TRAVEL TIPS FOR COVID 19 ISSUE




Salam semua!

Sebagaimana kita tahu, kes Covid 19 makin hari makin menaik. Tidak dinafikan, banyak sektor terkesan termasuklah sektor pelancongan. Pada hari ini (06 Mar 2020) sudah 55 kes dilaporkan di Malaysia, 33 kes adalah aktif dan masih dirawat.

Bagaimana dengan anda yang sudah membuat perancangan untuk melancong musim wabak ini? Arab Saudi telah membekukan semua visa ke Arab Saudi terutama bagi mereka yang ingin menunaikan umrah. Kesan kes Covid ini dijangka akan berlarutan 3-6 bulan lagi, selagi saintis masih belum menjumpai sebarang bentuk penawar atau vaksin.

Bagi mereka yang tidak dapat elak untuk melancong, sila pastikan ikuti beberapa tips berikut:

1. Destinasi wabak


Hasil carian imej untuk world map covid 19

Pantau destinasi anda akan tuju supaya anda tau wabak diklasifasikan teruk atau pun tidak. Anda boleh klik link disini untuk info terkini. Jika destinasi anda ingin pergi mencatatkan jumlah peningkatan sangat tinggi, sebaiknya tangguhkan dahulu.

2. Pencegahan dalaman

Hasil carian imej untuk covid 19 mask


Pakai mask sekiranya berada di kawasan umum terutama di lapangan terbang dan tempat tertutup. Kerap basuh tangan dan gunakan sanitizier sentiasa. Dapatkan vaksin influenza sekiranya anda melancong ke tempat sejuk.

3. Laporkan pada Kedutaan
Sebaiknya laporkan kepada kedutaan sekiranya anda tidak dapat elak untuk melancong. Boleh semak dengan pihak wisma putera untuk maklumat email dan nombor telefon.

4. Ubah Tempat lawatan
Pergi ke tempat kurang orang adalah lebih baik seperti pantai, hutan atau bukit bukau. Kurangkan naik pengangkutan awam sebaiknya menggunakan teksi adalah lebih baik. Jika tidak dapat elak untuk ke tempat umum, pakai mask sentiasa.

5. Penjagaan kesihatan
Sentiasa minum air bagi memastikan badan sentiasa terhidrasi. Elakkan makan makanan yang tidak masak / separuh masak. Jika anda demam semasa lawatan, dapatkan rawatan dengan segera.

6. Insurans
Dapatkan perlindungan insurans sentiasa, semak polisi insurans bagi mengelak masalah tuntutan semasa perjalanan.

7. Kuarantin jika perlu
Jika sudah kembali ke Malaysia, sebaiknya kuarantin terlebih dahulu, jika anda pulang dari negara kes Covid tinggi. Mungkin boleh berbincang dengan pihak majikan untuk guna konsep work from home  Sentiasa pantau kesihatan anda sekiranya anda mempunyai simptom virus Covid 19.

Saya sendiri memahami ada antara anda tidak boleh elak untuk melancong, sama ada untuk melawat keluarga, pulang ke kampung atau urusan perniagaan. Namun dalam kes wabak ini, mungkin boleh terhadkan perjalanan ke luar negara, sebaiknya fokus kepada pelancongan domestik sahaja.

Semoga wabak ini berkurangan dengan segera.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...