Isu Semasa - Hudud

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman

Agak lama saya tidak menulis mengenai senario isu semasa termasuk politik yang berlaku sekarang. Jadi, pada hari ini, sedikit kerajinan membolehkan saya menaip dan memberikan idea secara ringkas mengenai satu isu yang agak panas iaitu Hudud.

Penulisan saya hanyalah dari pandangan kecil seorang rakyat, beragama Islam dan berbangsa melayu. Ia mungkin tidak bersifat profesional, tapi tidak salah untuk saya menyuarakan pandangan saya.

Apabila menyentuh isu hudud, ia dianggap seperti satu isu sensitif. Apa lagi ada suara sumbang mengatakan jangan berbicara tentang hudud jika anda tidak tau. Secara umumnya, hudud adalah satu bentuk undang-undang Islam yang telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Orang bukan Islam seringkali memikir Hudud adalah satu undang -undang yang kejam. Kenapa? Ia melibatkan hukuman merejam, potong tangan, sebatan di khalayak ramai dan bunuh kembali.

Saya tidak mau menceritakan apa itu hudud dan pelaksanaannya kerana saya sendiri (walaupun beragama Islam) masih belum jelas dengan Hudud. Mungkin disebabkan kurang pendedahan dan mungkin juga kurang pembacaan.

Apa yang saya ingin sentuh sekarang ini, isu Hudud nampaknya satu isu memecahbelah kan masyarakat Malaysia secara amnya. Gara-gara Hudud semua orang bertelegah terutama komponen Parti Pakatan Rakyat (PR). Nyatanya perjuangan PAS dalam menegakkan hudud hampir tercapai apabila dewan rakyat Kelantan meluluskan enakmen tersebut pada Mac 2015.

Saya tidak menentang Hudud, bagi saya hudud amat wajar dilaksanakan sebagai satu bentuk perundangan khas untuk Muslim. Cuma saya tertanya-tanya, kenapa sekarang? Adakah benar kita betul-betul bersedia untuk melaksanakannya?

Jika dilihat dengan keadaan Malaysia sekarang, terlalu banyak isu yang lebih penting harus diperjuangkan oleh parti politik kita. Bukan sekadar hudud semata-mata. Saya melihat ahli PAS (mungkin bukan semua) harus memperjuangkan mengenai kebajikan rakyat. Kos sara hidup makin tinggi, isu rasuah, matawang turun, GST dan macam -macam lagi, perkara ini harus diangkat pada masa kini.

PAS telah memerintah Kelantan lebih daripada 20 tahun, namun Kelantan masih lagi belum mencapai tahap negeri maju sepenuhnya. Masalah sosial di Kelantan masih teruk dan ada beberapa isu besar seperti kes pembalakan haram masih belum diselesaikan sepenuhnya. Saya bukan katakan pentadbiran Kelantan tidak bagus, cuma ia belum mencapai tahap sebaiknya.

Adakah perjuangan PAS hanya hudud semata-mata? Bagi saya Islam itu lengkap. Hudud adalah salah satu perundangan Islam untuk mengatasi jenayah. Tapi Islam juga mengajar kita dari segi bab ekonomi, pengurusan negara, amanah dan macam-macam lagi.

Kita harus lihat pengurusan ekonomi kita banyak juga terpesong dari agama Islam sendiri. Bagaimana bank-bank menindas dengan kadar faedah tak masuk akal? Bagaimana pula dengan tender berat sebelah? Duit kopi? jadi dimanakah perjuangan PAS dalam perkara ini? Mengapa mereka tidak bersuara dalam bab begini?

Dalam kes pentadbiran Kelantan, adakah Hudud juga menjadi pokok utama? Jika kita lihat banyak lagi perkara yang harus kerajaan Kelantan lihat seperti pembangunan infrastruktur, bantuan masalah banjir, isu tanah, pengurusan ekonomi dan sebagainya. Ada mengatakan ia disebabkan Kelantan dianak tiri oleh pusat, namun bagaimana pula dengan Pulau Pinang dan Selangor? Adakah Kelantan tidak mempunyai sumber ekonomi yang kukuh sedangkan tanah di Kelantan begitu luas sekali untuk pertanian dan penternakan.  Malah saya yakin ramai rakyat kelantan yang bergiat dalam bidang profesional seperti doktor dan jurutera yang boleh menaikkan lagi ekonomi Kelantan.

Sebab itulah apabila isu Hudud ini timbul, maka muncul lah pahlawan keyboard yang menulis tentang undang-undang islam laa.. malah ada juga terus membuat hukuman. Bagi saya hudud wajar dibuat di Kelantan (malah di Malaysia), namun biarlah ekonomi dan pentadbiran kita betul-betul stabil.

Lihat sahaja Brunei, mereka baru sahaja melaksanakan hudud tahun lepas..itupun selepasberpuluh-puluh tahun  setelah mencapai tahap negara maju. Dollar Brunei jauh lebih tinggi daripada Malaysia, Brunei juga antara negara terkaya di dunia, dan mempunyai antara masjid termahal di dunia. Rakyat mereka boleh dikatakan berpendidikan dan berharta, Alhamdulillah..barulah hudud dilaksanakan.

Oleh yang demikian, saya merasakan sudah tiba PAS melihat kembali dasar terbaik untuk kebaikan semua pihak...dari segi pentadbiran, pengurusan ekonomi, undang-undang Islam dan sebagainya.

Maaf andai penulisan ini bersifat agama. Saya tidak berniat mempersendakan agama, cuma sekadar memberikan pandangan sebagai rakyat malaysia.

#Impian ingin melihat Malaysia seperti Raudah (dalam filem Syukur 21). Tenang dan damai, tanpa pergolakan.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...