Jalan - Jalan : Perth, Australia
Good Day mate!
Apa khabar rakan pembaca dikasihi? Di penghujung 2015, nampak gaya saya masih lagi gigih menaip dan ingin berkongsi dengan rakan semua tentang tips melancong. Kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya berada di bumi Kangaroo iaitu PERTH!
Lawatan saya ke Perth bersama dengan mama, adik saya - Suhana & rakan saya Shidi bermula pada tarikh 16 - 21 September. Sepatutnya adik saya Syahriman turut serta, tetapi atas urusan tidak dapat dielakkan, maka dia terpaksa membatalkan program jalan-jalan dia ke sana.
Harga tiket ke Perth saya beli dalam bulan Januari 2015 iaitu 9 bulan sebelum tarikh perjalanan. Harga tiket Malaysia Airlines hanyalah RM1050 seorang bagi penerbangan pergi balik. Kiranya ia lebih murah dan hampir sama dengan Air Asia. Jadi saya lebih rela nak naik MAS kerana saya yakin servisnya lebih baik berbanding dengan Air Asia.
Pengenalan:
Apa khabar rakan pembaca dikasihi? Di penghujung 2015, nampak gaya saya masih lagi gigih menaip dan ingin berkongsi dengan rakan semua tentang tips melancong. Kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya berada di bumi Kangaroo iaitu PERTH!
Lawatan saya ke Perth bersama dengan mama, adik saya - Suhana & rakan saya Shidi bermula pada tarikh 16 - 21 September. Sepatutnya adik saya Syahriman turut serta, tetapi atas urusan tidak dapat dielakkan, maka dia terpaksa membatalkan program jalan-jalan dia ke sana.
Harga tiket ke Perth saya beli dalam bulan Januari 2015 iaitu 9 bulan sebelum tarikh perjalanan. Harga tiket Malaysia Airlines hanyalah RM1050 seorang bagi penerbangan pergi balik. Kiranya ia lebih murah dan hampir sama dengan Air Asia. Jadi saya lebih rela nak naik MAS kerana saya yakin servisnya lebih baik berbanding dengan Air Asia.
Pengenalan:
Perth merupakan ibu negeri bagi Western Australia. Ia terletak di sebelah barat Australia, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth hanyalah sekitar 5 jam. Ia merupakan bandar ke-4 terbesar di Australia dan turut dikenali sebagai Swan City. Western Australia merupakan negeri terbesar di Australia - percaya atau tidak, keluasan Western Australia menyamai separuh daripada benua Eropah.
Perjalanan saya ke Perth selama 6 hari. Jika anda ingin ke Australia tapi nak bajet yang minimum, saya cadangkan anda ke Perth. Selain harga nya murah, jarak ke Perth tidaklah sejauh jika anda ingin ke Sydney atau Melbourne. Malah Perth juga adalah bandar 4 musim. Anda masih boleh menikmati musim sejuk dan juga musim bunga. Kebetulan masa saya pergi adalah permulaan bagi musim bunga. Jadi suhu sekitar 20c dan boleh jatuh ke 8c.
Hari pertama:
Perjalanan ke Perth menaiki Malaysia Airlines sangat menyeronokkan. MAS pula dalam proses mengecilkan laluan dimana jika dahulu penerbangan ke Perth adalah sebanyak 2 kali, dan kali ini hanyalah 1 kali sehari sahaja. Kami bertolak dari KLIA jam 9am dan tiba di Perth sekitar jam 3pm.
Dalam flight |
Adik aku - pose sebelum berlepas |
Waktu di Perth sama sahaja seperti di Malaysia. Jadi anda tidak perlu mengubah jam. Namun, waktu siang dan malam bergantung kepada musim apa. Kebetulan saya sampai pada musim bunga - penghujung musim sejuk, jadi waktu Magrib sekitar jam 6.15pm.
Tiba di Perth agak lewat, kami terus sahaja check in hotel. Anda boleh menaiki Perth Connect ( bas yang menghubungkan Perth Airport ke CBD). Tapi saya lebih selesa booking awal - harga sekitar AUD20 seorang. Oh ya, kami tidak tinggal di hotel, sebaliknya apartment.
Ini bilik aku - tapi aku duduk seorang |
Posing time dinner |
Northbridge pada waktu senja |
Selepas check in, dalam jam 6pm..makan malam di Nandos (sana halal ye). Dan membeli barang di Coles. Punyalah banyak barang ..tapi saya cuma habiskan tak sampai AUD50. Paling best dapat beli Strawberi cuma $4 untuk 2 kotak. Murah kan? Memang terbaik!
