Posts

Showing posts from September, 2015

Jalan-jalan : New York & Washington DC (Big Apple) Part 3

Image
Assalamualaikum & salam 1 Malaysia! New York City - dari NJ Maaf yer, lambat pula nak cerita bab seterusnya..perjalanan ke New York. Selalunya jari-jari ini rajin menaip, tapi nak ambil masa juga nak menaip, cari mood..dah tenang barulah boleh menaip. Huhu. Baiklah, siapa yang pernah dengar pasal New York? Rasanya semua orang tahu kan. New York merupakan bandaraya terpadat dan terbesar di Amerika Syarikat. Ia juga antara bandaraya popular di dunia selepas London, Paris dan Dubai.  Dikenali sebagai " Big Apple", memang tak sah kalau anda tak ke New York jika berkunjung ke negara Uncle Sam. Saya masih ingat waktu saya kecil, melihat cerita Spiderman bergayut di bangunan sekitar New York, begitu juga filem King Kong - keagungan Empire State Building, dan Alhamdulillah- dengan IzinNya saya berjaya menjejak kaki ke sini. Kota metropolitan ini sangatlah padat dan sebenarnya ia tidak lah segah seperti disangka (nanti saya ceritakan). Perjalanan dari Washington DC ke