Jalan - Jalan : Surabaya - Bromo - Malang




"The crater of moon"

If you have a chance, visit Bromo - it is one of best stunning view in Indonesia..

Amacam? Sesekali tulis BI. Huhu, kembali dalam penulisan jalan-jalan seterusnya. Kali ini saya akan bercerita kepada anda ke suatu tempat yang menarik di Indonesia iaitu Surabaya. Sebut pasal Surabaya, ia mungkin tidak sepopular Bandung atau Bali, tapi percayalah, ia merupakan pintu utama untuk ke Bromo. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, mari saya ceritakan secara ringkas tentang perjalanan ini.

Surabaya - bandar kedua terbesar di Indonesia. Ia terletak di Jawa timur. Penerbangan terus dari Kuala Lumpur hanya melalui Air Asia sahaja. Sama seperti bandar-bandar lain di Indonesia, ia masih mempunyai kesan jajahan Belanda. Surabaya terkenal dek kerana ia merupakan salah wilayah jajahan majapahit.

Bromo - kawasan pergunungan yang mempunyai pemandangan yang cukup mengasyikkan. Perjalanan dari Surabaya ke Bromo lebih kurang 3 jam. Bromo yang merupakan Taman Negara mempunyai 3 gunung berapi yang masih aktif iaitu Semeru (puncak tertinggi Jawa), Batok dan Bromo.

Malang - ia bukan Malang tahu..tapi sebuah bandar yang terkenal dengan bangunan Belanda. Apabila ke Malang anda boleh ke Batu, pekan kecil yang terletak di kawasan Gunung Arjuna & Gunung Welirang.


***
Tentu ramai tertanya-tanya, kenapa kali ini saya memilih untuk berjalan ke Surabaya. Tapi percayalah, ia lebih berbaloi berbanding anda ke Bandung atau Jakarta. Tema melancong kali ini ialah melihat keindahan alam, jadi perjalanan saya turut merentas hutan belantara dan memanjat gunung. Cewah.

Tiket ke Surabaya secara amnya agak mahal berbanding ke Jakarta, tapi jika anda bijak membeli pada waktu promo, anda akan dapat membeli tiket pada harga RM100 sahaja pergi balik. Tapi kena pandai pilih masa. Saya beli dalam 10 bulan sebelum tarikh berlepas. Jadi, faham-faham jelah.

Selain Air Asia, anda boleh memilih menaiki penerbangan ke Jakarta dan menaiki pesawat tambang rendah ke Surabaya. Tapi saya tidak mencadangkan kaedah ini kerana ia agak leceh dan membazir masa.

Hari pertama :

Jom makan

Perjalanan ke Surabaya memakan masa sekitar 2 jam 30 minit. Saya mengambil penerbangan dalam jam 6pm, dan tiba di Surabaya sekitar jam 8pm. Waktu di Surabaya sama sahaja seperti di Jakarta (kurang sejam). Lapangan terbang Surabaya agak moden dan jauh lebih baik berbanding lapangan terbang Jakarta.

Tiba di Surabaya, disambut oleh pemandu pelancong kami (pak rahmad). Apa lagi, makan malam..dan check in hotel. Oh ya, jarak dalm airport ke hotel sekitar 30 min. Tak nampak apa-apa sangat sebab tiba di Surabaya dah malam.

Hari kedua:

Perjalanan ke Bromo kini bermula. Pagi selepas sarapan, kami meneruskan perjalanan ke bromo. Menurut Pak Rahmad kami kena sampai di Bromo sebelum jam 6pm. Jika gelap nanti perjalanan akan menjadi lebih sukar. Dalam perjalanan, kami berhenti di Sidoarjo untuk makan tengahari dan sempat lah juga ke kedai menjual barangan kulit. Oh ya, jalan dari Surabaya ke Sidoarjo adalah jalan highway.

Jurasic Park of Java
Selepas makan tengahari, kami ke suatu tempat yang cukup cantik. Ia diberi nama Air Terjun Madakaripura. Kami tiba di sana dalam jam 3pm, waktu ini sudah hampir mendung. Jarak antara tempat parkir ke air terjun dalam 20 min berjalan. Dan anda kenalah pakai selipar (jangan pakai kasut) kerana anda harus merentas sungai. Di sini, ada pemandu pelancong khas yang akan membawa kita ke air terjun ini.

