Posts

Showing posts from 2019

Aku dah berusia 35

28 Dec 2019 Alhamdulillah diberikan nafas, berusia 35 tahun secara rasmi pada hari ini. Meniti usia yang makin hari makin meninggi bukanlah sesuatu yang sukar. Pelbagai rintangan, walaupun kita tak tahu apakah lagi cabaran mendatang. Apa lagi aku harapkan pada 2020 - kereta terbang? Itu macam tak mungkin. Duit banyak? Gaji? Kebahagiaan? Apapun aku masih bersyukur dikurniakan rezeki berlipat ganda, keluarga yang baik, kawan-kawan yang sporting dan rakan sekerja yang memahami. Semoga apa yang ada dikekalkan dan diteruskan sehingga ke tahun hadapan. #rajaazrul

Amarah yang Marah

Image
Aku amat jarang marah Aku memang tak suka nak marah orang, sebab aku faham apa perasaan orang dimarah. Malah aku antara orang yang paling mudah diplomasi. tapi aku adalah manusia. Aku lelaki. Aku juga ada ego aku sendiri. Maka, diammu gunung berapi. Jangan dicabar ego lelaki, bahaya ia boleh memakan diri. Kerana mulut, badan binasa. Amarah yang marah rajaazrul

Wajah Baru

Image
#wajahbaru Coretan ringkas pada 13 Nov 2019 Yup, wajah baru untuk blog aku. Lebih kemas, mudah tersusun, tak serabut, dan bersasar. Terima kasih untuk mereka membaca. Mohon kongsi blog saya untuk tatapan umum. rajaazrul

EXIST REUNION - Ini Kali je

Image
  28 September 2019 Tarikh ini merupakan tarikh keramat buat peminat Exist. Buat julung kalinya, Exist telah mengadakan reunion yang bagi saya amat jarang dan sukar dibuat. Jujur katakan, saya merupakan peminat Exist. Jika dihitung tak banyak band saya minat. Kalau betul minat pun sama ada Slam ataupun Ukays. Beza dengan Exist, lagu-lagu Exist boleh dikira malar segar, bermula sejak awal 90-an sehinggalah tahun 2000 ke atas. Malah Exist tidak tenggelam walaupun bertukar penyanyi. Jadi dalam konsert ini, ia merupakan titik terbesar Exist menghimpunkan semua anggota Exist dari tahun 1991 sehinggalah kini. Saya minat Exist sejak lagi Untukmu Ibu lagi. Kalau orang dulu panggil lagu Oh Ibu. Bayangkan pada masa itu, lagu Oh Ibu juga dijadikan lagu untuk mendodoikan anak-anak kecil.Album pertama Exist antara album yang saya kira sebagai killer album, kebanyakan lagu dalam album tersebut adalah HITS. Mamat antara penyebab utama Exist naik. Aura Mamat tidak dinafikan sangat kua

Jalan-jalan : Panduan Memohon Visa Australia

Image
Salam semua, View of The Nobbies - Philip Island Saya dihujani pelbagai soalan berkaitan dengan visa Australia. Kebanyakan bertanya adakah visa Australia kali ini lebih sukar untuk dimohon? Dan bagaimana pula dengan prosedurnya. Baiklah saya rasa penulisan ini perlu untuk saya tuliskan beberapa tips dan langkah dalam memohon visa Australia. Perlu diingat, penulisan ini sah pada hari saya menulis (Ogos 2019) dan ia mungkin berubah dari semasa ke semasa. Penulisan dibawah berkaitan dengan visa melancong sahaja. Jika visa bekerja atau belajar, sila rujuk laman web Immigration Australia bagi keterangan lanjut. Pengenalan: Untuk memohon visa Australia, rakyat Malaysia antara golongan paling bertuah. Ini kerana Australia telah memperkenalkan ETA atau nama penuhnya Electronic Travel Authority. Kenapa ETA? Ia lebih mudah, murah dan ringkas. Anda hanya perlu memasukkan maklumat dan sedikit bayaran (sekitar AUD20), dan status visa anda diketahui dalam masa singkat. ETA han

Sentap tak kena tempat

Image
Saya jarang tulis benda bukan-bukan atau sindirian di media sosial. Terutama sekali di Facebook atau Insta, Malah bagi ia tak ubah seperti seorang pengecut, yang cuba menyembunyikan apa terbuku dalam hati tanpa luahkan pada medium yang betul. Saya tak kisah andai kata ingin menyindir mengenai isu berkait rapat dengan masalah sejagat, tapi tak guna menyindir sehingga persahabatan dibina, terkubur begitu sahaja. Sudah dimohon maaf melalui pesanan, namun diabaikan. Maka, sendiri yang sentap tak kira tempat. Maaf, saya jarang kecewa, tapi perkara begini buat saya jadi lagi kecewa. Tak mengapa, yakin pada Dia, masa itu ada. Buat si dia - terima kasih jadi sahabat untuk 5 tahun. RIP. p/s - menulis disini bukan bermakna aku pengecut. Sudah diutus maaf melalui pesanan tapi diabaikan. Maka, menulis disini merupakan medium terbaik rajaazrul

Kasut Hitam atau Kasut Putih?

