Posts

Showing posts from 2020

2020 : bukan tahun terbaik

Image
 Sedar atau tidak,  Kita sudah hampiri -penghujung 2020. Aku rasa 2020 - bukanlah tahun terbaik untuk aku. Kenapa? 2020 ujian Covid 19 melanda, dan kesanya memang sangat teruk terutama aku yang bekerja dalam sektor pelancongan. Ramai akan komen " sabar lah, ada hikmah" tak pun akan cakap "semoga dipermudahkan" Iya, tak mudah ya bekerja dalam sektor risiko (pada masa kini). Kita boleh cakap sahaja sesedap rasa (mungkin nak memujuk hati), tapi diri sendiri yang berada dalam sektor ini bukan semudah disangka. Nak mohon kerja baru, bukan mudah juga. Berapa ramai graduan luar sana masih makan pasir, itu belum lagi mereka yang dibuang kerja. Buat bisnes? Mungkin mudah - tapi perlu kecekalan, kesabaran dan pentingnya, memakan masa. Dunia pelancongan ibarat nyawa bagi aku. Keseronokan mengembara (walaupun penat), melihat telatah masyarakat dan juga bagaimana tekanan dibuat kalau nak menyelesaikan sesuatu tugasan - bukan mudah disangka. Aku masih bersyukur, masih bertahan, m

JANGAN BERI HARAPAN

Image
Berhati-hati apabila bicara  Jangan mudah berikan harapan, jika sendiri tidak ikhlas untuk menyatakan ia.  Dalam dunia penuh polemik ini, harapan adalah sesuatu mudah diucapkan tetapi sukar dilaksanakan.  Semoga ia ada sinar, dihujung. Penuh cabaran dan halangan.    rajaazrul

Kisah Onion : Lama tak update

Image
Dunia semakin mencabar Virus ini rasanya macam susah nak hilang  Takut sebenarnya? Hati berbelah bahagi, kerjaya, family + life? Lubuk emas aku sebenarnya di Kuala Lumpur. Mana mungkin aku kembali ke kampung, Tapi kalau itu jalan terbaik -aku tak boleh buat apa dah. Aku takut sangat jika perkara itu berlaku Kisah onion masih diteruskan. Sayang ? Yes, masih sayang. Cuma fokus masih diteruskan dalam arus dunia kian mencabar ini. Bersabarlah untuk mendapat hasil - it's take time! Tulisan fantasi rajaazrul

KISAH ONION : AKU SAYANG DIA

Image
Ipoh - we meet, we ate, we explore   Malam tadi Aku menangis seperti seorang bayi Kenapa? Hati aku jadi sayu sangat..sayu dan rindu sangat pada dia. Aku taktau aku mampu untuk bahagiakan dia atau tak.  *** Wahai Onion, Andai kata dia baca " Dengarlah wahai sayang Abang amat sayang padamu. Sangat sayang! Sayang abang tidak boleh diukur dengan apa pun. Abang takut kehilangan sayang, sangat takut. Abang juga takut rasa cinta sayang pada abang hilang ".  " Abang rindu sangat setiap hari, tatkala tak mesej atau lambat mesej pun abang rasa gundah gulana, apatah lagi diam seribu bahasa. Abang terlalu sayang padamu. Abang ucapakan terima kasih kerana hadir dalam hidup abang, walaupun abang tak tau berapa lama kita akan bersama"  " setiaa barang sayang bagi, abang akan simpan. Abang akan jaga, malah abang sanggup simpan walaupun ia sudah tidak mempunyai rupa" Abang sayang sangat! Ikutkan hati aku - setiap hari aku nak jumpa dengan dia. Aku nak bermanja dengan dia,

Kisah Onion : semakin kuat

Image
Kembali dengan kisah Onion! Pada awalnya aku merasakan semua ini cuma fantasi. Biasanya - aku melihat dan membaca novel fantasi perempuan, kisah anak dato, bisnes juta-juta. Semua ini cuma la fantasi. Aku juga ralat - jika menceritakan kisah cinta. Bagi aku, orang yang bercinta ini lemah. Kenapa? setiap masa nak bersama. Gila apakah? Kini aku faham, kenapa mereka berbuat demikian? Perasaan sayang, tidak mahu lepaskan orang tersayang itu wujud. Malah ia menjadi lagi kuat, semakin kuat hari demi hari. "Onion" menepati karektor yang selama ini aku cari. Bodoh dulu aku main-mainkan perasaan dia. Sekarang, baru aku sedar, bunga yang aku cari selama ini ada sahaja depan mata. Kerap aku bertemu dengan "Onion". Segala segi kami mencari peluang, mengenali dengan  lebih dekat. Jika dulu, sebulan sekali sahaja.  Kini, kami rasa nak jumpa setiap hari. Aku kesian pada "Onion". Kadang-kadang dia sendiri terpaksa datang berjumpa dengan aku. Iyalah, faktor masa dan kesesu

