Posts

Showing posts from January, 2019

Terima Kasih 2018

Image
Selamat tahun baru 2019 Blog saya sebenarnya dah berusia 12 tahun, maknanya...dah darjah 6. Ha ha...tak sangka masih aktif lagi memblog, hatta rakan lain semuanya dah tutup blog memasing. Tapi menulis adalah jiwa saya. Tak pernah pun nak buat duit. Cuma suka-suka. Walaupun saya tak menaip selalu dek urusan kerja tak habis-habis, tak mengapalah. Diteruskan jua. Menulis blog ini renyah sebenarnya. Tidak seperti FB, taip sahaja..dan share. Kalau viral, terus popular. Nak masukkan gambar video semua tidak masalah. Tapi blog ini, renyahnya..hanya orang yang menulis sahaja tau. Tapi bila difikirkan kembali, ia boleh dijadikan diari khas untuk kita, betul tak? Walaupun saya tak popular seperti bloggers lain, tapi alhamdulillah beberapa posting saya menjadi tips dan panduan buat mereka membaca. Antaranya, PTPTN, USA Visa, Naza Suria problem dan banyak lagi entri berkait rapat jalan-jalan. 2018 dah berlalu. Ikutkan angka 8 ni angka bertuah? tapi macam bukan untuk aku. Haha. Aku m