Kasut Hitam atau Kasut Putih?







Image result for kasut hitam atau putih



#sajanakpost

Kali ini, saya nak cerita pasal isu pendidikan negara kita. Untuk pengetahuan 2021, merupakan pelaksanaan tunggal bahawa semua kasut sekolah perlu berubah wajah dari kasut putih ke kasut hitam. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Dr Mazlee pada satu kenyataan media sekitar Oktober 2018.

Alasan diberikan oleh beliau, bahawa rintihan kaum ibu mengenai isu pemakaian kasut putih yang dikatakan cepat kotor, dan menyukarkan untuk mereka membasuh terutama pada hujung minggu. Saya tak kata nak menyokong atau menafikan perkara ini. Cuma saya terfikir, atas dasar KPM, adakah menukar kasut itu betul satu keperluan? Sebelum ini, kita sudah 60 tahun menggunakan kasut putih sebagai salah satu uniform rasmi, belum pernah lagi saya mendengar mana-mana surat terbuka dari persatuan ibubapa atau sekolah mengenai bantahan mengenai perkara ini.
Image result for kasut hitam atau putih

Jika alasan dikatakan kasut putih cepat kotor, maka kerajaan juga wajar mengkaji mengenai baju sekolah yang mana baju sekolah juga berwarna putih. Saya juga tidak faham hala tuju pakatan harapan dalam membentuk acuan pendidikan kita bagaimana. Sekolah bukan lah tempat uji kaji yang mana kita menjadikan anak-anak kita sebagai tikus makmal.
Banyak lagi perkara penting, yang wajar KPM perlu fokuskan. Saya mengambil contoh, bagaimana isu mengenai sekolah daif, kes sekolah tahfiz, pelaksanaan dan memupuk ke arah perpaduan nasional, kes beg berat dan disiplin anak kita yang semakin ke laut. Perkara ini perlu dirangka oleh kementerian bukan sekadar menyentuh isu kasut hitam yang dikatakan isu itu dirungut oleh ibu bapa

Jika ditanya saya, kasut putih lebih wajar dikekalkan mengambil kira faktor berikut:

1. Kebersihan
Putih melambangkan kebersihan. Ia menjadi indikator, adakah anak-anak membasuh kasut sekolah pada hujung minggu atau tidak, Jika kasut hitam, berkemungkinan kasut dibasuh sebelum sekali. Tidak kena gaya, ia juga boleh menyimpan bau kurang menyenangkan.

2.Selari dengan uniform
Baju putih, seluar gelap , kasut putih, ini adalah kombinasi yang sesuai. Tapi kalau kasut hitam, ia seperti ada yang tak kena. Malah jika diambil gambar, seperti tidak sesuai dengan untiform tersebut.

Hasil carian imej untuk singapore primary school uniform


Jika dilihat di negara jiran, Singapura, mereka masih mengekalkan kasut putih, yang dikatakan bagus untuk mendisplinkan pelajar. Malah, Indonesia dan Thailand (walaupun menggunakan kasut hitam) mereka menggunakan stokin putih, dan menjadi indikator kepada kebersihan pelajar itu sendiri.

Oh ya saya pernah berbual dengan rakan cina saya, ada antara ibu bapa masih suka menggunakan kasut putih, kerana warna hitam seperti sesuatu yang "pantang" dalam masyarakat cina. Malah mereka menganggap, menggunakan warna putih dalam sekolah, melambangkan kebersihan bagi murid-murid. 

Kini, kapur kasut menunggu masa untuk masuk muzium sahaja, dan ia bukan lagi satu perkara yang akan dibuat bersama pada hujung minggu Saya tak pasti, dengan perubahan dibuat, adakah ia membawa kebaikan secara holistik atau sekadar memuaskan hati segelintir pihak sahaja.

Harapan saya satu sahaja, jangan disentuh perkara yang tidak perlu, sebaliknya fokus pada perubahan yang lebuh drastik. Bab kata Farouk Hussein dalam twitternya mengenai isu kasut tersebut.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...