Posts

Showing posts from February, 2016

Ulasan Filem : Ola Bola

Image
Salam manis buat para pembaca, Saya amat jarang menonton filem melayu di wayang (maksud di sini, filem mempunyai skrip dalam Bahasa Melayu, buatan anak tempatan). Kali terakhir bila ya? Saya pun tak berapa nak ingat. Malah, saya juga jarang menonton wayang, mungkin faktor masa dan juga usia ..cewah. Entah kenapa, terdapat magnet yang cukup kuat untuk saya menonton filem ini. Bayangkan tidak pernah saya sanggup berbelanja untuk menonton filem di GSC dengan sistem Dolby Atmos (untuk pengetahuan - Atmos merupakan sistem bunyi terbaru di GSC, dan harganya mahal berbanding wayang biasa). Tetapi untuk filem Ola Bola, saya membenarkan segalanya. Malah saya sanggup untuk menonton seorang diri jika tiada rakan yang mahu teman - nasib baik ada rakan yang nak teman. Ola Bola - judulnya tidak lah cukup kuat diangkat karya komersil, tetapi setelah saya menonton trailer, terus saya jatuh hati dan meletakkan matlamat yang saya nak menonton filem ini. Alhamdulillah, impian tercapai - saya men