Air Terjun keluar dari celah bukit


Apa itu Madakaripura? Ia merupakan kawasan dan tempat bertapa Gajah Mada - pahlawan terkenal majapahit. Namun, itu bukan sebab utama untuk ke sini. Sebabnya kerana air terjunnya seperti air hujan menuruni bukit. Subhanaallah! Miracle! Anda seperti berada di Jurasic Park. Ia sangatlah menakjubkan.



Perjalanan ke Madakaripura

Kena pakai baju hujan ok!

Namun satu benda yang anda tidak boleh elak ----- BASAH! Jadi, bawa pakaian kering dan salin pakaian anda di tandas berdekatan. Kami tak lama di sini disebabkan guide menasihatkan bahaya jika hujan, dan ia boleh menyebabkan banjir kawasan air terjun. Setelah itu baru lah kami bergerak ke Bromo.

Patung Gajah Madha...
Tiba di Bromo menghampiri sekitar jam 6pm. Suhu sekitar 20c, nyaman dan sejuk. Bau sulfur dari gunung berapi memang kuat. Dan malam itu kami menginap di Bromo Permai Inn. Anda tak perlu risau bab makan kerana hotel memang menyediakan makan malam. Anda juga boleh mencari makan malam di sekitar kawasan bromo, dan Bromo tidak lah sesesak kawasan Berastagi atau Puncak.

Kena tidur awal sebab esok kena bangun jam 2am.


Hari ke 3:

Pagi-pagi, dengan suhu mencecah 10C, saya telah mandi dan bergerak ke Penanjakan. Ia merupakan "point" utama untuk melihat matahari terbit, dan menampakkan Bromo. Untuk ke Penanjakan, anda kena menaiki land rover (biasa termasuk dalam pakej). Dan landrover pula hanya boleh diletak di bahagian bawah, dan anda perlu berjalan kaki sekitar 200m mendaki bukit penanjakan. Suhu pula makin turun. Ramai orang menjual sekitar penanjakan termasuk baju sejuk, selimut, goreng pisang.

Jam menunjukkan  5am, matahari sudah naik. Alhamdulillah..cuaca baik dan tidak berkabus. Hasilnya....

Matahari mula naik

berasap tu Bromo, Batok paling depan..dan belakang ialah Semeru
Tadaa...kawah bulan! Fuyoo Maha Suci Allah, Dia menciptakan alam ini yang tiada tandingan. Syukur...!



Dari kejauhan anda akan nampak 3 gunung berapi iaitu Bromo, Semeru dan Batok. Cukup menakjubkan!!



Selepas melihat matahari terbit, sekitar jam 7am, saya pun bergerak ke pasir berbisik. Ia merupakan dataran luas yang terletak di kaki Bromo. Di sini ada kemudahan tandas, dan anda juga boleh menaiki kuda (bayaran sekitar 100,000 rp) untuk mendaki Bromo - mengelat kan!
naik kuda dulu..kuda diberi nama Nemo Jr

Untuk mendaki Bromo, ia tidak sukar, cuma agak penat. Tangga disediakan, dan puncak Bromo anda akan dapat lihat gunung berapi yang masih aktif. Bau sulfur dapat dihidu ..cukup kuat. Masa saya pergi pula ramai juga pelancong asing. Agak sibuk ketika di puncak. Nak mengelat..naik kuda...100 ribu je..

Dari Bromo, anda dapat lihat kuil hindu - dibina oleh masyarakat setempat. Dipercayai berusia ratusan tahun, dan ia masih digunakan sehingga kini.


Kuil Hindu di tengah pasir berbisik

Kawah Bromo

 Selepas itu, bolehlah ke " Bukit Teletubbies"

Mana anak2 tubbies ni

cuaca mulai panas..tapi nyaman

Serius...ia sebijik seperti berada di New Zealand.. cukup cantik dan mengagumkan!! Bagi kaki bergambar, inilah masanya...dont forget your camera ya!! Selesai mengambil gambar, barulah menikmati sarapan disediakan di hotel, mandi dan bergerak ke Malang.

posing sikit
Perjalanan dari Bromo ke Malang mengambil masa sekitar 3 jam, dan kami ada singgah di satu pekan (lupa nama dia) untuk makan tengahari.

Malang - adalah bandar yang terkenal dengan kebudayaan Jawa dan juga banyak bangunan yang cantik hasil buatan Belanda. Bandar ini tak ubah seperti kota-kota lain di Indonesia, dan ia juga terkenal kerana beberapa buah universiti yang terkenal dalam bidang perubatan juga terletak di sini.

Di Malang, hanya bermalam di sini kerana banyak aktiviti menarik terletak di Batu.

