Jalan-Jalan : Milan & Venice (Bahagian 1)

Salam semua!

Aduhai maaf kalau blog ini berhabuk. Patutnya terus tulis sebab kepala masih "fresh". Tapi entah kenapa kali ini agak lambat.

Castle

Kali ini saya nak cerita pengalaman saya ke bumi Itali - yang sememangnya cukup terkenal di Eropah (dan Seantero dunia). Trip saya tak lama, hanya sekadar 5 malam. Tapi cukuplah untuk membeli belah dan menerokai tempat menarik di sana.

***
Itali merupakan negara yang cukup terkenal dengan sejarah empayar Rom. Selain sejarah yang berabad lama, Italy juga lengkap dengan makanan menarik, fesyen dan juga teknologi yang melebihi sempadan. Kembara saya hanya meliputi dua bandar - Milan dan Venice. Semoga ia memberikan panduan utama jika anda mahu ke sana.

Milan

Hari pertama





Saya tidak begitu arif tentang Milan sebelum ini. Pernah dengar tapi tak berapa tahu. Milan merupakan pusat ekonomi utama di Italy. Jika dibandingkan dengan Rome, Milan lebih maju dari segi infrastrukturnya.

Milan dikenali sebagai kota Fesyen. Ia juga dikenali sebagai shopping spot jika anda ke Italy. Ada banyak penerbangan untuk ke Milan. Saya cadangkan anda semua menaiki Emirates. Lebih selesa dan good connecting dari Kuala Lumpur.

Transit di Dubai ...almost 4 hours...krroooooohhhhh....
Peace dulu sebelum gerak!

Dalam penerbangan

Jauh perjalanan..akhirnya sampai
Tiba di Milan sekitar jam 9am. Masih lagi sejuk dan perlu jaket tebal. Oh ya, sini tak perlu borang pendaratan. Terus sahaja ke imigresen. Jujur saya cakap..imigresen dia adalah antara imigresen paling mudah sekali. Tak banyak tanya dan tak banyak halangan.

Welcome to Milan
Jarak dari airport Milan Malpensa ke Milan City lebih kurang 30 minit. Tapi kalau tiba pagi, agak-agak ...mestilah jalan jammed kan? Alhamdulillah saya ada driver yang datang ambil. Kos dia? biarlah rahsia..

Milan tour

Hari pertama of course kita buat city tour dulu. Milan ni banyak jalan kecil. Al maklumlah Europe kan. Kota Lama dan kota moden. Destinasi pertama ialah Sforza Castle - terletak tidak jauh dari Milan Catherdral. Memang cantik istana ni. Iyalah istana lamalah katakan. Dibina semasa Empayar Rome lagi, Istana ini amat sesuai untuk mereka yang meminati sejarah dan seni. Di sini juga ada artifak dan ukiran dari Leonardo Da Vinci. Siapa mamat ni? Sila google ye.

Terbaik

Dari istana ini, anda boleh berjalan terus ke Milan Cathedral, lebih kurang 20 minit. Nampak jauh 20 minit, tapi percayalah...mata anda akan terbeliak melihat kedai di kiri kanan..semuanya adalah Fashion street.

Kenapa Milan Cathedral? Ini merupakan ikon utama Milan. Tapi nak masuk dan panjat church ni kena bayar. Jadi saya rasa tak perlulah. Cukup sekadar mengambil gambar dari luar. Sebelah Church ini adalah mall. Nama mall itu adalah Galleria Vittorio. Di sini..semua brand terkenal terutama Italy, memang ada. Tapi harga? memang tepuk dahi lah.
entrance Mall
Milan Cathedral


Yang menarik sebab rekabentuk Mall ini. Klasik dan Elegant.

Duomo Galleria Vittorio
Paling best, inilah butik pertama Prada di dunia...betul atau tak? Betul la kot...



Suasana dalam Mall

Hotel saya pilih terletak di Corso Buenos Aires, Ini adalah lokasi terbaik kalau anda nak cari penginapan. Kenapa? Kawasan dia mudah nak dapatkan makanan Halal, kedai murah, dan juga shopping!! Tapi kalau nak cari souvenirs tulis Milan, memang susah ye. Kalau jumpa memang kira bertuahlah.


bilik ok, tapi kecil..4* local
Suasana Malam...yang sejuk tapi meriah!


