menjengah pada tahun 2014. Ia juga dikenali sebagai "bonus", maka setiap amalan dibuat pada bulan ini akan mendapat pahala berganda. Permulaan Ramadhan sedikit pelik kerana saya telah menyambutnya di bumi Johor. Kenapa Johor? Akan diceritakan nanti. Teringat sewaktu kecil, pengalaman berpuasa memang unik. Tidak sampai waktu Zohor, sudah mula meminta kebenaran mama untuk berbuka. Tak tipu juga saya katakan saya pernah curi minum dalam bilik air :)  Tapi saat paling manis ketika berbuka, pelbagai juadah yang ada. Tapi naluri kecil saya dulu lebih suka minum dari makan. Jadi, setelah meneguk air beberapa gelas, lauk pauk memang sudah tidak dipandang langsung. Teringat juga saat ke rumah Arwah Nenda Raja Adam. Ketika waktu Maghrib, dia akan turun bersama menikmati kurma bersama cucu-cucunya. Ada giliran untuk bacaan doa. Tetapi, setelah habis azan, dia bergegas ke ruang solat untu