EXIST REUNION - Ini Kali je

 Hasil carian imej untuk konsert exist reunion"





28 September 2019

Tarikh ini merupakan tarikh keramat buat peminat Exist. Buat julung kalinya, Exist telah mengadakan reunion yang bagi saya amat jarang dan sukar dibuat. Jujur katakan, saya merupakan peminat Exist. Jika dihitung tak banyak band saya minat. Kalau betul minat pun sama ada Slam ataupun Ukays.

Beza dengan Exist, lagu-lagu Exist boleh dikira malar segar, bermula sejak awal 90-an sehinggalah tahun 2000 ke atas. Malah Exist tidak tenggelam walaupun bertukar penyanyi. Jadi dalam konsert ini, ia merupakan titik terbesar Exist menghimpunkan semua anggota Exist dari tahun 1991 sehinggalah kini.

Saya minat Exist sejak lagi Untukmu Ibu lagi. Kalau orang dulu panggil lagu Oh Ibu. Bayangkan pada masa itu, lagu Oh Ibu juga dijadikan lagu untuk mendodoikan anak-anak kecil.Album pertama Exist antara album yang saya kira sebagai killer album, kebanyakan lagu dalam album tersebut adalah HITS.

Mamat antara penyebab utama Exist naik. Aura Mamat tidak dinafikan sangat kuat. Sampaikan nama sepupu saya juga dipanggil Mamat (lahir pada masa kegemilangan Exist). Aura Exist juga menjadi siulan bagi saya dan adik saya. Masih teringat Arwah Papa pernah mengambil video kami berdua, dan waktu itu Angah menyanyikan lagu Exist -Rahsia Pohon Cemara. Tapi sayang, video itu sudah hilang semasa proses kami berpindah rumah.



Lagu Exist boleh dikatakan mengiringi perjalanan kisah hidup saya. Hatta bertukar penyanyi, Exist masih Exist. Bayangkan lagu hits Mengintai Dari Tirai Kamar (masa tu saya tak faham definisi lagu ini), Masih Terserlah Ayumu, Diammu Gunung Berapi dan banyak lagi, boleh dikatakan menjadi hits. Exist terus menyerlah walaupun ketiadaan Ajai, dengan lagu Jesnita, Julia, Seperti Dulu dan Kerana Percayakan Siti.

Muzik Exist bukan sekadar lagu meleleh atau cintan. Mereka boleh menjadi rock band, Alternative, Britpop, dan macam-macam lagi. Saya kagum, Exist mempunyai ahli yang sempurna - kesemua ahli Exist mempunyai resume yang cukup kuat dalam industri.

Tidak hairan, sewaktu menonton konsert, saya rasakan seperti menonton satu gabungan pemuzik yang sangat profesional. Cukup puas! 2 jam 30 minit dirasakan begitu pendek. Vokal bertenaga Mamat dan Ezad memang mewarnai keseluruhan konsert. Itu belum lagi adunan padu Musa, Ajai, Ujang, Shah dan Along - menjadikan konsert ini sukar dicari salah silapnya.

Hujan yang turun sebelum bermula konsert tidak menghalang saya dan adik saya menonton konsert ini. Bayangkan penonton terdiri dari pelbagai latar belakang, ada yang datang dari jauh semata-mata nak menonton konsert mega ini. Jika dihitung, saya rasa hampir 5 ribu orang hadir pada konsert ini.

Salah satu keunikan konsert ini juga kerana ia mempunyai lirik yang dipaparkan di ruangan LCD. Jadi ia seperti satu bilik karoke yang sangat besar, jadi semua orang boleh menyanyi bersama. Bezanya, kita menyanyi bersama dengan penyanyi original bukan penyamar :)

Tahniah buat abang-abang Exist. Percayalah konsert ini merupakan perlu diteruskan ke Indonesia, Pantai timur, dan Sabah Sarawak. Ramai lagi rakan luar sana yang minat dan menyokong konsert Exist. Jika dibuat lagi, saya antara orang yang pasti akan kembali menonton konsert ini.


3 lagu terbaik semasa konsert:

1. Masih terserlah ayumu
2. Nota dilautan sepi
3. Bunga

Lagu lain pun best juga. Tapi ini lagu yang saya rasa melekat dalam kepala sehinggalah sekarang. 









Antara babak menarik konsert
1. Mamat junior pada awal sebagai permulaan perjalanan Exist
2. Break sekejap sahaja. Tak terasa walaupun break sekejap itupun penonton boleh menonton video semasa break.
3. Penonton yang datang memang jauh berbeza berbanding saya menonton konsert Dayang dulu
4. Ada sesi bagi hadiah untuk peminat duduk kat depan.

Maaf video tak boleh upload kat sini, disebabkan saiz agak besar. Saya boleh kongsikan cuma di Facebook.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...