Posts

Showing posts from October, 2014

Jalan - Jalan : New Zealand (North Island) Bahagian 2

Image
Beraksi di Queen Street pada jam 11pm Salam Oktober semua! Fuh, hampir 2 bulan tak kemas kini blog. Sibuk dengan beberapa urusan. Nak menaip blog perlukan mood. Oklah, pada penulisan yang lepas, saya telah ceritakan tentang pengalaman berada di New Zealand ( south Island ). Dalam penulisan bahagian II ini, saya akan menceritakan serba ringkas mengenai North Island (Kepulauan Utara) New Zealand. Secara kasarnya, semua pelancong yang datang ke New Zealand akan masuk ke Kepulauan Utara terlebih dahulu. Pengenalan: Berbeza dengan kepulauan Selatan, kepulauan utara lebih banyak pembangunan, bandar dan penduduk. Ini disebabkan keadaan muka bumi di bahagian utara lebih sesuai untuk pembangunan, pertanian dan penternakan. Semasa hari pertama, saya hanya tiba di Auckland sekadar transit, kali ini, masa untuk saya menjelajah kepulauan utara ini. Penulisan kali ini tidak mengikut hari, sebaliknya mengikut bandar dan tempat yang saya pergi, Insyaallah, memudahkan anda membuat peranca