Jalan-jalan : New York & Washington DC (Big Apple) Part 3

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia!

New York City - dari NJ

Maaf yer, lambat pula nak cerita bab seterusnya..perjalanan ke New York. Selalunya jari-jari ini rajin menaip, tapi nak ambil masa juga nak menaip, cari mood..dah tenang barulah boleh menaip. Huhu.

Baiklah, siapa yang pernah dengar pasal New York? Rasanya semua orang tahu kan. New York merupakan bandaraya terpadat dan terbesar di Amerika Syarikat. Ia juga antara bandaraya popular di dunia selepas London, Paris dan Dubai.  Dikenali sebagai " Big Apple", memang tak sah kalau anda tak ke New York jika berkunjung ke negara Uncle Sam.

Saya masih ingat waktu saya kecil, melihat cerita Spiderman bergayut di bangunan sekitar New York, begitu juga filem King Kong - keagungan Empire State Building, dan Alhamdulillah- dengan IzinNya saya berjaya menjejak kaki ke sini. Kota metropolitan ini sangatlah padat dan sebenarnya ia tidak lah segah seperti disangka (nanti saya ceritakan).

Perjalanan dari Washington DC ke New York tidak jauh. Hanya sekitar 4 jam melalui lebuhraya. Oleh disebabkan hotel sekitar NYC agak mahal, saya memilih untuk tinggal di Metropark New Jersey. New Jersey (NJ) merupakan negeri bersempadan dengan New York. Oh ya, NY adalah nama negeri tahu. NYC pula bukan ibu negeri New York . Ibu negeri NY ialah Albany. Jarak hotel ke NYC sekitar 1 jam ( mengambil kira trafik).

Jika anda ke New York anda boleh memilih untuk tinggal sekitar Newark, NJ dan gunakan NJ transit terus ke station Penn. Di sana, ala-ala KL sentral anda boleh ke mana-mana sekitar NYC dengan menggunakan metro. Hotel sekitar NJ lebih murah berbanding dengan NYC.

Oklah berikut ringkasan tempat -tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh lakukan ketika di NYC.

***

Museum
New York ada banyak muzium, tapi tidaklah sebanyak DC. Jika anda ke sini, anda wajib melawat Natural History Museum ( yang terkenal dengan filem Night at Museum tu). Muzium di sini percuma, cuma ada beberapa galeri kena bayar (seperti planetarium). Kalau saya, cukuplah bergambar dengan T-rex sebab masa saya melawat Muzium ini, tersangat ramailah manusia. Kebetulan pula hari hujan.


Metro/subway
NYC terkenal dengan metro, Kalau London dengan TUBE. Metro di NYC buka 24 jam. Anda perlu tahu laluan dia supaya mudah untuk anda ke mana-mana. Metro di sini lebih mudah, laluan dia menggunakan nombor dan warna. Ikut sahaja nombor tersebut.

Tapi janganlah sangka / harap metro dia setanding dengan negara-negara lain termasuk Malaysia. Anda boleh jumpa tikus dalam tren. Hehee. Kad dia boleh jenis boleh swipe, bukan konsep touch n go. Sekali perjalanan dalam USD2.50 (bergantung kepada zon). Uniknya anda boleh guna satu kad untuk 3 orang.

Untuk makluman lanjut boleh layari : http://www.mta.info/

Selain subway anda boleh naik bas atau teksi kuning. Tapi kalau saya, saya lebih suka berjalan. Lagi best!

NYC Landmarks / Skyline


Kita dibesarkan dengan melihat filem-filem di NYC. NYC memang terkenal dengan bangunan pencakar langit. Antara spot terbaik untuk mengambil gambar berlatar belakang NYC ialah di Brooklyn Bridge park atau Liberty State Park (sebelah NJ). Bangunan menjadi ikon NYC antaranya ialah Bangunan NBC, Chrysler, Empire State dan terbaru ialah One World Trade Centre.

Tapi paling best dan sesuai untuk bergambar, bagi saya ialah di Liberty Park. Sebab utama, tak ramai orang dan spot dia lebih cantik sebab nampak keseluruhan NYC (terutama di Lower Manhanttan).

