Alhamdulillah
Dah masuk bulan 5 rupanya, lagi sebulan kita akan menjengah pula ke bulan 6. Tahun ini bulan 6 merupakan bulan Ramadhan. Insyaallah akan dipenuhkan dengan amal ibadat .. cewah!
Rezeki saya 2015, saya menjejakkan kaki ke bumi Australia sebanyak 2 kali. Satu di Perth, dan kali ke dua ialah ke Gold Coast. Apa beza Perth dan Gold Coast? Gold Coast terletak di sebelah timur Australia dan Perth di sebelah pantai Australia. Jadi, apa yang menarik sangat tentang Gold Coast yang merupakan tempat riadah popular di Australia? Mari kita sama-sama lihat!
Percutian Gold Coast turut saya lanjurkan ke Brisbane - ibu negeri Queensland. Percutian saya ke Australia penghujung musim luruh (panas ler)
Pengenalan:
|
Tiba di Gold Coast |
Gold Coast merupakan kawasan percutian utama di Australia. Terletak dalam Queensland, ia merupakan pusat pelancongan / pantai riadah yang popular di seantero dunia. Pada asalnya Gold Coast hanyalah tempat muda mudi menghabiskan musim cuti panas, tapi sekarang landskap Gold Coast bertukar wajah - menjadi sebuah pusat percutian bertaraf 5 bintang.
Jika nak ke Gold Coast - ada satu sahaja penerbangan terus iaitu Air Asia. Namun jika nak cabaran, boleh turun ke Brisbane ( tidak ada penerbangan terus dari KL). Dari Brisbane ke Gold Coast hanya lebih kurang 1 jam 15 min perjalanan.
|
Bolehlah nak alas perut |
Saya ke sana menaiki Air Asia X. Penerbangan tambang murah. Kali kedua menaiki Air Asia X selepas Beijing. Komen saya - boleh laaaa ...
Penerbangan ke Gold Coast memakan masa lebih kurang 8 jam. Jadi, kalau anda menaiki Air Asia, buat tempahan makanan. Jika boleh bawa bantal kecil, ipad untuk elak kebosanan.
|
semua kena beli ye! |
Hari Pertama : Country Farm - Harbour Town - Surfer Paradise
|
Welcome to Gold Coast! |
Tiba di Gold Coast pada awal pagi. Memang disarankan ambil penerbangan lewat malam. Jadi anda ada banyak masa di Gold Coast. Lapangan terbang Gold Coast ini kecil sahaja. Lebih kurang lapangan terbang Langkawi. Proses imigresen sedikit lewat tapi masih terkawal. Sama seperti polisi nak masuk ke Australia yang lain - pastikan tidak membawa makanan
Program pertama ialah ke Country Farm (Paradise Country Farm). Dah nama pun farm - konsep nya samalah kita masuk ladang. Di sini kalau anda suka binatang-binatang Australia seperti Kangaroo, Koala, Dingo ..memang ada. Tapi taklah sebanyak seperti di Caversham. Kangaroo dah memang ikon pada Australia dan ia ada di mana-mana.
Jangan lepaskan peluang menonton Sheep Shearing show ( konsep sama je seperti sebelum ini)
|
Ni jela keja ko yer! |
|
Masa bercukur |
Selepas itu, saya ke Harbour Town..cuaca dah mula panas. Walaupun tak sepanas Malaysia, tapi boleh tahan gak berpeluh. Harbour town konsepnya sama seperti outlet sebelum ini. Tapi di sini agak besar dan banyak pilihan. Cuma masa agak singkat dan cuaca agak panas, jadi saya tak beli apa-apa sangat disini. Kebetulan masih ting tong sebab belum mandi, jadi buat masa ini simpan dulu duit yang ada.
