Posts

Showing posts from September, 2016

Jalan-jalan : Brisbane

Image
Salam 1 Malaysia semua, Kembali kepada mood penulisan. Kali ini saya nak menyambung penulisan saya iaitu ke Brisbane - ibu negeri Queensland. Ramai mungkin pernah dengar nama Brisbane? tapi tak pasti adakah Brisbane menarik untuk diterokai atau tidak, kali ini biarlah jari jemari ini bercerita sedikit. Pengenalan: Brisbane merupakan bandaraya ketiga terbesar di Australia, selepas Sydney dan Melbourne. Lokasinya terletak di timur laut Australia, dan ia juga merupakan pintu masuk utama bagi penerbangan antarabangsa yang ingin ke Gold Coast. Jarak Brisbane ke Gold coast hanyalah 1 jam sahaja dan dihubungkan melalui keretapi ataupun lebuhraya. Dari Gold Coast ke Brisbane: Perjalanan saya bermula di Gold Coast dan selama 5 hari saya berada di sana, jadi saya meneruskan perjalanan ke Brisbane. Dari GC ke Brisbane, anda perlu menaiki bas dan keretapi. Bas ada banyak dari Surfer Paradise. Oh ya, jika anda ingin menggunakan perkhidmatan awam, anda perlu membeli Go Card. Kenapa Go Ca