Rockafella Centre





Jika anda peminat barangan branded dan ekslusif, anda boleh ke Rockafella Centre. Saya boleh katakan ini adalah kawasan ekonomi NYC. Suasana seperti berada di Jalan P Ramlee / KLCC. Sebab di sini anda boleh berlaga bahu dengan mereka yang bekerja dalam sektor koperat. Di sini juga terletak bangunan NBC dan tak jauh dari situ ialah bangunan Empire State Building.


Jika anda ada masa, anda boleh naik ke bangunan - bangunan ini, tapi biasalah akan dikenakan bayaran.
Butik-butik terkenal seperti Guess, Gucci, LV semua ada. Boleh tengok tapi saya tak cadangkan untuk beli sebab harganya memang mahal.

Broadway
Payung picture satu

Hah..ini memang terkenal. Broadway Street. Kawasan ini dipenuhi dengan teater-teater terulung seperti Madeline, Lion King, Alladdin, Sound of Music dan banyak lagi. Hebat kan? Broadway st tak jauh dari Time Square. Boleh jalan kaki sahaja. Disebabkan masa suntuk, saya hanya bergambar sahaja dari luar.

Selain teater, di sini juga terdapat Maddame Tussauds dan kedai-kedai menjual pelbagai barangan cenderamata.

Century 21
Pintu masuk gedung

Kalau bab shopping, NYC memang adalah tempatnya. Saya cadangkan anda ke Century 21. Ia terletak di dalam kawasan Manhanttan, tak jauh dari Central Park dan stesen Lincoln centre. Kenapa berbaloi, jawapan saya sebab harga dia murah!

Konsep store ini, sama seperti Sogo. Tapi satu je saya nak bagitahu, ia milik yahudi. Jadi, kalau anda ada sentimen sikit, mungkin saya tak sarankan anda ke sini. Sini terdapat banyak barangan branded dijual pada harga murah dan paling menarik minyak wangi dia pun murah-murah juga. USD10 anda boleh dapatkan minyak wangi yang sangat murah!!

Statue Of Liberty

Muka tak sempat nak pose

Siapa tak tahu pasal patung yang menjadi ikon New York ini kan? Jadi kalau anda ke sini, memang wajib anda melawat Statue Of Liberty.  Tapi untuk ke pulau ini, kena naik cruise. Harga cruise sekitar USD15 seorang. Anda boleh naik dari Battery Park (lower Manhanttan) atau Liberty Park (bahagian NJ). Cruise dia free time, maknanya anda boleh naik bila-bila masa sahaja mengikut jadual diberi.

Sebelum ke pulau liberty, feri akan berhenti di pulau Ellis . Pulau ini tidak ada apa-apa, cuma bangunan sahaja. Tapi bolehlah kalau nak bergambar.  Di Statue Of Liberty anda boleh bergambar dan dari situ anda boleh mengambil gambar bandaraya NYC dari kejauhan.






Time Square
NY Time Square

Tak sah kalau tak ke NYC jika tidak bergambar di tengah-tengah kota iaitu Time Square. Di sini terdapat gedung H&M antara yang terbesar di dunia, Toy'r us dan juga Hard Rock NYC. Jadi Time Square bukan sahaja menjadi tempat shopping tetapi juga menjadi pusat tumpuan warga kota berkumpul di situ. Di sekitar time square terdapat gerai gerai menjual kebab Halal. Jadi boleh lah makan sambil melihat karenah warga NYC ni kan. Huhu.



Jalan di NYC
Trafik pun boleh tahan gak
Jalan di NYC senang sahaja sebab mereka menggunakan nombor. Tak macam di bandar-bandar lain, di sini setiap jalan menggunakan nombor atau Avenue. Contoh E8th Street,W3rdStreet. Jadi lebih mudah nak cari. Oh ya, direction di NYC lebih suka guna kaedah blok. Contohnya kedai makan tersebut terletak 5 blok dari sini. Blok maksudnya bangunan.

