Posts

Showing posts from August, 2014

Jalan - Jalan : New Zealand (South Island) Bahagian 1

Image
Salam semua, Middle Earth ... Kiwi ... Fern Leaf ... All Black Itulah antara beberapa ikon yang menggambarkan keindahan dan keunikan negara yang terletak paling selatan dalam peta dunia - New Zealand. Alhamdulillah, 2014 membuka lembaran baru, apabila saya berpeluang melawat antara negara yang menjadi jolokan syurga dunia - New Zealand. Dalam entri ini, saya akan menceritakan pengalaman manis untuk bahagian South Island (Kepulauan Selatan), tips dan apa yang menarik di sana. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada sahabat yang berhajat ke sana. **** Pengenalan: Apabila disebut New Zealand, tergambar dalam fikiran kita mengenai pergunangan yang indah, ladang ternak biri-biri, kawasan pertanian dan suasana alam yang cukup indah! Inilah dinamakan syurga dunia, New Zealand merupakan negara yang cukup terkenal dalam bidang pertanian dan penternakan. Populasinya hanyalah 4 juta orang, New Zealand terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kepulauan Utara dan Kepulauan Selatan

Aidilfitri 2014

Image
Aidilfitri kembali lagi!! Walaupun banyak berita sedih menimpa negara, namun sambutan Aidilfitri berjalan seperti biasa. Meriah dan sederhana. Seperti biasa, setiap tahun, keluarga aku akan menetapkan tema pakaian.. dan tahun ini ialah BIRU BARISAN NASIONAL (hurmmm) 1 syawal .. berjalan sekitar Pulau Pinang. Perghhhh... jalan jam!! Pelik kan.. tahun ni, aku rasa jalan kat Malaysia jammed tahap gaban. Rasanya disebabkan oleh peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun. Bayangkanlah satu orang satu kereta. Jadi tak mustahil la sesak! Malah lebuhraya juga sesak tak kira masa, malam ke siang ke..hatta jam 3 pagi sekalipun. Kira teruk jugaklah. Jadi, pihak kerajaan kena ambil kisah perkara ini. Mungkin diwujudkan atau ditambah laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan pada musim perayaan. Penang.. macam biasa. Sesak sebab dia pulau, dan jalan memang kecik! Memang sewajarnya penang memerlukan LRT/Monorail. Bukan sahaja agak menjadikan pulau ini tersusun, sebaliknya juga menarik pela