Image
#sajanakpost Kali ini, saya nak cerita pasal isu pendidikan negara kita. Untuk pengetahuan 2021, merupakan pelaksanaan tunggal bahawa semua kasut sekolah perlu berubah wajah dari kasut putih ke kasut hitam. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Dr Mazlee pada satu kenyataan media sekitar Oktober 2018. Alasan diberikan oleh beliau, bahawa rintihan kaum ibu mengenai isu pemakaian kasut putih yang dikatakan cepat kotor, dan menyukarkan untuk mereka membasuh terutama pada hujung minggu. Saya tak kata nak menyokong atau menafikan perkara ini. Cuma saya terfikir, atas dasar KPM, adakah menukar kasut itu betul satu keperluan? Sebelum ini, kita sudah 60 tahun menggunakan kasut putih sebagai salah satu uniform rasmi, belum pernah lagi saya mendengar mana-mana surat terbuka dari persatuan ibubapa atau sekolah mengenai bantahan mengenai perkara ini. Jika alasan dikatakan kasut putih cepat kotor, maka kerajaan juga wajar mengkaji mengenai baju sekolah yang mana baju sekolah j

Berubah

Image
Fuh Sukar sebenarnya nak lalui Manusia berubah Manusia berubah tak mustahil orang kita kenal juga berubah berubah lebih baik atau buruk? Terpulang pada individu. Pandangan kita mungkin baik, pandangan mereka mungkin buruk. begitulah sebaliknya. Kita sudah besar, meniti usia. Perjalanan kita masih jauh, masih berliku. Dunia dikatakan penih dengan harapan, tapi ia bukanlah semanis bak dikata. Apa-apapun jika sudah berjaya, jangan lupakan mereka yang menolak kita naik ke atas. Mungkin pengorbanan ia kecil, tapi doa mereka besar. rajaazrul

Bijak Hartanah : Tips sebelum membeli Rumah

Image
Salam semua Kredit : Halalmoney.my Apa khabar rakan-rakan pembaca? Sedikit sibuk beberapa bulan, menyebabkan blog saya ter"usang" untuk seketika. Alhamdulillah rezeki 2019, saya telah berjaya membeli sebuah rumah, di mana? Di Sentul. Nama projek perumahan ini ialah M Centura, dimajukan oleh Mah Sing. Kenapa Sentul? Kenapa Mah Sing? Saya rasa saya tak perlu cerita dulu, sebab penulisan kali ini nak berkongsi tentang tips jika anda nak membeli rumah. M Centura - Kredit: propertyguru.com Ini adalah rumah kedua (atas nama saya), dan sebelum ini saya memiliki rumah di beli di Ipoh. Tapi kesemuanya adalah dibawah urusan ibu saya. Jadi untuk kali ini, memang betul-betul saya sendiri beli rumah, jadi barulah nak faham selok belok tentang hartanah ini. Jadi dibawah saya nak kongsi kepada anda semua tentang tips atau panduan sebelum nak beli rumah terutama sekali rumah pertama 1. Kenalpasti Bajet Bajet adalah faktor utama nak bel

Terima Kasih 2018

Image
Selamat tahun baru 2019 Blog saya sebenarnya dah berusia 12 tahun, maknanya...dah darjah 6. Ha ha...tak sangka masih aktif lagi memblog, hatta rakan lain semuanya dah tutup blog memasing. Tapi menulis adalah jiwa saya. Tak pernah pun nak buat duit. Cuma suka-suka. Walaupun saya tak menaip selalu dek urusan kerja tak habis-habis, tak mengapalah. Diteruskan jua. Menulis blog ini renyah sebenarnya. Tidak seperti FB, taip sahaja..dan share. Kalau viral, terus popular. Nak masukkan gambar video semua tidak masalah. Tapi blog ini, renyahnya..hanya orang yang menulis sahaja tau. Tapi bila difikirkan kembali, ia boleh dijadikan diari khas untuk kita, betul tak? Walaupun saya tak popular seperti bloggers lain, tapi alhamdulillah beberapa posting saya menjadi tips dan panduan buat mereka membaca. Antaranya, PTPTN, USA Visa, Naza Suria problem dan banyak lagi entri berkait rapat jalan-jalan. 2018 dah berlalu. Ikutkan angka 8 ni angka bertuah? tapi macam bukan untuk aku. Haha. Aku m