Melancong Era Normal Baharu

Image
Salam sejahtera semua! Kita semua sedia maklum, wabak pandemik Covid 19 memberikan kesan yang cukup mendalam pada pelbagai sektor termasuklah sektor pelancongan. Jika dilihat, sektor pelancongan merupakan sektor pertama telah terkesan akibat wabak yang bermula Januari 2020. Banyak progam dan penerbangan antarabangsa (kebanyakannya) dibatalkan.  Kesan utama, sudah semestinya bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor ini, dari segah penerbangan sehinggalah pengusaha chalet kampung, pendapatan mereka sedikit sebanyak terjejas akibat pelaksanaan PKP pada Mac lalu. Kini, Malaysia sudah memasuki fasa pemulihan. Jika dilihat kes harian (pada artikel ini ditulis), hanya menunjukkan purata 10 kes sehari, dan kebanyakan yang dijangkiti adalah disebabkan oleh kes import dan pekerja asing. Tapi bersediakah kita untuk melancong embali? Suka atau tidak, melancong sebenarnya sudah menjadi fasa dalam hidup seorang manusia. Bohong kalau ada antara kita tidak suka melancong (apatah lagi jik

KISAH ONION : TRUST

Image
Semalam Sekali lagi kita berhubungan Tapi entah kenapa, perasaan aku menjadi semakin takut? Aku takut aku akan kehilangan dia.  Kisah onion ni memang gila. Hampir setiap hari aku menangis kerana dia. Oh ya betul la.. bawang boleh menyebabkan mata kita berair.  Aku tak benci bawang. Aku antara peminat bawang terutama kalau makan dengan satay. 😂  Tapi itu bukan perkara utama dalam cerita ini.  Aku takut perasaannya akan hilang pada aku. Aku takut sangat-sangat. Membuatkan dia berbelah bahagi, kadang-kadang menjadikan aku takut. Aku tak boleh lari atau menipu diri, semua aku telah jujur pada dia. Aku taktau berapa lama aku bertahan dengan kisah onion. sebulan? setahun? entahlah trust dan percaya aku berikan pada dia pada tahap tertinggi.

Kisah Onion : Setia Menunggu

Image
Setia menunggu Dia kembali lagi, meluahkan apa terpendam di dalam jiwa. Nyata, sangkaan aku meleset. Dia kata dia masih sayang pada aku. Tak boleh, katanya dia nyaris goyang bila aku dah luahkan semuanya. Mana mungkin, adakah aku digelar perampas? Kejam? Ada yang kata, tak perlu kacau milik orang. Tapi dia sendiri menafikan. Dia tak mampu untuk lupakan aku. Adakah aku sebenarnya yang bersalah. Aku cuma inginkan pecahkan kotak , yang selama ini membelenggu aku. Apabila telah ku luahkan, aku tahu, banyak kemungkinan telah berlaku. Maafkan aku Tidak terniat nak buat keadaan menjadi serba salah. Syawal - dia menghantar ucapan ringkas " sabar, suatu hari, masanya akan tiba" Kini - aku tiada apa boleh buat kecuali setia menunggu. Adakah Onion bakal kembali padaku atau tidak? Jawapan itu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Bak kata PM kita, kepada Allah aku berserah. rajaazrul

Kisah Onion - Kegilaan apakah ini?

Image
Ini adalah bawang Kuning 18 Mei 2020 Aku telah luahkan pada dia, apa isi hati aku. Aku gelar dia Onion. Kenapa? ada dua faktor. Satu - dia tak makan bawang ( haha) Kedua - dia usaha sayang aku, dan nak aku tahu isi hati dia seperti lapisan bawang. Dari situ aku terus jatuh cinta dengan lagu Onion nyanyian Aska Yang, lagu yang dalam maknanya buat aku. Onion sebenarnya dah lama jatuh cinta pada aku. Sejak 8 bulan lepas lagi. Macam-macam dia buat nak menangi hati aku. Tapi biasalah, aku amat takut nak jatuh cinta. Hajat nak tamatkan zaman bujang, tapi bukan semudah di sangka. Pelbagai perkara bermain dalam fikiran aku, pasal kerjaya, keluarga, masa depan. Aku sendiri takut dengan bayang-bayang sendiri. Tapi takdir mengubah segalanya, 16 Mei 2020 - hari guru, dia datang berjumpa aku, menyatakan dia dah dimiliki. Luluh rasanya, cuma aku tak boleh nak kata apa. Sendiri yang cari nahas, betul tak? Keberanian mengatasi segala-segalanya. 18 Mei aku luahkan semuanya. Aku minta maaf padanya keran

