Posts

Showing posts from March, 2015

Isu Semasa - Hudud

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca budiman Agak lama saya tidak menulis mengenai senario isu semasa termasuk politik yang berlaku sekarang. Jadi, pada hari ini, sedikit kerajinan membolehkan saya menaip dan memberikan idea secara ringkas mengenai satu isu yang agak panas iaitu Hudud. Penulisan saya hanyalah dari pandangan kecil seorang rakyat, beragama Islam dan berbangsa melayu. Ia mungkin tidak bersifat profesional, tapi tidak salah untuk saya menyuarakan pandangan saya. Apabila menyentuh isu hudud, ia dianggap seperti satu isu sensitif. Apa lagi ada suara sumbang mengatakan jangan berbicara tentang hudud jika anda tidak tau. Secara umumnya, hudud adalah satu bentuk undang-undang Islam yang telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Orang bukan Islam seringkali memikir Hudud adalah satu undang -undang yang kejam. Kenapa? Ia melibatkan hukuman merejam, potong tangan, sebatan di khalayak ramai dan bunuh kembali. Saya tidak mau menceritakan apa itu hudud dan pe