Ni kira tak sampai $50 pun |
Hari kedua:
Pagi pagi dah makan strawberi |
Ruang Dapur - memang smart la |
Guide kami ialah Mimi, yang mana dia merupaka cina dari Penang. Apa lagi, speaking Bahasa sahaja la sebab dah jumpa geng sama negara. Menariknya Mimi turut bercerita mengenai Australia secara kasar termasuklah dari segi sistem politik, sosial dan ekonomi. Memang ramah betul minah ni. Yang jadi saya tertarik ialah kefasihan dia berbahasa melayu walaupun sudah menetap di Perth melebihi 20 tahun.
Pintu masuk Caversham |
Nak bawak balik seekor, nak bagi kawan ngan nemo |
Setelah setengah hari di sana, kami menikmati makanan tengahari di restoran D Nyonya. Jauh sedikit dari Perth. Pemilik adalah melayu, dan makanannya juga sedap.
Bandar Perth |
View dari Kings Park |
Sebelah petang Mimi membawa kami ke Kings Park. Sempat lagi minah ni buat lawak ..siang Kings Park , malam akan jadi Kiss Park. Huh, itu saya amat lah yakin terutama di negara Mat Saleh ini. Kings Park merupakan taman terbesar dalam bandar terbesar di dunia, berkeluasan 1000 ekar. Ia lebih besar daripada Central Park di New York. Kebetulan musim bunga menjengah, jadi banyak bunga liar tumbuh sekitar taman. Kings Park wajib pergi kerana anda akan dapat melihat keseluruhan bandar Perth dari hujung ke hujung (memang cantik bandar dia). Selain itu, ada canopy walk dan pokok berusia ratusan tahun yang dibawa daripada gurun di Australia.
Tugu Peringatan |
Hari ketiga:
Jelajah hari ketiga ialah ke Fremantle. Ia merupakan pekan yang terletak di tepi Lautan Hindi. Fremantle turut dikenali sebagai bandar nelayan dan ia juga terkenal dengan Fish N Chipnya. Untuk ke sini, hanya perlu menaiki train dari Perth CBD ke stesen Fremantle (1 line sahaja). Harga sehala jika tak salah saya ialah AUD4.50 sehala. Selain itu, anda juga boleh menaiki feri/cruise untuk ke sana.
Daripada apartment untuk ke stesen keretapi perlu menaiki Bas CAT - Biru. Oh ya, di Perth, Bas CAT ini merupakan bas percuma. Jika nak senang, tinggallah di hotel berhampiran dengan laluan bas ini. Ia banyak memberikan manfaat kepada anda semua :)
Perjalanan ke Fremantle sekitar 40 min. Menariknya train mereka tersangatlah efisyen. Tiket dibeli harus disimpan kerana ia akan diperiksa semasa menaiki train. Sepanjang perjalanan, dapatlah melihat ragam warga Australia yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Jika bernasib baik, dapat juga lah berjumpa dengan orang Malaysia - sebenarnya ramai orang Malaysia di sini.
Bangunan di Fremantle |
Fremantle merupakan bandar lama. Senibina tak ubah seperti bandar hilir di Melaka. Banyak bangunan lama yang telah dibaiki semula. Kedai-kedai di sini juga menjual pelbagai barangan vintage. Salah satu tempat wajib anda pergi ialah Fremantle Market. Ia dibuka pada hari-hari tertentu sahaja. Fremantle market seperti pasar seni,
cuma ia juga ada barangan basah. Di sini barangan (bagi saya - masih mahal), tapi bolehlah kalau nak beli. Saya hanya membeli kacang Macademia, yang cukup terkenal di sini. Selain itu anda boleh cuba kedai kopi di sini, atau membeli buah-buahan yang lebih murah berbanding di CBD.
Selepas pasar Fremantle, makan tengahari di Kailis Fish and Chip. Ia merupakan restoran yang cukup terkenal dengan fish and chip. Jangan risau, tidak ada pork atau alkohol. Harga satu set (tak masuk air) ialah AUD10. Tapi kalau tanya saya, fish and chip mereka biasa sahaja. Tidak ada wow pun. Jangan marah ye. Jadi, tak rugi pun kalau tak makan kat situ (ni pandangan saya laa)
Fish n Chip |
Makan di sini agak bersih, cuma banyak burung tepi laut yang menggangu. Tapi anda dilarang untuk memberi makan burung. Selain fish and chip, mereka turut menjual salmon, udang, sotong dan makanan lain. Harga semestinya berbeza.
Lokasi restoran ini betul-betul tepi laut, dan di sana turut ramai orang melayu makan. Dah terasa macam kat Malaysia pulak kan. Hehe.
Selepas itu, jalan-jalan lagi...ambil gambar bangunan. Posing tepi laut.