|
Dari pandangan bilik saya |
Hotel dipilih ialah Islander Hotel. Ia terletak di Surfer Paradise. Tips saya - jika ke GC, sebaiknya ambil apartment. Sebab apa? Sebab lagi murah dan boleh masak sendiri. Tapi saya ambil bilik jelah. Surfer Paradise ni ala-ala bandar utama di GC. Di sini agak happening terutama malam minggu. Di sini juga terletak Hard Rock dan lambakan kedai membeli belah.
|
benda wajib saya beli kalau ke Australia |
Makanan Halal? Jangan risau..deret-deret Surfer Paradise ada banyak makanan Halal.. anda boleh makan kebab, atau pun Nandos. Restoran Malaysia pun ada tapi agak mahal sedikit.
Hari 2 : Seaworld
GC ni penuh dengan theme park - sebab itu GC dikenali dengan tagnya " Famous With FUN!!" Apa yang fun?? Sebab ia dikenali dengan pelbagai tempat menarik yang amat sesuai untuk keluarga. Hari 2 = seaworld!!
Walaupun namanya Seaworld ia bukan bermakna anda kena main permainan air di sini. Disini tarikan utama ialah hidupan air + taman tema. Anda boleh lihat pelbagai hidupan air dipamerkan disini termasuklah jerung, pertunjukkan ikan lumba-lumba & singa laut.
|
Before Dolphin show |
|
Ni surau.. |
Seaworld digalakkan sehari disini. Masuk jam 10am balik jam 4pm. Kenapa? Sebab anda boleh tengok pertunjukkan, naik monorail, bermain roller coaster . Untuk budak-budak boleh lah ke Nicklodeon World. Sini anda boleh lah berjumpa Dorra The Explorer dan Sponge Bob.
Bab Makan tak usah risau - boleh makan Fish and chip yang sedap di sini. Surau pun ada jika anda nak solat.
Salah satu tarikan anda kena cuba ialah Storm Coaster. Ini memang terbaik dan awesome!!!
|
storm coaster - sorry camera problem |
|
Ni tuk budak-budak |
|
Malam-malam kenalah ronda SF |
Hari 3 : Movie world
|
Superman ...tadaa! |
Dah ke Seaworld semalam, hari ini kita ke Movie World. Apa hebat sangat Movie World ni? Kalau tanya saya, MW ni lebih sesuai untuk mereka yang jiwa remaja (cewah ...!). Sini ada lebih 5 roller coaster dan semuanya memang AWESOME!!
Tapi sayang masa saya pergi Green lantern tutup pulak. Tak mengapa, ada banyak lagi roller coaster yang anda boleh cuba. Oh ya, MW ini terkenal dengan Warner Bros dan Marvel Comic. Jadi kalau anda peminat Bugs Bunny, Batman, Superman, Scooby Doo..jadi, disinilah tempatnya.
Tempatnya tak lah sebesar Seaworld, dan kebanyakan tempat bertutup. Cuma kalau nak naik roller coaster, tengok pada cuaca sebab kalau hujan, memang sah-sah tempat ditutup. Oh ya, kalau nak naik roller coaster, beg tidak dibenarkan dibawa. Jadi anda kena simpan beg tersebut di ruangan locker disediakan (bayaran dalam AUD2 kalau tak salah - untuk 2 jam).
OK..what next! Time to play around!!
|
Car stunt show |
|
Scoobydoo...best!!! |
|
Awesome Superman!! |
|
Mampu tak nak naik tu! |
Apa yang menarik - Scooby Doo best sebab roller coaster dia dalam gelap..agak melemahkan jantung jugak! Superman ...perghhhhhhh!!! Jangan kalau anda lemah jantung. Batman? Tak minat sebab tak berani nak naik kalau jenis solero shot. Yang lain-lain boleh cuba mainan air dan juga 4D movie. Kalau boleh anda kena stay sampai petang sebab ada parade yang menggabungkan watak-watak utama Warner Bros dan Marvel. Paling penting dont forget your camera!
