Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Ibu negara Uncle Sam) - part 2

Selamat datang ke DC
Helllooooooooooooooo.....

Fuh lama dah tak update pasal penulisan ke USA, oklah kali ni, mood nak menulis dah kembali. Setelah visa anda disahkan..Alhamdulillah...masa untuk fokus mengenai perjalanan anda ke USA.

USA ini terdapat 2 zon yang selalu orang pergi sama ada East Coast atau West Coast. Biasanya orang Malaysia akan ke West Coast ( Los Angeles, Las Vegas, San Fransico) sebab perjalanannya lebih dekat, dan murah. Tapi kali ini saya ke bahagian East Coast, dan kalau tanya saya,saya lebih suka East Coast.. al maklumlah...dari kecil lagi dah berangan ke New York.

Jadual perjalanan saya agak mudah - masuk melalui Washington DC, dan keluar melalui New York. Memang bagus aturan begini sebab kita akan jimat masa dan melalui beberapa bandar-bandar kecil sepanjang perjalanan dari Washington DC ke NYC.

Penulisan kali ini berkisar perjalanan saya di Washington DC dahulu.

Pengenalan:

Washington DC atau dikenali sebagai DC bagi masyarakat setempat merupakan ibu negara kepada Amerika Syarikat. Ia merupakan pusat pentadbiran dan lokasi dimana terletaknya White House. DC lebih kepada simbol demokrasi - keadaan rakyat memilih pemimpin, dan kebebasan bersuara.

DC merupakan singkatan kepada District Of Columbia. Ia seperti satu wilayah khas yang dikelilingi dua negeri iaitu Virginia dan Marryland. Tak ubah seperti Putrajaya, dan jika anda ke NYC, tak sah kalau tak berkunjung ke DC.

Saya ke DC ada dua sebab - 1, memang nak tengok monumen yang terkenal seperti Abraham Lincoln dan White House, 2. Sebab nak melawat Malaysia Embassy di sana. Jadi perjalanan saya sangatlah beruntung sebab dapat jumpa orang-orang Malaysia di sana.

Perjalanan
Penerbangan ke Doha - 7 jam




Bertolak dari KLIA dengan menaiki Qatar Airways. Nice flight! tiba di Doha, transit cuma lah 2 jam sahaja, dan tiba pula waktu pagi. Jadi suasananya agak "boink". Airport Doha agak besar, jadi kalau sesiapa nak naik Qatar, cadangan saya amek lah transit sekitar 3 jam. Boleh lah kalau nak shopping. Tapi saya lebih suka airport Dubai berbanding dengan Doha. Sorry hehe.

Makanan dalam flight
Penerbangan ke DC pada jam 8.30am, dan untuk menaiki pesawat sahaja, pemeriksaan keselamatan begitu tegas sekali dibuat. Terpaksalah buka kasut, tanggal talipinggang, keluarkan semua barangan yang ada. Jadi paham2 lah ye, memang stress! Peliknya pemeriksaan ini hanya untuk pesawat ke USA sahaja. Hebat bukan!

Penerbangan dari Doha memakan masa dalam 14 jam. Jadi dicampur 7 jam penerbangan dari KLIA, dan 3 jam transit overall journey adalah 24 jam!!!!! Fuhhhhhh memang masaklaaa.... laluan penerbangan adalah antara Doha, melalui Eropah, cross ke Utara UK cross ke lautan Atlantik dan barulah masuk Canada... dan akhirnya sampailah ke DC.

Dah nak sampai..yeargh!!

Hehehe.... jam 3am saya bertolak dari KLIA, dan tiba jam 3pm di DC pada hari jam sama. Beza masa DC dan KL adalah 12 jam ke belakang. Maknanya kalau jam 10am kuala Lumpur, Jumaat - kat DC ialah 10pm, Khamis. Hehe. So bila dah sampai DC, janganlah call sapa2 kat Malaysia sebab mereka sedang diulit mimpi.