Makanan Halal
Di NYC makanan halal ada, tapi tidak banyak ( tidak seperti di London). Kedai makanan Halal kebanyakan dimiliki oleh orang Arab. Kebanyakan mereka menjual di tepi jalan, di dalam lori bergerak. Harga murah sekitar USD5- 8 sekali makan.

Jika nak makan makanan Malaysia, hanya ada 1 kedai sahaja yang boleh makan iaitu Rasa. Restoran ini terletak sekitar Lower Manhanttan. Satay dia sedap..dan bestnya situ ada teh tarik!!

Selain itu, anda boleh makan di Restoran Thai, India Muslim atau Indonesian. Boleh cari la tapi kena bajet sebab restoran-restoran ini agak mahal berbanding makan di gerai biasa.

Tempat -tempat lain
Ada banyak tempat lain yang anda boleh pergi, tapi saya tak pergi sebab faktor masa. Antaranya ialah Ground Zero, Woodbury Factory Outlet dan Central Park. Saya sebenarnya nak pegi ke Central Station tapi tak sempat.

Ringkasan:



NYC memang antara lokasi terbaik untuk memulakan pelancongan jika anda ke USA. Tapi bagi saya, ia cumalah gah di mata masyarakat dunia, kerana di NYC anda masih boleh melihat begitu ramai gelandangan dan mereka yang hidup susah.  NYC terkenal hanya kerana bangunan-bangunannya yang mencakar langit, tapi bagi saya jika anda ke NYC lanjutkan perjalanan anda ke tempat-tempat lain di USA. Itu lebih baik.




Tapi bagi saya bandaraya ini tidak pernah mati. Ia memang hebat dan ekonominya memang jauh lebih kukuh. Tak wajar saya nak bandingkan dengan kita yang baru bertatih ini. Oklah, berikut adalah tips ringkasjika anda ke NYC:

1. Guna subway atau jalan kaki. Jangan naik teksi sebab sana jam dia boleh tahan.
2. Pergi monumen yang percuma , jadi anda dah jimat..tak perlu bayar duit masuk. Contohnya Central Park, Ground Zero atau Lower Manhanttan.
3. Masalah ? Tanya pada polis. Polis NYC sangat membantu.
4. Mini Asian? Yeap di NYC ada banyak orang Asia. Jadi feel seperti berada di negara orang putih tu kurang sikit.
5. Tinggal di NJ, hotelnya jauh lebih murah. Tapi kalau nak backpackers tinggal sekitar Queens atau Bronx. Sana lebih murah dan berbaloi.
6. Yahudi..memang menguasai ekonomi Amerika Syarikat. Jika ke sana, hormat orang lain. Di sana ada beberapa kuil yahudi, saya nasihatkan kita sebagai umat islam menghormati agama mereka.
7. Nak cari souvenirs? Cari sekitar Broadway atau Times Square. Ada banyak pilihan kedai dan sentiasa ingat..semua barang MADE IN CHINA
8. Apa nak beli? Beli lah payung hitam New York tu. Payung itu memang pakai buang. Dalam sekitar 5 $.
9.  Gelandangan..? New York memang pusatnya. Jadi jangan terkejut kalau nampak orang tidur di kaki lima.
10. Sistem jalan dalam NYC guna sistem grid.  Mudah tapi penat. Sebaiknya google dulu tempat-tempat anda nak pegi. Gunakan landmark seperti nama kedai, nama jalan sebagai rujukan.

Alhamdulillah selesai sudah penceritaan saya ke bumi Uncle Sam. Semoga para pembaca mendapat manfaat dalam penulisan ini. Saya juga harapkan bagi sesiapa yang berhajat nak ke USA, rancang kewangan dan perjalanan anda..terutama sekali visa. Insyaallah ada rezeki, saya nak ke sana lagi. Jom la siapa-siapa nak join..kita buat trip ala-ala budget plus shopping..!

