Posts

Showing posts from February, 2020

02 FEB : 10 Tahun Melancong

Image
Salam 02/02/2020 Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang baik, aku juga turut bersyukur atas nikmat diberikan olehNya. Tak ternilai dan tak mampu ku balas. 02 Feb 2020, inilah ulangtahun ke-10 aku berada dalam industri pelancongan. Jika dihitung terlalu banyak kenangan pahit manis dan aku sendiri sebenarnya aku tidak menyangka kerjaya aku dalam bidang pelancongan ini menjadi kerjaya tetap buatku. Aku juga antara yang masih menulis dan mampu lagi menulis pelbagai cerita dan kisah manis berkait rapat dengan dunia pelancongan. Benar, dunia pelancongan bukan lah seindah disangka. Ia juga bukan sepahit seperti diceritakan. Bak kata mat salleh, 2 in 1. Kerjaya aku bermula di Triways Travel - tempat aku mula-mula menimba pengalaman. Negara pertama aku kunjungi (dan bekerja) adalah Singapura. Kemudian ke Shenzhen, Dubai, Bali dan tak sampai setahun aku telah ditugaskan ke London. Kalau dihitung kenangan manis, ia terlalu banyak. Paling manis? Melihat telatah mereka yang melancong,