Posts

Showing posts from December, 2015

Jalan - Jalan : Perth, Australia

Image
Good Day mate! Apa khabar rakan pembaca dikasihi? Di penghujung 2015, nampak gaya saya masih lagi gigih menaip dan ingin berkongsi dengan rakan semua tentang tips melancong. Kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya berada di bumi Kangaroo iaitu PERTH! Lawatan saya ke Perth bersama dengan mama, adik saya - Suhana & rakan saya Shidi bermula pada tarikh 16 - 21 September. Sepatutnya adik saya Syahriman turut serta, tetapi atas urusan tidak dapat dielakkan, maka dia terpaksa membatalkan program jalan-jalan dia ke sana. Harga tiket ke Perth saya beli dalam bulan Januari 2015 iaitu 9 bulan sebelum tarikh perjalanan. Harga tiket Malaysia Airlines hanyalah RM1050 seorang bagi penerbangan pergi balik. Kiranya ia lebih murah dan hampir sama dengan Air Asia. Jadi saya lebih rela nak naik MAS kerana saya yakin servisnya lebih baik berbanding dengan Air Asia. Pengenalan: Perth merupakan ibu negeri bagi Western Australia. Ia terletak di sebelah barat Australia,

Tindakan

Image
Benar, kita adalah kita..hidup kita, cara hidup ..semua adalah kita yang tentukan. Tapi adakah setiap keputusan dibuat itu perlu dibuat dalam keadaan terburu-buru? Dan mengapa tidak mengambil kira semua faktor terlebih dahulu. Ia mungkin berisiko, ya..hidup memang satu bentuk perjudian. Tapi setidak-tidak berfikir secara matang sebelum bertindak. Nampak gaya, orang lain sudah memulakan langkah..suka atau tidak, aku juga terpaksa melakukan perkara yang sama. Biar ia pahit, maka ia tidak ada pilihan selain melakukan sesuatu tanpa memikirkan diri orang lain. Mungkin bila sesuatu tiada..kita akan terasa...mungkin laa...