Be Strong My World

Image
Be Strong! Just a simple word, please stay at home and we need to fight together this virus. We need to be New normal things, all must be outside from the box. I missed my USA 2018 trip, even Italy trip last 2016. I believe all of you will be safe and keep strong in fighting. It is not be easy, but as human, I believe it will not be long lasting. It just matter of time. For those in travel-line, please be strong. It is not easy, travel line only will be last to be recovered. Work smart, and be patient. Frontliner  - thanks to be our hero. Thanks and salam ramadan. rajaazrul

Ulasan Filem : Daulat ( 2020)

Image
Salam berkurung semua!  Jangan marah, sebab penulisan ini ditulis semasa tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac yang lalu. Sedar tak sedar kita dah menginjak hari ke 22 tempoh PKP. Baiklah saya taknak ulas mengenai PKP dan kesannya. Cukup lah kalian membaca ulasan yang muncul dalam Facebook yang begitu banyak sekali. Kali ini saya nak berkongsi mengenai satu filem yang baru keluar di Iflix (jangan salah faham bukan Netflix), iaitu Daulat. Filem ini sebenarnya sepatutnya ditayangkan di pawagam. Tapi atas faktor sensitivity, filem ini tidak dapat ditayangkan di panggung sebaliknya ditayangkan melalui platform digital Iflix. Buat mereka yang tidak ada Iflix, tak perlu risau kerana ia adalah percuma dan anda boleh menonton di mana sahaja selagi mempunyai akses internet. ULASAN: Filem Daulat merupakan filem pertama diarahkan oleh Imran Sheik, dilakonkan oleh Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Filem berdurasi 1 jam 45 mini

Kisah Onion : Dia hadir

Image
Siapa sangka, Dalam serimbum rumput Dia hadir Mana mungkin aku bisa memetiknya lagi Aku ingin dia mekar Supaya dia tahu Nikmat nya akan dirasai tidak lama lagi Maafkan aku sebab aku masih belum bersedia Bukan bermakna aku lari cuma masa belum tiba Apabila tiba Aku harap ia tidak dipetik orang Tapi andai ia dipetik orang Aku redha rajaazrul

TRAVEL TIPS FOR COVID 19 ISSUE

Image
Salam semua! Sebagaimana kita tahu, kes Covid 19 makin hari makin menaik. Tidak dinafikan, banyak sektor terkesan termasuklah sektor pelancongan. Pada hari ini (06 Mar 2020) sudah 55 kes dilaporkan di Malaysia, 33 kes adalah aktif dan masih dirawat. Bagaimana dengan anda yang sudah membuat perancangan untuk melancong musim wabak ini? Arab Saudi telah membekukan semua visa ke Arab Saudi terutama bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Kesan kes Covid ini dijangka akan berlarutan 3-6 bulan lagi, selagi saintis masih belum menjumpai sebarang bentuk penawar atau vaksin. Bagi mereka yang tidak dapat elak untuk melancong, sila pastikan ikuti beberapa tips berikut: 1. Destinasi wabak Pantau destinasi anda akan tuju supaya anda tau wabak diklasifasikan teruk atau pun tidak. Anda boleh klik link disini untuk info terkini. Jika destinasi anda ingin pergi mencatatkan jumlah peningkatan sangat tinggi, sebaiknya tangguhkan dahulu. 2. Pencegahan dalaman Pakai mask sekir

02 FEB : 10 Tahun Melancong

Image
Salam 02/02/2020 Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang baik, aku juga turut bersyukur atas nikmat diberikan olehNya. Tak ternilai dan tak mampu ku balas. 02 Feb 2020, inilah ulangtahun ke-10 aku berada dalam industri pelancongan. Jika dihitung terlalu banyak kenangan pahit manis dan aku sendiri sebenarnya aku tidak menyangka kerjaya aku dalam bidang pelancongan ini menjadi kerjaya tetap buatku. Aku juga antara yang masih menulis dan mampu lagi menulis pelbagai cerita dan kisah manis berkait rapat dengan dunia pelancongan. Benar, dunia pelancongan bukan lah seindah disangka. Ia juga bukan sepahit seperti diceritakan. Bak kata mat salleh, 2 in 1. Kerjaya aku bermula di Triways Travel - tempat aku mula-mula menimba pengalaman. Negara pertama aku kunjungi (dan bekerja) adalah Singapura. Kemudian ke Shenzhen, Dubai, Bali dan tak sampai setahun aku telah ditugaskan ke London. Kalau dihitung kenangan manis, ia terlalu banyak. Paling manis? Melihat telatah mereka yang melancong,