Adakah wajib ke MW? Jawapan saya - kalau suka Roller coaster, ia WAJIB!
|
Ni Batman..pandang jelaa |
|
Parade hari last |
Selepas MW, balik ke SF dan enjoy la cruise...tapi sayang seribu kali sayang..time cruise itu hujan lebat!! Sabar jelah. Mood nak amek gambar tak jadi.
Hari ke 4: Dreamworld
Adeehhhhh....trip GC ni trip theme park ke? Tapi itulah yang menarik tentang GC. Sebenar ada banyak aktiviti selain masuk ke taman tema. Tapi kenapa Dreamworld? Sebab dreamworld adalah taman tema terbesar di Australia. Jadi adalah berbaloi ke Dreamworld, dan ia sebenarnya lebih berbaloi berbanding ke Seaworld & Movieworld.
Dreamworld ini menggabungkan taman tema, kawasan pameran haiwan, riadah dan pelbagai aktiviti yang lain. Semua all in one! Bab makan? Jangan risau, banyak makanan yang sedap di sini. Yang Halal hanya ada 1 restoran, tapi anda boleh gantikan dengan seafood kalau was-was.
Menariknya dreamworld ada banyak tarikan yang super duper mencabar! Jauh lebih mencabar dari Movie World. Jadi kalau anda sukakan cabaran, pergi Dreamworld sahaja sudah cukup memadai.
Apa menarik? Saya simpulkan dengan gambar-gambar jelah. Oh ya, disini ada surau juga, sama seperti di MW dan SW. Jadi, tak perlu risau ye.
|
BuzzSaw - ada berani |
?
|
Aku pandang je.. |
|
Takyah pergi Outback..sini pun ada |
|
Kawasan melihat buaya |
|
Bumper Car |
|
Ni restoran Halal .. ada surau |
|
Nak tengok Harimau? Sini la |
|
Tower of terror |
|
kalau taknak main extrem..main ni jela |
|
Pintu masuk Dreamworld |
Dreamworld memang best! Sibuk sangat dalam theme park sampai lupa nak ambil gambar. Tapi antara tiga-tiga theme park, saya katakan DW paling berbaloi! Tapi bergantung juga kepada niat anda ye!
Kesimpulan:
|
Sapa-sapa nak mandi laut |
|
Surfer Paradise area |
Fuh sekejap sahaja jadual GC ni rupanya..saya hanya bermalam 4 malam sahaja, sebab hari kelima saya sudah bergerak ke Brisbane. Tapi inilah hakikatnya, Gold Coast memang famous with fun. Saya akan kongsikan tips-tips secara kasar pada penulisan bahagian kedua.
Ringkasan - kalau nak trip yang berbaloi dan murah, saya cadangkan Gold Coast. Ia sangat menarik dan berbaloi. Anda boleh juga mandi laut kalau nak. Oops kalau sesiapa nak shopping souvenirs pun boleh..pandai-pandai lah cari ye.
Penulisan kedua akan menyusul.
Nak pakej murah? Email ke raja.azrul@gmail.com; saya akan bantu berikan idea dan harga terbaik.
Jom sertai saya ke Perth, 25 Ogos ini ..harga murah, pakej menarik.. sila klik
disini
Ada masalah dengan visa, ketahui tips dari saya d
i sini
rajaazrul
Comments
Saya mungkin pergi pada 31-4hb 2018 ni...
Boleh tanya ttg
-pengangkutan terbaik tp murah
-harga tiket ke semua taman tema/movie world diatas?
-penginapan bajet pula kalau ada
Boleh email pada saya raja.azrul@gmail.com
Saya cuba bantu.
Saya akan ke gold coast pada 19/1-23/1/2018..
Tapi saya kan stay d brisbabe sbb adik ada berkerja d sana.. Bleh x share aktiviti yg bleh saya lakukan d gold coast dan brisbane.. Terima kasih..
@rosli
Boleh email saya tak? raja.azrul@gmail.com
then dari situ kita berkongsi cerita