Hari Ke-4

Seribu topeng..restoran di Malang

Malang dan Batu, jaraknya tidak sampai 1 jam. Namun kedudukan Batu terletak di kaki Gunung Arjuna dan Gunung Kawi, menjadikan perjalanan sedikit jauh. Suhu di Batu agak nyaman jika dibandingkan dengan Malang. Tapi apa istimewanya Batu?

Masa tuk tidur...
Batu merupakan pusat percutian bagi masyarakat Jawa Timur kerana ia mempunyai beberapa tarikan istimewa. Antaranya Taman Tema dan Zoo. Mungkin sedikit janggal kerana saya ke Batu kerana melawat Zoo. Tapi percayalah..Zoo Batu agak unik berbanding dengan Zoo yang ada di Indonesia.

Comelnya cik Singa ni

Rumah hantu yang tak seram

Agak banyak spesis binatang di sini, dari yang terdapat di Indonesia sehinggalah binatang safari dan Australia. Paling penting kebanyakan binatang di sini dijaga dengan rapi. Menarik juga Zoo ini juga terdapat Taman tema dan ia termasuk dengan tiket masuk. Tapi permainan dia taklah sehebat mana-mana Taman Tema yang ada di dunia.

Epal Batu yang enak
 Sebelah petang, selepas makan tengahari..saya melawat Ladang Epal. Tahukah anda bahawa tanah subur di Batu membolehkan epal hijau di tanam di sini. Jika kita ke Cameron, kita hanya dapat makan strawberi sahaja, tapi di Batu, epal nya agak rangup dan tidak masam. Saiz epal di sini kecil, tak sama dengan epal import dari USA atau NZ. Di ladang ini, anda boleh makan sepuas-puasnya, dan jika anda nak bawa pulang, boleh sahaja petik dan bayar..sekitar 10,000 rp sekilo. Agak murah kan?

Dah macam pekerja sini pulak..

Epal ..fuhh...sedapnya.

Epal tu saya bawak balik..buat epal asam boi yang tengah femes sekarang ..hihi.

Petang tu bertolak ke Surabaya, dan perjalanan memakan masa sekitar 3 jam. Malam..aktiviti berehat sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan hari nya.

 ***

Kesimpulannya....Jawa Timur memang terbaik! Dari segi alam, budaya, membeli belah..semua ada. Cuma saya tak berkesempatan nak membeli barangan khas Surabaya, katanya kalau nak murah kena pergi Pasar Jambatan Merah. Tapi saya memang sarankan bagi anak muda yang sukakan cabaran dan alam, pergilah sendiri ke Bromo, Madakaripura, dan boleh lah petik Epal sendiri di Batu. Serius! Terbaik!

Dah macam kat Planet Marikh pulak

Baiklah ringkasan tips yang saya boleh kongsi.. kalau ada apa-apa nak tambah, bagitahu lah yer.

Ketenangan jiwa
1.  Kalau nak tiket murah, kena lah rajin godek-godek laman web Air Asia. Hanya Air Asia sahaja yang ada penerbangan terus Kuala Lumpur ke Surabaya.
2.Untuk jadual tidak penat, seeloknya tempoh percutian anda dalam 5 - 6 hari. Ini disebabkan perjalanan satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh.
3. Jika anda ada masa ..boleh lah ke Gunung Semeru atau Taman Negara yang ada di sekitar Bromo.
4. Baju sejuk boleh la bawa, sebab suhu di Penanjakan boleh jatuh sehingga 10C. Tapi bawa sehelai pun dah cukup. Tak perlu banyak
5. Jika ke Madakaripura, pakai selipar jepun ye! Sebab anda akan meredah sungai..confirmed basah!

Tips lain-lain sama sahaja jika anda berkunjung ke tempat lain di Indonesia. Cuma di sini mesti ada bertanya, seelok pakai agen atau redah sendiri sahaja? Jika tanya saya, pakailah agen sebab anda melakukan aktiviti berisiko terutama jika masuk ke kawasan hutan belantara. Jika ada pemandu pelancong berdaftar, setidak-tidaknya jika apa berlaku, mudah untuk diuruskan.

Apa lagi..jom lah kita ke Surabaya.. Jawa Timur . Video dibawah ini ringkasan segala-galanya.



rajaazrul

Comments

Unknown said…
salam, blh bg contact no agent? tq
Anonymous said…
Salam..

Boleh share contact no agent? Saya tak penah pegi side sana lagi so takda any supir. Hehe
Unknown said…
Salam. Boleh kongsi cara nak dapatkan agen/ pemandu pelancong?

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...