Karma

Sejak dua menjak..aku jadi rajin menaip

Mungkin ini cara terbaik untuk aku hilangkan tekanan, dan lantak la..jika penulisan ini dibaca satu dunia sekali pun.

Hidup ini ada orang kata ibarat karma..

Apa itu karma ? Kalau menurut kepercayaan Buddha.. ia merujuk kepada kelahiran semula. Maaf aku bukan nak menceritakan mengenai agama.

Karma bagi aku begini ..

Dulu aku tolak orang lain
Esok orang lain tolak aku pula

Ia ibarat satu putaran tidak pernah berhenti

Jadi bila masa keadaan kita sama-sama memegang tangan dan tidak menolak antara satu sama lain?

Persoalan yang terlalu sukar dimengerti.
Jadi hidup ini adakah rumit? Adakah kita akan sentiasa menolak antara satu sama lain?

Kita manusia. Kita berhak memilih. Kita tak cari terbaik atau sempurna

Jiwa manusia ini milikNya. Dia memberi kan rasa, Dia mewujudkan cinta. Bila perasaan itu datang, ia wujud secara semulajadi. jangan nafikan ia.

Mungkin sekarang masa aku..esok lusa mungkin masa dia pula.

Putaran ini sentiasa berlaku. Jadi, jangan mudah rasa bahawa kita sentiasa di atas.

Doa aku
" Buka pintu hati, agar hukum karma ini terhapus"


rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...