Kisah Onion : Setia Menunggu

Setia menunggu






Dia kembali lagi, meluahkan apa terpendam di dalam jiwa.
Nyata, sangkaan aku meleset.

Dia kata dia masih sayang pada aku.
Tak boleh, katanya dia nyaris goyang bila aku dah luahkan semuanya.

Mana mungkin, adakah aku digelar perampas? Kejam?
Ada yang kata, tak perlu kacau milik orang.

Tapi dia sendiri menafikan. Dia tak mampu untuk lupakan aku.
Adakah aku sebenarnya yang bersalah.

Aku cuma inginkan pecahkan kotak , yang selama ini membelenggu aku.
Apabila telah ku luahkan, aku tahu, banyak kemungkinan telah berlaku.

Maafkan aku
Tidak terniat nak buat keadaan menjadi serba salah.

Syawal - dia menghantar ucapan ringkas " sabar, suatu hari, masanya akan tiba"

Kini - aku tiada apa boleh buat kecuali setia menunggu.

Adakah Onion bakal kembali padaku atau tidak? Jawapan itu, hanya tuhan sahaja yang tahu.

Bak kata PM kita, kepada Allah aku berserah.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...