Imigresen USA memang ketat. Mereka akan bertanya macam-macam termasuklah nama hotel, tiket balik, tujuan datang ke USA. Jadi siap sedialah dengan jawapan yang tidak meragukan. Kalau boleh bawa dokumen yang lengkap.

Oh ya, untuk makluman, airport DC ada beberapa, tapi yang memang khas untuk antarabangsa ialah Dulles, dan ia terletak dalam Virginia. Jarak Dulles ke DC sekitar 1 jam. Dan satu lagi tips, nak murah kenalah stay jauh sikit dari city centre. Setelah selesai urusan imigresen, barulah saya bergerak ke hotel iaitu Holiday Inn Chantilly

Makan kat USA ni agak mencabar sedikit, susah nak dapat makanan Halal terutama luar bandar. Tapi anda boleh menikmati fish n chips atau burger ikan. Hotel saya  ni best sebab dekat dengan Walmart - pasaraya milik US yang beroperasi 24 jam sehari.

Walmart Market - best ok! 24 jam
Malam itu saya berjalan kaki sahaja ke Walmart - bestnya, harga barang kat sini murah2. Dan paling best masih segar walaupun sudah jam 11pm. (bandingkanlah dengan tesco kat negara kita). Kat pasaraya ini tak ubah macam tesco, tapi ramai sangat orang. Orang US ni suka makan besar-besar, jadi kebanyakan makanan memang besar-besar macam cornflakes, cokes.

 Washington Tour

The Mall entrance
Pagi di DC sama seperti di Kuala Lumpur. Ada masa sesak, terutama mereka yang tinggal di luar kota. Destinasi pertama saya ialah The Mall ! Ingat ini bukan The Mall kat PWTC tu. Nama The Mall itu diambil sempena 1 kompleks khas dibuat termasuk beberapa memorial di sini. Kat USA ini memang kaya dengan memorial. Apa sahaja jasa mereka (katanya...) mereka akan buat memorial.
Abraham Lincoln

Memorial yang wajib pergi ialah WW2 Memorial, perang korea dan Vietnam. Kebetulan masa saya pergi ada pulak askar2 veteran yang pernah berkhidmat pada masa perang Korea dan Vietnam. Mereka ini berada di sana atas dasar nak bagi semangat kepada generasi muda untuk terus berjuang. Hurmm  kan bagus kalau kita buat konsep sama kat Tugu Negara kan?
WW2 Monumen

Selepas itu, berjalan sedikit ..saya melawat Abraham Temple. Ohh ingat ini bukan kuil? Ini adalah ikon utama Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln. Wajah presiden ini ada dimana2.. dikatakan dia inilah yang mencetuskan sistem demokrasi di USA dan juga telah berjaya membina DC ini secara amnya. Dari temple ini anda akan nampak Washington Memorial dan bangunan sekitar DC. Peliknya disini tidak ada bangunan tinggi.

Anda boleh berjalan sekitar The Mall tapi ia memang cukup luas. Perlu tenaga. Nak pulak masa saya pergi suhu panas pulak (tapi masih OK untuk berjalan). Ditambah lagi masih biul sebab jet lag.

Suasana dalam Capitol
Sebelah petang selepas makan, saya melawat The Capitol - bangunan tersergam indah tidak jauh dari White House dan The Mall. Capitol ini masuknya percuma cuma kalau nak dapatkan pas, kena book awal. Lagi satu ia ada jadual untuk melawat. Kalau anda serius nak masuk, kena atur awal-awal. Jika tidak, bergambar sahaja la di luar.