Waktu membeli belah di E - Shed. Yes, E Shed - pasar ini terletak belakang stesen Fremantle. E Shed merupakan pasar (sebenarnya gudang), yang menjual cenderamata Australia yang cukup murah. Di sini kebanyakan peniaga terdiri dari orang Asia. Ada yang boleh cakap melayu (Indonesia), dah rasa macam kat pasar baru bandung. Masa saya pergi, tidak begitu ramai orang. Tapi seronoknya di sana, anda boleh tawar menawar. Harga ? Dijamin murah. Disebabkan saya pernah ke Aussie sebelum ini, jadi saya tak membeli sangat souvenirs di sini.
Cenderamata di sini rata-rata sama sahaja, cuma kalau nak beli I love Perth itu ada la. Kualiti? Made In China. Jadi boleh lah sekadar nak bagi teman-teman atau rakan sepejabat. Betul tak?
Setelah penat membeli cenderamata, barulah pulang ke Perth dengan menaiki keretapi. Oh ya, E -Shed hanya dibuka hujung minggu. Rancang masa anda ye.
Hari keempat:
Ni je pic sempat tangkap, yang lain sibuk shopping |
Shopping time! Jika semalam banyak habiskan masa menaiki tren ke Fremantle. Hari ke-4, perjalanan diteruskan ke Watertown Outlet Perth. Untuk ke sini, tidak sukar. Hanya perlu menaiki bas CAT - laluan kuning. Di Outlet ini, saling tak ubah seperti JPO. Paling menarik, banyak barangan berjenama (kebanyakan keluaran Australia), dan harganya jauh lagi murah berbanding di CBD. Paling best, buy 1 free 1...ataupun buy 1 , other item 50%.
Sempat jugalah saya rembat kasut, baju, dan seluar. Serius..memang murah. Tapi di sini anda perlu habiskan masa sehari, jika tidak tidak sempat untuk membeli dengan tenang.
Hari kelima
Dah masuk hari ke-5. Rasa sayang sangat kat Perth. Udara segar (sebab pergi masa Jerebu teruk), trafik terkawal, pengangkutan awam efisyen. Hari ini, jalan-jalan CBD pula. Disebabkan bas percuma, maka lagi senang nak atur.
Pagi - ke WA (western Australia) Museum. Masuk percuma. Memang tabik dengan muzium di Australia. Memang cantik dan banyak artifak berguna. Tak rugi kalau pergi, sebab anda boleh lah pelajari sejarah WA dengan lebih lanjut. WA terletak di Northbridge, tak jauh dari Apartment kami.
Bell Tower |
Selepas itu, menaiki bas CAT dan meneruskan perjalan ke Bell Tower. Ia terletak di tepi sungai. Bell tower ini sangat cantik, cuma kawasan sekitarnya dalam proses penambaikan. Di sini, anda boleh mengambil gambar dari luar. Kalau nak naik bell tower ini, ada bayaran masuk. Dari Bell tower anda boleh berjalan terus ke CBD. Pagi itu kami makan tengahari di Insans Cafe. Satu-satunya cafe melayu di tengah bandar Perth.
Coklat yang terkenal di sini. |
Sebelah petang, berjalan sekitar pusat bandar. Di sini, ada banyak shopping malls dan kedai-kedai berjenama. Tapi di Australia, kebanyakan kedai akan tutup dalam jam 5/6 pm. Jadi pastikan anda mengatur masa anda, supaya tidak kecewa. Hehe.Kebanyakan malls tertumpu di Murray dan Hay street. Tapi harga sedikit mahal berbanding factory outlet.
Hari keenam
Disebabkan penerbangan jam 4pm, maka sesi pagi bermula dengan membeli barangan seperti buah-buahan dan makanan. Selain itu, sempat juga membeli coklat. Di Perth, coklat yang terkenal ialah Margaret Chocalate. Ia terletak di CBD dan anda boleh rasa coklat di sana secara percuma. Makan tengahari kami ialah di restoran Pondok Indah - ia merupakan restoran Indonesia yang halal. Di sana ada banyak hidangan termasuklah Bakso. Harga? jangan convert sebab bila anda convert, sah-sah kita tidak akan beli.
Perjalanan kami ke lapangan terbang pada jam 12pm, dan meneruskan perjalan ke KLIA dengan MAS. Alhamdulillah selamat tiba sekitar jam 10pm pada hari yang sama.
***
Secara ringkasnya, Perth merupakan bandar yang amat tenang, moden dan bersih. Ia tidak sesibuk Sydney atau Melbourne, tapi ia mempunyai banyak tarikan utama. Sebenarnya kebanyakan pelancong datang ke Perth menyewa kereta. Ada tempat tarikan utama yang lain seperti Wave Rock, Pinnacle Adventure, Tangalooma dan Rottenest Island. Tempat-tempat ini agak jauh dan memerlukan pengangkutan sendiri untuk ke sana.I love this FM |
Berikut tips ringkas saya jika anda mau ke sana:
1. Tinggal di kawasan CBD/ Northbridge. Ia memudahkan untuk anda ke destinasi, malah ia mempunyai bas percuma dalam bandar.