Bab makan memang susah kat Itali ni. Ada kedai halal tapi tak banyak. Alternatif lain - boleh cuba untuk rasa pizza seafood dan spageti seafood dia. Tak salah rasa alang-alang kalau kat Itali kan. Salah satu restoran yang saya rekomen ialah Restoran Kashmir. Boleh kenalah dengan tekak kita yang suka makanan pedas ni.

Antara makanan Halal yang ada

Hari pertama lebih pada rehat dan relax. Nak jalan jauh pun tak larat. Jadi rehat jelah sambil cuci mata sekitar hotel.

Hari kedua:

Jalan menuju ke Como


Perjalanan di teruskan ke Lake Como. Terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari bandaraya Milan. Wow..kami dah sampai sempadan Swizterland. Memang nampak dah pergunungan Alps sekitar tasik Como ni.


Cantik dan tenang je

Tasik Como merupakan tarikan utama jika ke Milan. Memang cantik. Dikatakan musim sejuk lagi laa freeze..kalau musim panas, sini macam pesta. Alhamdulillah kat Como ada satu je kedai Halal. Tu pun jual pizza. Oklah dapatlah rasa kan.

Posing dulu
Salah satu gereja di sini


Kat sini, boleh naik boat cruise keliling tasik dan juga membeli souvenir sekitar como town. Tak banyak tarikan utama,selebihnya kepada pemandangan kawasan pergunungan Alps.
With my guide - lupa daa nama dia

Sebelah petang, sambung balik shopping kat Milan. Kali ini kita ke tempat lain pulak! Apa dia...tadaaa.......

Emirates..oh emirates
Milan Megastore


Peminat Milan FC!! Dapatkan jersi terbaik di Vittoria Emmanuel!

Ini adalah syurga bagi peminat jersi, plus kawasan ini juga adalah kawasan membeli belah paling elegant di Milan. Jangan lupa, cuba gelato...yummy! Sedap giler!!
Disney store pun ada

Gelato jangan lupa
Kawasan Vittoria Emmanuel ini merupakan kawasan membeli belah utama di Milan. Semua kedai terbaik ada disini. Harga lebih murah berbanding dengan Galleria Vittorio. Tapi kena hati-hati sebab kawasan sini ada juga pick pocket.

Manusia punya ramai

Surga bagi mereka yang kaki shopping!


Hari ketiga


Masuk hari ketiga...kali ini kita terjah Factory Outlet!! Nama dia ialah Seravalle Outlet. Berbaloi ke? Huhu ..kalau tanya saya, ada berbaloi, ada juga tak...



Ada harga kat sini murah, tapi pilihan taklah banyak sangat...

Jaraknya jauh gak..1 jam 30 minit dari Milan...

Beg tangan berbaloi kalau nak beli
Tapi sempat gak beli satu brand popular..Coccinelle ..beg tangan murah, less than RM600

Boleh claim tax kalau beli lebih EUR100

Tapi pandangan saya, macam kurang berbaloi ke Outlet ini. Lebih saya cadangkan untuk shopping di Corso Buenos Aires, kerana di situ lebih berbaloi dan banyak pilihan....


Hari keempat

Perjalanan hari ke-4 diteruskan ke Venice..jadi saya akan cerita pada penulisan akan datang...


Segala tips akan dimaklumkan kelak. Jika ada pertanyaan boleh terus email ke raja.azrul@gmail.com

~rajaazrul~





Comments

stenote said…
Foto-foto ynag menarik. Itali memang indah. Baca juga artikel di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2018/04/florence-di-piazza-del-duomo_11.html
Lihat video di Youtube di https://youtu.be/OVEs_zYK_FQ
Tq.Baca kerana nak ke Milan bulan Mei nanti.
Raja Azrul said…
@kakitravelkhairuddin
Wc, semoga membantu. Jangan lupa bawak duit banyak. Heaven for shopping
Yanzbob said…
Boleh tau hotel apa yg u ddk kt milan tu. ai plan nk ke milan cny nnt. Tq
Wak Lat said…
itali yg chantek..

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...