Di dalam Capitol, anda akan dibawa oleh guide (dan bersama pelawat yang lain) dan menceritakan secara amnya sejarah Capitol. Secara ringkasnya, Capitol adalah bangunan yang dibina untuk Kongres bersidang (ala-ala Parlimen). Dalamnya memang menarik, ada banyak lukisan yang menceritakan sejarah USA secara amnya. Alahai..memang masa ni tengah biul ..nak masuk bab-bab sejarah ni. Tapi memang menarik! Jadi, kalau anda ke DC, jangan lupa untuk melawat The Capitol

Monumen

Makan Ketam



Tahu tak? Di DC ada satu restoran kegemaran saya iaitu Joes Crab Shack!! Confirmed sedap!! Sini memang serve Seafood sahaja..tapi ketam dia memang besar!! Sedap, tak pedas sangat dan tak masin. Restoran ini ada banyak cawangan .. tapi kat VA pun ada. Boleh cuba, orang USA cakap kalau hujung minggu kena buat booking dulu. Kalau tak..beraturlaa menunggu. Kat sini, saya makan dua kali..1 kat DC, dan 1 lagi kat NYC.

Ni boleh kongsi 2 orang

Harga? secara purata masih murah, sekitar USD15 seorang (setelah dibahagi). Tapi makanannya memang berbaloi sebab mat saleh ni suka portion besar-besar.

Jemput makan... kalori!!!
Muzium Washington DC dan White House


Amelia Earheart


Di DC, ada banyak jenis muzium. Maklumlah, kawasan sejarah dan pentadbiran. Tapi paling terkenal ialah Smithsonian. Muzium ini merupakan lokasi pengambaraan filem "Night At Museum (2)". Jika anda nak tahu, muzium ini merupakan muzium berkait rapat dengan aero angkasa dan kapal terbang.

Time to fly!

Abang Mat Saleh buat demo sains

Di sini ada pelbagai ruang pameran disediakan. Juga turut diselitkan pameran berkait rapat dengan sains. Paling menarik dan ia amat interaktif. Paling best ia adalah PERCUMA! Hehehe. Tapi kat US ni kalau nak masuk muzium kena ada security check..sama macam nak naik pesawat.

Flight Simulator - dalam USD8 sekali naik

Selain muzium Smithsonian, ada satu lagi Muzium yang sama iaitu Steven F Udvar centre. Muzium ini  terletak di Dulles, dan ia merupakan Muzium kepada Kapal terbang. Bezanya, muzium ini meletakkan banyak model kapal terbang termasuk la Concorde. Salah satu yang paling saya suka dan teruja ialah melihat sendiri kapal angkasa yang telah berjaya membawa Neil Armstrong ke bulan.



Concorde

Di muzium ini juga terdapat menara kawalan, dan boleh belajar sendiri bagaimana menara kawalan ini berperanan besar dalam memastikan pesawat mendarat dan terbang dengan selamat.



Kapal Angkasa yang awesome!

White House memang wajib pergi kalau anda ke DC. Tapi boleh tengok dari luar sahaja lah. Ini kerana White House merupakan kawasan / pejabat rasmi kepada Presiden Amerika Syarikat. Ramai orang tak melepaskan peluang untuk bergambar di sekitar White House.

White House dari kejauhan

Kedutaan Malaysia:
Peluang saya ke Amerika Syarikat tidak sia-sia kerana saya sendiri dapat melawat dan berjumpa dengan wakil-wakil pegawai Malaysia yang bertugas di Amerika Syarikat. Terima kasih Cikgu Fauzi :), satu pengalaman menarik berkongsi idea bersama pegawai di sana. Secara kasar, penduduk Malaysia di US taklah seramai penduduk kita di London. Apabila berada di kedutaan ini, dapatlah merasa makanan Malaysia buatan sendiri pekerja di sana. Kebanyakan pegawai di sana sudah berkeluarga dan boleh dikatakan menetap secara rasmi di US. :)


Ada patung Tunku Abdul Rahman

Bukan YB ye.!

Bangga..sebab dapat masuk Embassy :)



Sekolah!
It is time for school!! Satu lagi peluang yang tidak dapat saya lepaskan ialah melawat sekolah! Sekolah di Amerika Syarikat ini lebih terbuka, konsepnya hampir sama dengan sekolah di Australia. Perbezaan utama sekolah di sini ialah kawalan lebih ketat (sebab kes tembakan yang berlaku beberapa tahun dahulu).

Here is the pictures!


Dewan sekolah

Ruang ke kelas

Simple but menarik!


