Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, November 25, 2015

Ulasan drama : Wan Embong

Antara karya terbaik di tayangkan di TV3...


Tak perlu latar masa
~ penonton perlu meneka, zaman apakah cerita ini berlaku? Zaman sekarang? zaman sebelum perang? terpulang..

Tak perlu bahasa "I, YOU"
~ skrip ditulis cukup kemas (walaupun ada kurang), bahasa melayu diangkat sepenuhnya..seperti ayat dalam teater

Tak perlu pelakon Sado atau perasan cantik
~Pelakon yang boleh berlakon.. tahniah!

Tak perlu BMW, rumah agam, KLCC
~ Gunakan rumah tradisional melayu sebagai set..cukup Umpph!

Tak perlu pelakon memenuhkan ruang
~ Pelakon tak perlu ramai, cukup ada . dan setiap karektor dikembangkan dengan baik!


Tak perlu skrip berjela-jela
~ Tugas pelakon..guna ekspresi ..ia cukup kuat menggantikan dialog

Tak perlu Dato atau Datin
~ golongan berharta tidak perlu digambarkan dengan panggilan datuk atau datin

Tak perlu babak kat luar negara
~ Tasik..rumah...gunung lang...dah cantik

# Tahniah! Drama ini amat memberikan kesan baik dalam diri saya. Jarang saya menonton drama sebegitu hebat (mungkin ada kelemahan) tapi ia lebih baik dari drama-drama TV yang kononnya diangkat dari novel remaja.


No comments: