02 FEB : 10 Tahun Melancong


Salam 02/02/2020

Alhamdulillah, diberikan kesihatan yang baik, aku juga turut bersyukur atas nikmat diberikan olehNya. Tak ternilai dan tak mampu ku balas.

02 Feb 2020, inilah ulangtahun ke-10 aku berada dalam industri pelancongan. Jika dihitung terlalu banyak kenangan pahit manis dan aku sendiri sebenarnya aku tidak menyangka kerjaya aku dalam bidang pelancongan ini menjadi kerjaya tetap buatku.

Aku juga antara yang masih menulis dan mampu lagi menulis pelbagai cerita dan kisah manis berkait rapat dengan dunia pelancongan. Benar, dunia pelancongan bukan lah seindah disangka. Ia juga bukan sepahit seperti diceritakan. Bak kata mat salleh, 2 in 1.

Kerjaya aku bermula di Triways Travel - tempat aku mula-mula menimba pengalaman. Negara pertama aku kunjungi (dan bekerja) adalah Singapura. Kemudian ke Shenzhen, Dubai, Bali dan tak sampai setahun aku telah ditugaskan ke London.

Kalau dihitung kenangan manis, ia terlalu banyak. Paling manis? Melihat telatah mereka yang melancong, membawa anak-anak, melihat cerita mereka dan berkongsi semasa melancong. Ramai antara mereka melancong sebagai reward for them selve. Tak kurang juga pengalaman aku membawa VIP ( termasuklah Ketua Menteri Melaka - Tuan Adly), ada antara mereka cerewet sehingga membuatkan aku tak senang duduk.

Tapi Alhamdulillah, kerja itulah sebahagiannya. Suka, duka, sedih, sakit hati kena lah telan. Tu belum lagi masalah dalaman lagi (oops). Tapi alhamdulillah, masih lagi aku kekal dalam kerjaya aku selama 10 tahun.

Baiklah dalam penulisan, aku nak kongsi pandangan aku tempat-tempat aku dah pegi, mana tahu boleh menjadi inspirasi pada mereka yang kaki travel:

Top 5 Negara paling best!
1. Australia - sistematik, unik & tenang
2. New Zealand - Syurga dunia
3. USA - heaven for shopping
4. Jepun - budaya + futuristik
5. Indonesia - no wonder, khazanah alam dan makanan awesome!

Top 5 bandaraya boleh repeat banyak kali!
1. Melbourne - tram free kot!
2. Jakarta - nampak macet, tapi suka sebab semua ada terutama makanan dia
3. Bangkok - heheh massage massage!
4. New York - takyah cakap lah, memang famous in da world kot!
5. Taipei - aku suka sebab mesra English, makanan sedap, dan bersih

Top 5 Heaven Of The World
1. Bromo  - macam kawah bulan. Serius cantik!
2. Milford Sound (NZ) - tak terkata (speechless)
3. Great Ocean Road - walaupun bercinta nak pergi, tapi tempat ni cantik!
4. Danau Toba - tenang je, tasik dah macam laut :)
5.  Niagara Falls - Omg, heaven!

Top 5 Unik city
1. Amsterdam - Kota yang penuh dengan basikal
2. Venice - romantika!
3. Banda Aceh - bekas tsunami,dan serambi mekah
4. Otaru - Bandar pesisir pantai, banyak terusan di Jepun
5. Albany (Australia) - jauh dari Perth, tapi awesome!

Negara yang cukuplah sekali :)
1. China - tak berapa suka sebab banyak kes paksa memaksa membeli
2. Filipina - not bad, cuma infrastruktur dia, masyaAllah
3. Morocco - hurm, cantik tapi bukan orangnya
4.Turki - saya tak tau kenapa, mungkin journey, mungkin orangnya..hehe.
5. France - actually boleh je nak pegi lagi, but not really on top list kot.

Generally The Best
1. Paling best shopping - USA (NYC, Washington DC), Ho Chi Minh, London
2. Paling heaven makan - Jakarta (Indonesia in general),
3. Paling bersih - Taiwan & Jepun
4. Paling tenang - Brunei, Australia, New Zealand
5. Paling mesra pelancong - Jepun, Taiwan, Thailand, Indonesia
6. Paling moden dan Wow! - Dubai, NYC
7. Paling senang akses (public transport) - Singapore, Bangkok, Seoul, Tokyo, NYC, London
8, Paling kotor (and banyak scam) - Paris, Casablanca, Manila
9. Paling banyak aktiviti menarik in one city - Dubai, Bangkok, Hong Kong, Tokyo, London 
10. Paling best dari segi sejarah - Istanbul, Milan, Venice, Rome

Apa-apapun setiap tempat ada cerita, ada menariknya, ada cabarannya. Semua saya dah coretkan dalam ini. Semoga blog saya terus bertahan untuk masa akan datang.

Dikesempatan ini saya nak ucap terima kasih pada yang menyokong, mengajar saya dalam industri ini Jika ada yang berminat dalam kerjaya dalam bidang pelancongan teruskan. Tapi percayalah cabarannya bukanlah mudah ya. Sukar sekali. Bab gaji - #mampusenyumje

Insyaallah next penulisan - Fukuoka & Kyushu!!YOKOSO!


Adios!
rajaazrul



Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...