Jalan-jalan : Panduan Memohon Visa Australia






Salam semua,

View of The Nobbies - Philip Island

Saya dihujani pelbagai soalan berkaitan dengan visa Australia. Kebanyakan bertanya adakah visa Australia kali ini lebih sukar untuk dimohon? Dan bagaimana pula dengan prosedurnya. Baiklah saya rasa penulisan ini perlu untuk saya tuliskan beberapa tips dan langkah dalam memohon visa Australia. Perlu diingat, penulisan ini sah pada hari saya menulis (Ogos 2019) dan ia mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Penulisan dibawah berkaitan dengan visa melancong sahaja. Jika visa bekerja atau belajar, sila rujuk laman web Immigration Australia bagi keterangan lanjut.


Pengenalan:

Untuk memohon visa Australia, rakyat Malaysia antara golongan paling bertuah. Ini kerana Australia telah memperkenalkan ETA atau nama penuhnya Electronic Travel Authority. Kenapa ETA? Ia lebih mudah, murah dan ringkas. Anda hanya perlu memasukkan maklumat dan sedikit bayaran (sekitar AUD20), dan status visa anda diketahui dalam masa singkat.

ETA hanya diberikan kepada negara-negara tertentu sahaja. Antaranya, Singapura, Brunei, Hong Kong dan USA. Jika tiada kemudahan ETA, pelancong perlu memohon secara manual dan kosnya jauh lebih mahal.

Memohon ETA


Anda mempunyai dua cara, sama ada lakukan sendiri, atau mendapatkan perkhidmatan agensi pelancongan. Jika memohon sendiri, kos ada sekitar AUD20/seorang (sekitar RM60). Sekiranya memohon melalui agensi pelancongan , kos sekitar RM30-RM50 dan ada agensi menawarkan perkhidmatan percuma sekiranya membeli pakej bersama mereka.

Untuk memohon sendiri, dokumen diperlukan seperti berikut:
1. Passport yang sah pada tarikh berlepas
2. Tiket penerbangan (jika tiada, tidak ada masalah)

Sila lawati laman web disini

Masukkan semua maklumat diperlukan. Given names - nama kita, Family names - nama ayah kita.
Bagi kaum Cina, given name adalah dua perkataan terakhir, dan family names adalah nama didepan.

Masukkan semua maklumat seperti tarikh luput, lokasi dan alamat, email, nombor telefon. Bayaran perlu dibuat pada penghujung laman.

Jika visa anda lulus, anda akan menerima email rasmi dari embassy. Tidak perlu print, cuma cukup sekadar membawa pasport anda ke lapangan terbang.





Soalan sering ditanya (saya jawab berdasarkan pengalaman, ini bukan jawapan dari pegawai atasan imigresen)

1. Visa saya lulus, adakah saya boleh travel ke Australia dengan selamat?
Yup, jika ikutkan anda layak untuk ke Australia, namun perlu diingatkan, pegawai imigresen mempunyai kuasa menghalang anda untuk ke Australia, sekiranya dirasakan perlu. Jadi, sila bawa dokumen seperti pengesahan hotel, tiket penerbangan, jadual lawatan andai kata anda pergi ke Australia bersama dengan kawan-kawan.

2. Apa perlu saya lakukan jika visa saya TIDAK lulus?
Sila ke laman web disini, dan kemukakan rayuan. lengkapkan borang, dan semua maklumat diperlukan oleh visa Australia. Anda tidak boleh ke imigresen secara terus, kerana mereka tidak akan melayan anda. Permohonan dan keputusan rayuan biasanya memakan masa sekitar 3 minggu.

3. Bila waktu sesuai memohon visa Australia?
Atas nasihat Tourism Australia, sebaiknya 3 minggu ke atas. Elakkan last minute, berkemungkinan visa tidak lulus dan ia mungkin menghalang anda untuk ke Aussie dengan mudah.

4. Ada tak sebab kenapa visa saya tidak lulus?
Susah nak cakap. Ia bukan bidang kuasa saya. Faktor seperti umur, gaji, atau pekerjaan juga main peranan. Mungkin ada pernah ke Australia sebelum ini, pernah dikenakan tindakan undang-undang.Ia terlalu umum, dan sukar diramal.

5.Perlu beli tiket atau apply visa dahulu?
Langkah terbaik, dapatkan visa dahulu, bagi mengelakkan kesulitan. Menjadi masalah kerana Air Asia selalunya akan ada promo setahun awal. Sebaiknya semak terma dengan penerbangan, andai kata visa tidak lulus adakah boleh mendapatkan refund atau sekadar burn begitu sahaja.

Diharap tips diatas dapat membantu rakan-rakan untuk melancong ke Australia. Jangan risau, ia tidak lah serumit sebagaimana disangka. Cuma saya nasihatkan sekiranya ada masalah semasa memohon, jangan merungut di media sosial. Sebaliknya selesaikan cara berhemah.




Selamat mengembara ke bumi Australia

Jika ada pertanyaan lain, boleh kemukakan di ruangan komen, insyaallah saya cuba menjawab kembali.

rajaazrul
Official Aussie Specialist member



Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...