Good bye NYC ..miss you!

rajaazrul





Comments

0xff said…
salam,

saya nak ke sana 29 Sept-8 okt ni.

boleh tahu bajet makanan di Rasa tu?

saya ke HQ office saya di 304 Park Avenue South #214
dan duduk di Downtown Marriot (sponsored utk 4 hari).. lepas tu tak sure nak duduk mana .. nak cari sendiri.

bercadang nak ke DC juga naik Amtrak. sesuai tak naik tren ni dgn budak2 kecil sekitar 1-4 tahun (yg 1 tahun pakai stroller/dukung.. dah boleh jalan). 4 tahun ni jalan tapi kalau orang ramai mungkin perlu dukung juga sekali sekala
Raja Azrul said…
Oxf

Kalau di rasa, bergantung apa yang kita order, anggaran 10-15 USD per person.

Jika ke DC, yup naik tren lebih baik. Jangan risau, tren kat sana mesra famili. Sebab kalau nak flight agak leceh, dan lapangan terbang jauh antara satu sama lain.

Selamat melancong, cuma sedih sikit sekarang 1 USD = RM4.30 .. huhu.
Unknown said…
Trima kasih. Info menarik yg dikongsi.
Unknown said…
Trima kasih. Info menarik yg dikongsi.
Unknown said…
Trima kasih. Info menarik yang dikongsi bersama.
haslindacorr said…
Kos flight brp, Kos hotel brp? Total u spend habis berapa?
Raja Azrul said…
Haslinda

Average RM10,000. Hotel sekitar USD150 semaiam, manakalah flight dalam RM4k.

Unknown said…
Dar Washington DC ke New Jersey itu naik apa yang sesuai. boleh cadang berapa hari di new york if nak jalan jalan

Thanks
Ayya Henrietta said…
Salam , okay Ke tour seorang Kat sana ? Or Ada kenal tour guide ?
Raja Azrul said…
@dzul
Ada train terus ke nyc, kalau belah nyc akan turun di Penn Station

@ayya
Ok saja, tak perlu guide. Cuma hati-hati jika anda wanita terutama jika berjalan sekitar Bronx dan Queen.

nana said…
entry yang sangat menarik. sedikit sebanyak saya mendapat info apatah lagi anak saya akan melanjutkan pelajaran di Ucla 29 Ogos ni. Risau gak sebab dia sengsorang je, kebanyakan kawan-kawan yang lain pegi universiti yang lain-lain dan mereka dalam berkumpulan. hopefully satu hari nanti saya akan dpt jejakkan kaki di bumi uncle sam.... selewat2nya 4 tahun lagi semasa anak grad.. in syaa Allah.
Anonymous said…
klau nak prg US sebagai backpacker, ada tak plan yg bagus dan budget?
Raja Azrul said…
@anon 10/3/18
Boleh je diatur, tapi kena ada plan yang baik. Bukan terjah je. Sebab ia melibatkan kos yang tinggi. USA bukanlah safe zon sebab kadar jenayah dia boleh tahan tinggi. Malah lebih tinggi dari sesetengah negara ASEAN.
Sherin Ibr said…
Salam, saya akan ke washington DC & NYC awal bln July nti. Info dr blog sgt membantu. Cuma tak ada trip ke niagara falls. kalo ada tips bole share dgn saya, esp part visa ke canada. Plan for 1 day trip shj dr NY.
Raja Azrul said…
@sherin

Niagara saya tak suggest pergi balik hari kecuali naik flight. Saya cadangkan cik pergi ke Niagara Falls melalui Albany. Stay satu malam (malam biasa ada bunga api). Esoknya enjoy Niagara Falls - Maid of Midst dan balik ke NYC.

Tak perlu masuk Canada pun, sebab di sebelah US pun banyak juga attraction menarik
Unknown said…
Tapi view dari canada lebih menarik ...air jatuh tu!!
Unknown said…
Setuju, hotel d new york sgt mahal, terutama ada extra tax dikenakan seperti resort tax dll....tax saja RM beribu
Raja Azrul said…
@unknown
betul, view Canada cantik, sebab tu kat belah Canada lagi happening Niagara Falls town dia. Tapi stay kat USA pun dah ok. Sebab ke Canada anda perlu visa. Tapi kalau dah ada, go ahead jelah. Leh terus ke Toronto.

Bab hotel NYC, betul, mahal. Tapi bergantung gak, jangan stay kat Manhattan memang mahal. Cari kat kawasan lain macam Brooklyn atau Queens.

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...