2. Beli barangan di Coles atau Woolworth - pasaraya yang terkenal di Australia. Harga masih murah. Tapi kalau nak murah, kena beli di Pasar
3. Daging di Australia tidak Halal, jadi kalau nak dapatkan daging Halal kena pergi ke pasaraya khas menjual daging halal. Info : rujuk di sini
4. Kalau anda datang dengan famili, sebaiknya ambillah apartment. Ia lebih berbaloi dan jimat.
5. Macam negara bukan Islam yang lain, sediakan tisu lembap jika nak ke tandas ye.
6. Nak jimat kena masak sendiri, jadi sebelum ke Aussie, plan apa nak masak. Contohnya, spageti ke..sup sayur ke. Belasah je, sekurang-kurangnya jimat kat situ dah.
7. Kalau nak tengok Kangaroo dan binatang lain, boleh juga pergi ke Perth Zoo.
8. Nak sewa kereta takde masalah..lesen kita sah di Australia. Tapi semua transaksi (booking) harus dibuat di Malaysia. Ada cara-cara dia.
9. Perth bukanlah mencerminkan Australia sebenar. Kenapa? Kalau anda ke Perth 80% pelancong adalah dari Asia. Kebanyakan tertumpu di pusat bandar. Jadi, bila anda pergi, dah macam jalan dalam KL pulak. Ada banyak lagi tempat lain yang anda boleh tambah jika anda ke Perth ( dan Western Australia) secara amnya. Bottom line - Budget :)
9. Perth bukanlah mencerminkan Australia sebenar. Kenapa? Kalau anda ke Perth 80% pelancong adalah dari Asia. Kebanyakan tertumpu di pusat bandar. Jadi, bila anda pergi, dah macam jalan dalam KL pulak. Ada banyak lagi tempat lain yang anda boleh tambah jika anda ke Perth ( dan Western Australia) secara amnya. Bottom line - Budget :)
Alhamdulillah, tamat sudah 2015. Semoga tips diatas dapat membantu rakan-rakan yang dalam proses nak melancong pada tahun akan datang.
INFO TAMBAHAN 2017
Muzium WA ditutup dan dalam proses penambaikan. Ia dibuka pada tahun 2020. Alternatif, boleh ke Muzium Maritim di Fremantle (akan ada bayaran).
Quest on James Apartment telah ditukar nama kepada Best Western Apartment
IKLAN - sesiapa berhajat nak join saya ke Perth cuti sekolah 25 Ogos 2017 ini , sila klik pada link disini. Ada sesuatu menarik! Sesiapa nak pakej Perth tanpa flight (atau Australia) boleh juga email terus kepada saya - raja.azrul@gmail.com
Bagi sesiapa nak travel, jangan lupa untuk apply visa serendah RM20 sahaja, Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut --> visa Australia Murah RM20
Ketahui tips dah memohon visa Australia disini
rajaazrul
#Aussie Specialist team - Official dari TourismAustralia
INFO TAMBAHAN 2017
Muzium WA ditutup dan dalam proses penambaikan. Ia dibuka pada tahun 2020. Alternatif, boleh ke Muzium Maritim di Fremantle (akan ada bayaran).
Quest on James Apartment telah ditukar nama kepada Best Western Apartment
IKLAN - sesiapa berhajat nak join saya ke Perth cuti sekolah 25 Ogos 2017 ini , sila klik pada link disini. Ada sesuatu menarik! Sesiapa nak pakej Perth tanpa flight (atau Australia) boleh juga email terus kepada saya - raja.azrul@gmail.com
Bagi sesiapa nak travel, jangan lupa untuk apply visa serendah RM20 sahaja, Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut --> visa Australia Murah RM20
Ketahui tips dah memohon visa Australia disini
rajaazrul
#Aussie Specialist team - Official dari TourismAustralia
Comments
Kalau Haystreet, tidak ada makanan ringan yang halal? Tapi boleh je beli kat Pasaraya macam Coles atau WoolWorth.
Kalau nak beli kebab rasanya ada banyak. Btw, Nandos sana pun Halal.
Harap membantu
- Diambil di sana
@anon 2/9
Betul, ex mrsm kuantan
Guide official mahal. Saya boleh bantu susun itinerary, tak semestinya kena bawak kat sana.
Yeap kalau 8 hari boleh lah ke Albany, singgah di Denmark, Pemberton, Margaret River, Busselton dan akhir sekali Fremantle. Nak ke Pinnacles pun ok, tapi itu belah utara Perth.
Boleh sahaja. nanti email kat raja.azrul@gmail.com