Melancong Era Normal Baharu



Salam sejahtera semua!

Kita semua sedia maklum, wabak pandemik Covid 19 memberikan kesan yang cukup mendalam pada pelbagai sektor termasuklah sektor pelancongan. Jika dilihat, sektor pelancongan merupakan sektor pertama telah terkesan akibat wabak yang bermula Januari 2020. Banyak progam dan penerbangan antarabangsa (kebanyakannya) dibatalkan.  Kesan utama, sudah semestinya bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor ini, dari segah penerbangan sehinggalah pengusaha chalet kampung, pendapatan mereka sedikit sebanyak terjejas akibat pelaksanaan PKP pada Mac lalu.

Kini, Malaysia sudah memasuki fasa pemulihan. Jika dilihat kes harian (pada artikel ini ditulis), hanya menunjukkan purata 10 kes sehari, dan kebanyakan yang dijangkiti adalah disebabkan oleh kes import dan pekerja asing.

Tapi bersediakah kita untuk melancong embali?

Suka atau tidak, melancong sebenarnya sudah menjadi fasa dalam hidup seorang manusia. Bohong kalau ada antara kita tidak suka melancong (apatah lagi jika diberi secara percuma). Kenapa? sebab manusia inginkan ketenangan. Melancong adalah terapi terbaik untuk kita menghilangkan tekanan. Malah, ia juga adalah jambatan pengikat hubungan antara rakan dan keluarga. Dalam Al-Quran sendiri menggalakkan kita menjadi pengembara. Melihat dunia luar.

Dalam kes pandemik, fasa pelancongan dibuka sedikit demi sedikit. Dimulakan dengan tempat tidak sesak, kini sektor pelancongan hampir 90% sudah dibuka termasuklah aktiviti taman tema air. Kerajaan sendiri menggalakkan kita memulakan dengan pelancongan domestik.

Disini saya nak kongsi bagi mereka yang ingin melancong (domestik) semasa musim pandemik ini:

1. Lokasi

Cuba cari lokasi pelancongan yang tidak popular tapi terbaik. Rakyat Malaysia lazim memilih Cameron, Pulau Pinang atau Melaka sebagai destinasi pilihan. Kebanyakan akan bersesak terutama di lokasi tumpuan umum dan restoran. Kalau nak pergi kawasan sejuk, apa kata pilih Gunung Jerai, Bukit Fraser atau Janda Baik. Banyak lagi tempat boleh menjadi pilihan lain seperti Ipoh, Kuantan, Terengganu yang boleh menjadi pilihan pelancongan keluarga.

2. Hotel
Kebanyakan hotel akan menawarkan harga yang murah masa kini. Namun pilih hotel yang betul menjaga SOP.  Hotel yang mematuhi SOP akan mengawal masuk mereka yang check in dan mengelakkan pelanggan berkumpul pada suatu masa di tempat sesak. Sebaiknya pilih hotel yang jauh dari kawasan sesak seperti pasar malam atau pusat membeli belah.

3. Restoran
Semasa melancong, sudah semestinya kita akan pergi ke restoran terutama restoran yang menjadi ikon sesebuah tempat. Jika anda datang dengan famili, pilih bukan waktu puncak dan jika boleh, tempah dahulu restoran bagi memudahkan aturan. Lebih baik jika anda tapau, dan makan sahaja di bilik.

4. Jadual
Atur jadual supaya anda dapat elak untuk ke tempat sesak / tumpuan umum. Aktiviti boleh dipelbagaikan dengan lebih banyak aktiviti luar kerana aktiviti luar risiko jangkitan covid lebih rendah jika ke tempat tertutup. Anda juga boleh buat aktiviti Orientation - ronda-ronda dari dalam kereta.  Jika anda melancong bersama anak kecil atau warga emas, pastikan memilih tempat tarikan yang tidak sesak - sebaiknya memilih resort (lengkap dengan semua yang ada pada satu masa).

5. Safety Kits
Amalkan penjarakan sosial semasa melancong dan juga, pastikan sentiasa memakai topeng muka dan membersihkan tangan menggunakan hand sanitizier setiap kali melakukan aktiviti luar. Jika boleh, mandi dengan kerap dapat mengurangkan risiko jangkitan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut utamakan dahulu pelancongan domestik.Malaysia sebenarnya kaya dengan pelbagai produk pelancongan pelbagai. Lebih baik juga kita menyokong mereka yang teruk terjejas akibat covid 19 seperti produk homestay, chalet dan mereka yang menjual aktiviti rekreasi di negara kita. Dengan cara mematuhi SOP - kita masih boleh melancong dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan covid 19.

Selamat melancong!

rajaazrul



Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...