Bijak Hartanah : Tips sebelum membeli Rumah












Salam semua

Hasil carian imej untuk beli rumah
Kredit : Halalmoney.my
Apa khabar rakan-rakan pembaca? Sedikit sibuk beberapa bulan, menyebabkan blog saya ter"usang" untuk seketika.

Alhamdulillah rezeki 2019, saya telah berjaya membeli sebuah rumah, di mana? Di Sentul. Nama projek perumahan ini ialah M Centura, dimajukan oleh Mah Sing. Kenapa Sentul? Kenapa Mah Sing? Saya rasa saya tak perlu cerita dulu, sebab penulisan kali ini nak berkongsi tentang tips jika anda nak membeli rumah.

Hasil carian imej untuk m centura sentul
M Centura - Kredit: propertyguru.com

Ini adalah rumah kedua (atas nama saya), dan sebelum ini saya memiliki rumah di beli di Ipoh. Tapi kesemuanya adalah dibawah urusan ibu saya. Jadi untuk kali ini, memang betul-betul saya sendiri beli rumah, jadi barulah nak faham selok belok tentang hartanah ini.

Jadi dibawah saya nak kongsi kepada anda semua tentang tips atau panduan sebelum nak beli rumah terutama sekali rumah pertama

1. Kenalpasti Bajet


Hasil carian imej untuk ringgit

Bajet adalah faktor utama nak beli rumah. Berapa kita mampu bayar sebulan? tapi kalau di KL/lembah kelang ini, harus berpijak di bumi nyata. Range harga rumah di sekitar sini sekitar RM250K ke atas. Ya, mungkin boleh dapat rumah yang murah, tapi perlu diingat, anda perlu menyediakan deposit/ duit tempahan sekitar 15% dari harga rumah.

Saya cadangkan anda buat sedikit simpanan dalam 10-15% dari harga bajet rumah yang anda ingin beli, terutama jika rumah subsales.

2. Kawasan

 Hasil carian imej untuk mrt malaysia


Ini faktor penting dalam memilih rumah. Kawasan juga memainkan peranan. Adakah rumah yang anda ingin beli berhampiran dengan kemudahan seperti sekolah, kedai, stesen minyak? Dekat dengan LRT/MRT? atau berada di kawasan bandar? Jika anda memilih untuk tinggal, adakah ia dekat dengan tempat kerja anda?

Di sekitar lembah Klang, hot cakes adalah jika rumah tersebut dengan LRT/MRT. Nak lagi bagus, kalau ada walk path ke LRT, lagi senang! Tapi biasanya harga rumah yang macam ini akan cepat naik, berbanding dengan kawasan yang jauh dari kemudahan awam.

Selain dari train, anda harus pertimbangkan kawasan yang mudah akses. Senang ke lebuhraya utama, tidak sesak dan kawasan yang selamat ( juga penting ni).

3. Nak Tinggal atau disewakan?

Rumah merupakan aset paling berharga, dan ramai berpendapat, beli rumah adalah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Saya akui perkara ini. Mak saya beli rumah di Taman Melati, tahun 1988 sekitar RM120k sahaja, dan dijual pada 2008, sebanyak RM300K. Kalau tahun ini 2019, tak mustahil nilainya sudah mencapai RM600K ke atas.

Jadi, anda perlu nilai terlebih dahulu niat anda nak beli rumah. Jika mampu untuk tinggal, tiada masalah. Jika tidak, anda boleh jadikan aset terlebih dahulu. Jual sekitar 10 tahun dan beli rumah impian anda. Ingat! Rumah pertama tak semestinya rumah impian anda.

Cuma jika disewakan, banyak perkara juga perlu ambil kira. Al-maklumlah nak cari penyewa yang bagus bukan mudah.

4. Saiz rumah


Hasil carian imej untuk eco hill semenyih
Credit : Propsocial

Saiz dan keluasan rumah juga memainkan peranan. Di KL, makin besar rumah, harga pun akan meningkat. Sekarang banyak pemaju menggunakan konsep smart homes. Lebih kurang konsep studio, kecil, kompak dan pintar. Mungkin ini sesuai untuk golongan eksekutif bandar.

Kalau nak cari rumah landed baru (terutama di KL) memang sangat susah, dan anda hanya boleh dapat sekiranya keluar kawasan (itupun di Rawang, Semenyih atau Kajang). Jika anda mempunyai keluarga yang kecil, sudah semestinya saiz rumah memainkan peranan.

Tapi pandangan saya, lihat kembali kepada kewangan dan niat anda nak beli rumah. Jika masih belum berkemampuan mendapatkan rumah bersaiz besar, cuba dulu dengan konsep pelaburan. Beli rumah kecil, sewakan dan jual.

Oh ya, rumah PRIMA dan RUMAWIP serta rumah Selangorku banyak menawarkan size rumah sesuai untuk keluarga kecil pada harga yang murah. Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli projek perumahan begini. Tetapi projek perumahan kerajaan ini ada syarat-syarat tertentu untuk dipertimbangkan.

5. Kelayakan

Hasil carian imej untuk kelayakan pinjaman perumahan
Credit : kakiproperty
Fuh, part ini paling mencabar. Adakah anda layak nak beli rumah? Maksudnya, boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah. Secara jujur, kebanyakan bank  agak tegas dalam soal pemberian pinjaman. Anda perlu ketahui, adakah anda mempunyai rekod CCRIS yang kurang cantik. Atau pendapatan anda benar-benar mencukupi untuk membeli sebuah rumah.

Untuk semak kelayakan, mudah sahaja, buat kiraan DSR (boleh google DSR calculator) rumah anda, dan pastikan ia tidak lebih dari 60%. Jika lebih, mungkin agak sukar untuk mendapatkan pinjaman. CCRIS yang baik juga amat memainkan peranan. Jika DSR anda bagus, tapi CCRIS anda teruk, maka susahlah nak mendapatkan pinjaman. Saya akan kongsi tips berkait rapat dengan pinjaman untuk penulisan akan datang.

Jika anda tidak mempunyai sebarang komitmen, agak sukar juga bank nak meluluskan pinjaman. Cara terbaik ialah membuat permohonan kad kredit atau pinjaman peribadi (yang murah). Bayar ikut jadual selama 6 bulan. Dari situ anda sudah mempunyai rekod bank yang cantik.

***
 
Ok itulah beberapa tips asas sebelum membeli rumah. Saya akan ceritakan serba sedikit mengenai langkah seterusnya jika anda dah bersedia membeli rumah termasuklah dari segi pinjaman, dokumen dan sebagainya. Saya bukan agent hartanah atau pakar hartanah, saya cuma menulis berdasarkan pengalaman saya sebagai rakyat biasa.

rajaazrul



Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...