Potamac Mills Outlet
Shopping time!!! Jika anda ke USA, tidak sah jika tidak shopping~ percayalah cakap saya, shopping kat US memang heaven. 10 kali lagi best dari London. Satu - harga nya murah, dua - berbaloi, tiga - barangan up to date.

Pintu masuk
Banyak jenama US terkenal seperti Fosil, DKNY, Michael Kors, Coach dijual pada harga yang sangat murah. Tapi barangan ini boleh didapati di Outlett sahaja kerana di kedai / mall harga nya sedikit mahal (masih murah berbanding Malaysia). Di US ada banyak outlet. Pilih sahaja mana yang berkenan. Boleh dikatakan setiap bandar mesti ada. Saya memilih untuk ke Potamac Mills Outlet yang terletak sekitar 30 min daripada hotel.

Besar gak tempat ni, tapi selesa.

Outlet ini tertutup, jadi kita boleh membeli belah dalam keadaan selesa. Apa yang best? Yes, macam-macam seperti beg tangan, jam, wallet, sehingga lah barangan untuk baby. Harga? Memang murah!! Jam tangan Fosil sekitar RM200 termasuk tax, beg MK dalam RM600 sahaja. Wristlet coach lagi lah murah, sekitar RM100 satu.




Murah beb!! sekitar RM600 satu.
Ada juga promosi, buy 5 get 1 free, ada beli 2 pada harga lagi murah. Tertakluk kepada kedai yang menjual. Saya sempatlah grab beberapa item yang terkenal termasuklah Fosil, Coach, CK dan juga MK.

Jadi, kalau anda datang ke US, pastikan letak 1 hari khas untuk membeli belah sahaja. Tak rugi beb!!

***
Kesimpulannya, hampir 6 hari saya berada di DC, saya merasakan DC adalah sebuah bandar yang tenang, tersusun dan cantik! Katanya jika musim bunga lagi cantik sebab ada banyak pokok sakura di sini. DC merupakan pusat pentadbiran penuh kontroversi, tapi pada masa ia membangun bersama ideologi mereka tersendiri.

Jadi, jika anda berhajat untuk ke DC, ini tips ringkas yang boleh saya aturkan:
1. Pilih hotel di luar DC kerana harganya lebih murah. Kebanyakan hotel akan menyediakan pengangkutan untuk ke DC.
2. The Mall memang besar, buat perancangan jika anda berhajat ke sini. Ada beberapa tempat mengenakan bayaran.
3. Di DC ada banyak monumen, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini.
4. Kebanyakan muzium adalah percuma. Tapi kalau nak tengok 3D/4D ada caj tambahan.
5. Secara kasarnya, DC adalah kawasan pejalan kaki. Alternatif, anda boleh gunakan metro untuk melawat ke satu ke tempat yang lain.
6. Makanan Halal? Tidak banyak tapi masih ada. Ada beberapa kedai menjual makanan Halal seperti kebab, sandwich dan nasi.
7.  Percayalah, warga DC memang mesra. Mereka boleh membantu kita jika kita sesat atau sekadar nak bertanyakan jalan.
8. Kalau anda ada masa, bolehlah melawat Masjid Washington DC, tapi lokasinya agak jauh kerana ia terletak di dalam kawasan kedutaan.
9. Anda boleh ikuti guided tour, cuma kena periksa kembali jadual untuk setiap lawatan tersebut.
10. Cadangan itinerary di DC, sekitar 3 ke 4 hari saya rasa sudah sesuai.

My hotel - Holiday Inn

Bekas Askar semasa perang Vietnam

Salah satu kedai barangan cenderamata di DC

hard rock DC !!


Pintu masuk sekolah

hadapan The Capitol

Insyaallah, perjalanan saya di teruskan ke New York pula. Selamat tinggal Washington DC.

rajaazrul

Comments

Unknown said…
tiket memg nak kena booking dulu kew.
kalau tak booking visa memg tak lulus ke.
emmm kalau tiket dah booking lepas tu visa tak lulus mcm mana

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...